Ahad, 27 Julai 2008

Ayat-ayat cinta

Satu novel yang diperkatakan orang menyebabkan aku tergerak hati untuk membeli dan membacanya...Bila Rossa nyanyi lagu tema filem ni aku rasa aku harus membaca novel ni walaupun aku ni bukanlah peminat atau pembaca novel yang ekstrem! Aku ambil masa 1 minggu baru aku baca bukan sebab cerita tak best tapi aku sentiasa kehilangan masa aku begitu aje tanpa diisi sewajarnya. Tapi aku berjaya membaca novel yang mak oi tebalnya dalam setengah hari pada Ahad yang lepas 20 Julai 2008. Amazingly aku berjaya habiskan baca novel dengan sedikit riak berkocak kat dalam hati aku ni :) Jangan kata aku tak mandi dan sembahyang pulak hehehe kerana itu benda wajib dibuat kan...

Secara jujurnya aku memang suka cerita dan pengolahan cerita ni... Pada permulaan cerita yang dapat diikuti dan dibayangkan walaupun aku manalah pernah jejak Mesir. Memang positif orang komen pasal ni. Sambil-sambil baca aku pun boleh membayangkan kalaula aku si Fahri tu... Dahla kuat agama macam-macam boleh buat, multitasking yang susah nak dapat kualiti insan macam ni hari ni gamaknya. Hidup berjiran yang rapat dapat dikesan dalam novel ni seumpama penerapan jiwa nusantara dan keislaman yang kental dan mampu mengeletek perasaan dan perhatian seorang Arab Qibti. Hebat kan... Ditambah lagi dengan sifat yang peramah dan bijak berhujah telah mengusik jiwa raga seorang admirer yang tidak dikenali wajahnya walaupun telah berkomunikasi dan berinteraksi dengan mesra.

Dipendekkan coretan aku, aku cuma tak berapa suka pada bahagian-bahagian Fahri diseksa dan me'rosak'kan bahagian romantis dengan adegan-adegan yang menyayat dan menyakitkan hati. Tapi inilah ceritanya kan...

Aku tak membaca dalam versi Bahasa Indonesia jadi aku tak pastilah gaya bahasanya walaupun tidak jauh bezanya dengan Bahasa Melayu. Cuma kesalahan menaip perkataan dalam bab-bab akhir membuatkan aku rasa 'spoil' sikit tapi tak apa sebab cerita ni memang telah berjaya membuatkan aku tersentuh dan terngiang-ngiang dan terbayang-bayang pejalanan cerita ni untuk 2 3 hari... Inilah kali pertama novel yang aku baca begitu berkesan dan terkesan pada aku. Aku akan beli novel yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy lagi insha Allah.

Sabtu, 12 Julai 2008

What make teachers smile















Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang boleh dikatakan 'dihargai' bagi setiap guru. Lagu "Guru Malaysia" amat memberi kesan yang mendalam terhadap semua guru. Bukan selalu kita nyanyi lagu ni kan... Bukanlah hadiah yang dipinta tapi entahlah sukar aku nak huraikan. Hehehe sentimental la kot aku ni...Tapi kalau dapat hadiah kira bonus la kan...yela dah dua tahun kerajaan kita tak bagi bonus pada kaki tangan dia...
Program tak rasmi selepas program 'sukaria' yang diinisiasikan oleh Cikgu Fuad. Acara melontar belon berisi air hehehe suka budak-budak ni membasahkan kawan-kawan. Kalau baling ke aku mau aku lepuk je kepala budak-budak ni...Walaupun macam pesta baling pai tapi aku rasa makcik klener mesti tensen kena cuci dan kutip belon-belon pecah tu... hehehe

Yang penting intipati sambutan Hari Guru ni, semoga anak-anak murid ni menjadi seorang yang berguna (bukan iguana!) Walaupun cabaran pendidikan dan akhlak berbeza mengikut zaman, insha allah dengan keberkatan dan semangat kami mampu bertahan. Insha Allah.

Ikan di darat ikan di selut :)


Apa yang anda boleh lihat dengan gambar ini? Bila tengok dengan teliti yang nampak cumalah selut je kan hehehe
Perhatikan dengan lebih teliti... Nampak tak benda yang merayap di atas selut tu? Tak nampak juga? Kalau cerita P Ramlee kata nak mati le tu... hehehe
Itulah gambar ikan-ikan belacak yang aku tangkap kat Kuala Gula, tempat persinggahan burung migrasi yang hebat... Subhanallah. Pergilah melancong, cuti-cuti Malaysia.
Kalau kat tempat aku ikan belacak ni dipanggil ikan pecat (mungkin itulah ejaannya...mengikut slang tempatan) Aku tak pernah makan, tapi sanggup ke aku makan? Mak aku kata dulu ikan ni kahwin dengan mengkarung (Kerong) kekeke sebabnya rupa lebih kurang dan boleh merayap di atas tanah. Hehehe orang buat ubat dan minyak untuk perkara paling penting dalam kehidupan manusia hehehe Lu fikirla sendiri...
Pada aku, aku kagum dengan ikan ni, yela dahla boleh hidup dalam air dan darat. Hebat hebat Maha Suci Allah. Opps...ini versi ikan belacak laut atau nama yang lebih popular dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup. Ala ikan yang diidamkan oleh mak si Pekan dan Lela.Yeke nama watak-watak tu? Entah tak ingat :( Ala ikan Tembakul. Pernah dengar? Kalau tak pernah juga anda memang seorang yang telah rugi zaman kanak-kanak le, cerita popular ni. Aku habiskan dalam masa setengah hari je membaca cerita ni yang tebal masa aku darjah tiga kot...Emmm....20 tahun yang lepas. Huhuhu dah lama dah yea (hehe lum tua lagi!) Selain daripada popular dan diidamkan dalam cerita rakyat, ikan ni juga 'berkahwin' dengan mengkarung hehehehe versi mak aku yang mungkin diperturunkan dari arwah tok aku dan moyang kau hehehe so special binatang yang dipanggil belacak ni tetapi bukanlah ikan yang popular lagi glamer seperti yang menimpa Shrek... Orge yang dipinggirkan dalam folktales.

Jumaat, 4 Julai 2008

Orang (OrAnG-OrAnGaN)


Pemandangan waktu matahari nak terbenam. Cantikkan...? Hehehe aku nak tulis pasal persekitaran aku so aku letak gambar pemandangan ni kira relevan la kot :)
Manusia dan Jin diciptakan untuk beribadah kepada Allah. Tidak dapat dinafikan lagi kerana di dalam Quran memang tercatat perkara ni. Jadi, sudah tentu Allah menjadikan atau menciptakan sesuatu mempunyai sebab (dah tentu akibat...) Dulu aku selalu gak fikir kenapa dunia ni ada pelbagai orang dan pelbagai perangai... Thinker aku ni tapi tak penah keja dgn mana-mana agensi think tank pun hehehe dan layak ke aku?
Dalam 'pencarian dan pengembaraan aku' memikirkan perkara di atas, terselit gak kenapa Allah jadikan kita pelbagai? Aku ingat aku terpesong ke sesat bila aku fikir balik. Alhamdulillah aku belum lagi Insha Allah. Yela kalau Allah jadikan manusia dan jin berbagai-bagai jenis, bangsa dan perangai takkan orang 'beriman dan beribadah' je masuk syurga? Akhirnya aku mendapat satu kesimpulan yang jalan kita menuju Allah ada berbagai-bagai cara. Jika kita ahli ibadat, itulah cara kita mendekati Allah dan jika kita ahli sains, kajian saintifik akan mendekatkan kita dengan Pencipta dll.
Aku belajar mengenai manusia masa kat U dulu, tp adakah aku lengkap dan memahami manusia 100%? O tidak sama sekali, tapi harus diingat yang aku ada belajar mengenainya dan aku cuba untuk memahaminya. Terus ke persoalannya, kita merupakan mahkluk yang berselirat dan komplikated! Aku ternyata berbeza dengan kawan-kawan aku mahupun ahli keluarga aku yang mempunyai gen yang sama...Kenapa?
Lahiriah kita berperangai berbeza, jika orang pernah mengatakan Einstein gila tapi kegilaannya menakjubkan...Secara mudah, mahukah kita CUBA memahami orang lain dan pada masa yang sama mengharapkan orang lain juga memahami kita.
Mungkin sifat kita yang mudah ambil mudah. Orang putih kata taken for granted tp berbaloikah jika hanya kita memahami orang? Antara lain sifat kita yang tergesa-gesa dan pelupa. Terlalu bergantung kepada orang lain sedangkan kita mampu buat, sekurang-kurangnya hulurkan tangan membantu ringankan beban.Selalu kita menilai aah itu bukan kerja atau tanggungjawab aku...biar Liban yang buat! Hehehe itu contoh la... Ego kitakah yang menghalang kita dari memahami orang dan meringankan beban? Iyalah, kita adalah haiwan yang mempunyai dua sifat spiritual dan fizikal, ada otak dan akal dan dah tentu membezakan kita daripada haiwan kerana kita adalah haiwan yang ber'aqal.
Apa-apapun, insha Allah kita akan pergi menuju Tuhan dengan cara kita by hook or crook hehe kalau pandangan liberal involuntarily or voluntarily...Ya Allah ampunilah aku jika pandangan aku ini tersasar...

Dah lamanya tak mencoret :)


Wah! Dalam tak sedar aku dah 3 bulan tak menulis apa-apa dalam blog merepek aku ni hehehe ingat macam dah tutup jea kekeke biasa la bila malas dah menguasai diri dan kesuntukan masa (yang tak pernah cukup!) menyebabkan aku malas nak tulis apa-apa walaupun kadang-kadang banyak idea ada dalam kepala. Tp bila dah malas dan tak catat apa-apa hilang la segala idea kita. Betul tak?
Dua ekor anak burung hantu sedang bertengek atas line telefon kat rumah aku... Maghrib2 dia datang nak makan anak-anak burung kat dalam pokok rambutan mati sebelah rumah aku. Ada lebih kurang 4 ekor kot... Masa aku nak tangkap gambar ni ada seekor tu leh turun datang aku... Aku rasa bila dia dah besar akan menjadi ARTIS untuk spesies burung hantu je la hehehe tapi malangnya bila aku nak picit je punat kamera aku dia dah lari huhuhu yang mengagumkan aku dalam pukul 8 lebih mak burung hantu ni datang menjemput anak2 dia gamaknya menyebabkan aku terkejut.... mak ooii besarnya... lebih besar dari yang pernah aku tengok kat zoo... subhanallah
Ada kena dengan tajuk aku ke?

Ahad, 20 April 2008

Hari Bumi

Tanggal 22 April ni Malaysia dan seluruh dunia akan menyambut secara serentak hari yang cukup penting dan bermakna bagi penduduk dunia iaitu Hari Bumi (Earth Day).

Persoalannya sekarang adakah kita menyedari dan melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan untuk dunia ini? Pelbagai cara yang boleh kita lakukan. Jika kita tidak mampu untuk melakukan untuk dunia kerana kedudukan kita yang kerdil ni, sekurang-kurang kita dapat lakukan untuk diri sendiri dan kawasan rumah kita. Lihatlah kedudukan negara kita yang dikelilingi oleh laut dan selat menjadikan kedudukan negara ini sangat strategik. Tetapi janganlah kita lupa kedudukan negara tidak selamat untuk diduduki jika paras air laut meningkat dari tahun ke tahun! Apakah negara kita juga akan menerima nasib yang sama dengan negara-negara Pasifik Selatan yang terpaksa dan akan meninggalkan tanah tumpah darah sendiri dan berhijrah ke negara-negara lain seperti Australia dan New Zealand. Generasi dan masyarakatnya akan pupus dan kehilangan identiti. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya kita lakukan untuk dunia kita.

Penyumbang utama ialah pencemaran asap kilang dan kenderaan. Jika semua asap ini dikumpulkan tentu keadaannya amatlah menakutkan dan kemungkinan dapat menyedarkan para pemimpin negara yang terlalu mementingkan keuntungan semata-mata. Jika dahulu dunia barat telah dikejutkan dengan hujan asid dan melenyapkan kebanyakan hutan di sana. Sekarang ini kita boleh melihat keadaan yang sama di dunia Asia. Hutan Negara China telah banyak dicerobohi samata-mata pembangunan kilang-kilang dan kawasan perindustrian. Hutan di sana juga semakin kurang dan hujan asid juga telah melanda di sana di samping kesan-kesan pencemaran seperti penyakit berasaskan pernafasan seperti asma, sesak nafas, pening kepala dan sebagainya. Antara lain ialah kecacatan bayi yang baru lahir dan kecacatan fizikal.
Apakah kita mahu melihat dan hidup di dunia yang menjadi tandus dan berpasir? Inilah akibatnya jika kita tidak mengambil usaha yang cepat dan gagal bertindak. Jika hanya menunding jari ke arah orang lain sahaja ia tidak akan membantu apa-apa. Apakah kita mahu Planet Bumi yang dikenali sebagai Bumi Hijau akan hilang dan setanding dengan Planet Kejora dan Marikh disebabkan ketandusan dan kepanasannya? Siapa yang mampu hidup dan mendiami dunia ini? Ke manakah manusia akan pergi dan tinggal? Persoalan ini sentiasa bermain-main di fikiran orang-orang yang mengambil berat tentang dunia. Apakah mereka yang berkuasa juga memikirkan perkara yang sama?
Walau apapun, kewujudan padang pasir hari ini juga penting demi menjaga kitaran cuaca dunia terkawal, cuma jika perluasan kawasan padang pasir terus merebak, kita juga akan melihat dan merasa kesannya yang maha hebat.

Jika kita tidak mahu kerosakkan dunia berlaku sebelum waktu, maka marilah kita bersama-sama melakukan sesuatu yang bermakna dan bijak. Walaupun sejak zaman Isra' dan Mikraj telah digambarkan dunia ini telah tua, maka kita janganlah kita mempercepatkannya lagi. Kita perlu hidup di dalam dunia yang aman, segar dan bebas pencemaran. Ambillah langkah yang boleh kita lakukan di rumah dan pejabat contohnya kurangkan penggunaan elektrik, jimatkan air, tutup paip air dengan rapat, jangan biarkan alatan elektrik dan elektronik dalam keadaan sedia (Stand by mode) dan lain-lain lagi.

Jadi, tolong lakukan sesuatu untuk dunia dan kehidupan kita. Janganlah terlalu mementingkan diri sahaja. Sedarlah....

Selasa, 8 April 2008

Dengar ini cerita :)

Dalam ketiadaan idea nak berkongsi dan cerita yang menarik aku nak berkongsi dengan sesiapa sahaja, aku ingat nak tulislah satu cerita yang aku telah baca dan seharusnya aku olah semula mengikut citarasa aku hehehe :)

Cerita ini adalah dongeng dan rekaan zaman moden ni. Bukan urban legend tapi jungle legend. Ada ke??? Tidak mungkin cerita ini wujud dan benar-benar terjadi. Jadi apa yang aku harapkan anda bacalah cerita ini sebagai bahan lelucon atau bacaan ringan sahaja. Kalau nak gelak ke, ketawa ke, atau apa-apa aje tapi aku bukanlah seorang penulis humor atau cerpenis.

Cuba lihat gambar di bawah ini. Ini gambar kucing dan cerita aku pun berkaitan keluarga kucing. Kiranya cerita ni berlaku di Malaysia. Kucing kan binatang yang disukai oleh orang Malaysia selain anjing. Hehehe anjing boleh dipelihara tapi kena ada lesen dan bagi aku kalau orang Islam membela anjing kira menjatuhkan martabat dia. Kalau dia sentuh binatang ni lagilah menjatuhkan maruah dia. Ada orang setuju atau tidak bersetuju dengan aku? Hehehe Ok, mari baca cerita aku...Tajuk cerita aku ialah Anak Beruang Matahari dan Harimau Belang. Pada suatu hari yang hening, dari kejauhan nun di hutan hujan yang sangat tebal, berjalanlah seekor ibu beruang matahari dan seekor anaknya. Nama anak beruang ini Hani, sebabnya beruang matahari suka makan madu jadi mak dia panggil anaknya Hani sempena HONEY dalam Bahasa Inggeris :) Setelah beberapa lama mencari makanan, mereka telah berjumpa satu sarang lebah yang penuh dengan madu. Apalagi, mak beruang dan Hani menerpa dan menyantap dengan lahapnya madu-madu yang ada. Kesian lebah-lebah ni letih mencari bunga-bunga nak kumpul madu, suka-suka hati je madu ni dirompak oleh dua ekor beruang ni! Kesian kan... Mentang-mentanglah badan diorang ni tebal, tak takut langsung dengan sengatan lebah-lebah berbisa ni. Bila dah kenyang, mak beruang ni rasa mengantuk dan telah terlelap di bawah pokok. ZZZZZzzzzz Hai lena sungguh. Mungkin dia ada penyakit kencing manis kot!

Tetapi Hani tidak dapat melenakan diri seperti ibunya, maka dia pun berjalan-jalan di dalam hutan itu. Memang dia ni kuat makan, jumpa aje makanan yang boleh dimakan dia makan. Mungkin sedang membesar maka dia suka makan. Makanlah dengan kesederhanaan. Cuba lihat gambar di bawah ini, Hani sedang makan kelapa yang dia jumpa di tepi sungai. Yummy....
Dari seberang sungai, terdapat seekor harimau yang sedang berehat-rehat. Kenyang la tu... Hani berfikir sejenak, "Ehem... Mungkin boleh jadi kawan baru aku". Jadi dia menyeberangi sungai yang cetek. Laa ingat dalam sangat... "Hai, apa khabar? Saya Hani. Siapa awak?" Sampuk Hani dengan ramahnya. "Saya...saya...saya..." Si harimau ini seperti kelu untuk berkata-kata... "Eii kesiannya awak ni kerana tidak mengenali diri sendiri! Saya adalah seekor beruang matahari seperti mak saya cakapkan pada saya sebelum ini". Lagilah harimau ini tidak mampu berkata-kata. Dalam kepayahan dia berusaha mengawal dirinya, dia bersuara, "Saya Mau Mau, seekor harimau belang". "Saya adalah raja rimba." Sambung Mau Mau lagi. Sebagai membuktikan penguasaan Mau Mau, dia mengaum dengan kuatnya. Maka bertempiaran lari seluruh isi binatang di dalam hutan tersebut apabila mendengar suara gegak gempita sang harimau. Hani sangat teruja dengan ngauman si Mau Mau. Dia meminta Mau Mau mengaum lagi. Dengan bangganya Mau Mau mengaum dengan lebih kuat tanpa ada cacat celanya dengan pitch suaranya.
Terkejutlah mak beruang matahari apabila terdengar ngauman harimau yang kuat itu. Dia bangun mencari-cari anaknya. Tetapi Hani tiada di sisinya. Dia panik lalu menjerit memanggil nama Hani. Dari sebalik celah-celah daun dan ranting, dia melihat anaknya ada bersama dengan harimau yang garang. Dengan naluri keibuan yang menyayangi anaknya, dia menjerit dengan lantang, "Haniiii... Lari! Ibu di sini! Cepat!". Lantas Hani menoleh ke arah ibunya dan berlari-lari beruang ke arah ibunya. Apabila Mau Mau melihat Hani berlari, tiba-tiba naluri keharimauannya seperti meletus dan terus mengejar Hani. Ibu beruang memeluk anaknya dengan erat dan membawanya lari ke atas pokok yang tinggi berhampiran. Harimau itu hanya mampu melihat sahaja mereka di atas pokok kerana dia bukanlah harimau akar yang handal memanjat. Terlepas peluang dia disebabkan kebaikannya (kelalaianya) melayan anak beruang tadi.

Apabila keadaan sudah reda, maka bertanyalah ibu beruang matahari itu kepada anaknya, "Anakku, apa pengajaran yang kau dapat hari ini?" Lalu dengan pantas Hani menjawab."Saya telah mendapat kawan baru hari ini." Hani bertanya,"Ibu, kenapa harimau itu mengejar saya? Bukankah saya kawannya?" Ibu Hani membalas."Itu harimau anakku, dia bukan kawan kau tetapi musuh kau, faham?" Tegas ibu Hani. Hani bertanya," Jika begitu, kenapa pada mulanya dia tidak mengejar saya apabila saya bertemunya tadi? Bukankah dia mempunyai peluang tadi?" Ibunya membalas," Mungkin dia terkejut yang makanannya terhidang di depan mata ataupun dia hairan kerana semua haiwan melarikan diri jika terlihatnya? Kau tidak berperangai seperti haiwan yang lain yang lari apabila melihat harimau." "O... Saya tidak berfikir begitu mak, mungkin dia terkejut melihat saya tidak takut berhadapan dengannya. Jadi, dia berfikir saya adalah somebody dan dia takut dengan saya hehehe... Kita hanya perlu sedikit keberanian untuk berhadapan dengan cabaran kita, tak kira kecil atau besar saiz badan kita,betul tak mak?" Balas Hani dengan yakin ditambah dengan sedikit riak dan takbur. Emaknya "...Mungkin juga" balas di dalam hati.

Adakah kita seorang yang berkeyakinan tinggi? Adakah kita selalu melepaskan peluang yang ada? Adakah kita ni kelam kabut dan mudah panik? Adakah kita mempunyai keberanian untuk menghadapi kehidupan kita seharian? Cukupkah keberanian kita?


LU FIKIRLAH SENDIRI.....

Isnin, 7 April 2008

Kg. Buku Melaka

Jika anda telah membaca coretan aku yang terdahulu pasti akan membaca yang aku akan memberi komen mengenai Taman Botanikal Ayer Keroh dan isi dalamnya. Sebelum itu setiap orang yang mengaku dirinya orang Melaka wajib berbangga kerana di dalam Negeri Melaka yang kecil ni terdapat taman perhutanan yang boleh dibanggakan. Jika di Selayang boleh berbangga dengan Taman FRIMnya, Melaka juga tidak kurangnya. Taman ini lengkap dan menawan. Jika orang Melaka tidak pernah menjejakinya, memang anda patut berasa malu kerana anugerah ini anda tidak hargai!

Taman ini lengkap dengan laluan joging dan alat untuk senaman dan regangan di samping kehijauan dan kesegaran udara di sini amat cukup selesa. Kalau aku tinggal berhampiran mesti aku akan menjadi pelanggan setia di sini, jika tidak berjoging cukuplah jika menghirup udara segar di sini. Seperti tidak dapat dipercayai kewujudan taman ini kerana ia terletak di laluan utama (Lebuhraya PLUS) dan persekitarannya amat membantu untuk menambah nilai taman ini seperti tempat parkir yang banyak, berdekatan dengan pelbagai muzium (Banyak lagi aku belum lawati) dan Zoo Melaka yang besar itu.

Berkenaan laluan joging amatlah menarik dan selesa. Tetapi jika hari hujan hendaklah berhati-hati kerana agak licin. Sepanjang aku berada di taman ini bilangan pengunjung Melayu amat menyedihkan. Jika ada pun hanya pekerja dan pengunjung Melayu yang mahu makan-makan dan berkareoke. Pada pandangan aku kita harus menggunakan taman ini sebagai satu riadah yang menyihatkan. Opps...berkeroke juga satu bentuk riadah. Terpulang kepada individu untuk menilainya. Pada pandanganaku ini, hanya kaum Cina sahaja yang menggunakan taman ini dengan aktiviti joging dan regangan, bilangan kaum lain amat kurang dan boleh dibilang dengan jari. Mungkin aku terlalu prejudis dan aku tidak membuat statistik dan kajian yang menyeluruh. Kita hanya mampu mencari dan menambah lemak yang tidak sihat di badan tanpa mengurangkan dan menjalani cara hidup yang sihat.

Oh aku terlalu banyak berleter mengenai orang sehingga dah lupa nak cakap pasal Kg. Buku. Konsep yang cuba diterapkan memang bagus dan bermakna, tetapi berapa kerat sahaja yang menggunakannya? Terdapat banyak buku yang santai dan ringan sehingga yang berat. Bila aku singgah dan menulis nama di dalam buku pelawat, bilangan pengunjung cukup menyedihkan. Memang orang Malaysia tidak suka membaca, ataupun hanya suka membaca yang berkaitan hiburan dan sukan sahaja. Kita akan berasa tenang jika kita dapat membaca di dalam suasana yang cukup menyenangkan dan nyaman ini. Tapi mungkin juga bilangan pengunjung yang kurang juga disebabkan kedudukannya yang tersorok. Apapun alasannya, kita memang suka memberi alasan dan suka memberi komen juga mengarah.

Hanya satu saranan aku hargailah apa yang kita ada. Aku cukup menghargai Taman Tasik Taiping dan Bukit Larut. Bila aku berada di kejauhan ini, aku memang merasakan aku kehilangan dan merindukan tempat-tempat yang menarik ini. Jangan lupa ya...

Selain dari laluan joging dan senaman, taman ini juga menyediakan perhiasan dan kelengkapan tertentu. Di dalamnya terdapat haiwan-haiwan purba seperti dinasour. Kadang-kadang aku fikir beginikah bentuk dinasour yang sebenar... Ah tak kisahlah kerana aku bukanlah paleontogist. Aku tak kisah sangat pun walaupun memaksa aku memikirkannya. Di samaping itu, terdapat juga konsep Taman Dalam Cerita. Cerita Sang Kancil dan sepuluh ekor buaya yang bodoh pun ada, cerita Sang Gagak dan Takar air dan bermacam-macam lagilah. Yang penting anda harus mengalaminya sendiri dan bagilah komen anda. Jika anda bersetuju dengan pendapat aku, baguslah.



Ini merupakan cendawan yang tumbuh di taman ini. Walaupun aku selalu berjumpa di dalam hutan kampung aku, aku teruja melihat hidupan berspora ni. Di atas lantai hutan terdapat tumbuhan ini. Sungguh menarik bukan? Ciptaan Allah tiada tandingannya.


Lihatlah kecantikan ikan-ikan Koi ni. Memang cantik dan keterujaan lantas aku tangkap gambar ikan ini. Ikan-ikan ini diletakkan di pintu masuk taman ini. Kecantikan ikan-ikan ini mampu menghilangkan tekanan orang-orang yang melihatnya.
Sebagai rangkumannya, aku berharap ramai lagi orang yang akan sedar kewujudan taman ini. Dan yang paling penting kita mesti menghargai anugerah Allah yang sungguh bermakna dan berguna. Jangan kita take for granted dengan apa yang kita ada. Generasi akan datang akan lebih menghargai kita jika usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam berterusan. Tempat ini juga sesuai untuk proses pembelajaran luar darjah dan aktiviti luar yang mampu merangsang pemikiran dan fizikal murid-murid dan juga orang dewasa. Dan yang paling penting, jangan rosakkan alam kita. Jangan kita beriadah tetapi mengabaikan alam sekitar. Biarkan biodiversiti alam ini berterusan berpaksikan apa yang telah Allah SWT tetapkan.

Rabu, 2 April 2008

SPR...Payahnya aku nak tuntut elaunmu...

Bila kita dah buat sesuatu perkara dan dijanjikan habuan, adakah kita akan melupakan habuan itu? Aku? Aku seorang insan kategori separa materialistik memang akan menuntut hak aku tu...



Setelah menjadi kerani SPR pada pilihanraya yang lepas, aku diberitahu bahawa elaun kami kerani-kerani SPR dah keluar, tetapi malangnya aku terpaksa menghadiri kursus Kejurulatihan Guru-guru PINTAR (Yes, I am...hehehe) Melaka pada 24-25 Mac 2008. Jadi aku tak dapat nak ambil pada dua hari ni, nak pergi ambil hari Rabu 26, sekolah aku mengadakan sukan le pulak, jadi terpaksa ditangguhkan lagi dan aku bercadang mengambilnya hari Khamis 27 petang. Dah baca catatan aku yang tersangkut dengan cotton bud? Aku dengan Azrul pun bertolak le Pejabat Pertanian Alor Gajah, seperti didakwa Faizal tempat untuk aku ambil habuan aku... Bila sampai je kat pejabat ni kami terpaksa tunggu dalam 15minit kerana pegawai ni pergi minum gamaknya hehehe gambaran buruk tipikal seorang pegawai kerajaan, walaupun aku pegawai kerajaan tapi aku tak terlibat dengan perkara seperti yang disebutkan hehehe... Selepas 2 orang ambil bahagian mereka, aku pun nak le ambil bahagian aku, bila dia tanya aku bertugas di sekolah mana, aku jawab SJKT Tebong. "Alamak! Bukan la encik, encik kena pergi ke Pejabat Tanah Alor Gajah la..." Aku!....Walaupun tensen aku pun angkat je kaki aku, ucap terima kasih je terus aku BLAH! Aku tak fikir apa dah, malu ada, geram ada macam-macam perasaan bercampur-baur. Bila sampai di pintu aku teringat sesuatu sebagai seorang Melayu yang budiman tak buat... Aku tak salam dengan dia! Sungguh kurang asam cara aku ni, tapi aku dah terlambat sebab jam dah pukul 4lebih! Takut pejabat tutup la pula bila aku sampai. Aku berfikir apa harus aku lakukan samada pusing balik salam atau terus je blah hehehe so aku ambil keputusan aku pun terus je angkat kaki.



Bila dah sampai Pekan Alor Gajah (tapi orang sini panggil bandar, pada aku tak layak la sebab jumlah penduduk dan tahap pembangunan tidak mencapai tahap yang sepatutnya, emmm mereka ni tak belajar Geografi ke masa sekolah dulu? hehehe) Aku pun masuk ke Majlis Perbandaran Alor Gajah dan aku tiba-tiba tak ingat ke mana arah tujuan aku! Majlis perbandaran atau pejabat tanah? Aiyoo aku dah dapat amnesia ke? Sebenarnya nervous menguasai aku membuatkan aku tak dapat mengawal diri dengan baik dan berfikiran waras. Aku telefon Alina nak tanya tempat mana harus aku tuju, (aku masih boleh berfikirlah!) dia jawab tetapi dengan suara yang memang sah baru bangun tidur! Dia tak berapa tangkap ayat aku aku disebabkan baru bangun tidur dan aku cakap laju sangat! Apalah aku ni, nak minta tolong orang tapi buatkan orang tak berapa faham apa aku cakapkan... Dengan bantuan dia aku pun pergi ke pejabat tanah mencari En. Ismail.



Bila sampai ke pejabat tanah aku tanya penyambut tetamu sebab nak jumpa En. Ismail, dia kata dia dah keluar ke Linggi. Esok pukul 11 pagi dia ada. Alamak! 2 kali aku terpaksa datang ke Alor Gajah...Bukan dekat tau...Mujurla sekolah aku cuti peristiwa sempena sukan sekolah...Esoknya aku datang dalam pukul 10.30. Bila menjejak masuk ke pejabat dia, wah menarik juga walaupun semak dengan fail kat atas meja...Malangnya orang yang aku cari tiada di pejabat! Dia pergi ke Linggi lagi, ada pantau projek kat sana. Mungkin projek bangunkan tempat ternakan babi kat sana dan jadikan kawasan pertanian atau kawasan perlancongan hehehe agakan kasar dan liar aku je... Bila telefon, dia cakap kenapa tak inform awal-awal. Hai payah juga ye jadi pegawai tanah ni selalu sibuk! Dia suruh aku datang petang selepas Jumaat dalam pukul 3.
Sia-sia je cuti aku ni...



Lepas je Jumaat je aku terus bersiap-siap nak pergi ke Alor Gajah. Selepas Jumaat selipar jepun kena kebas huhuhu. Best sangat ke selipar aku tu? Tak Hadhari langsung hehehe. Bila aku sampai je En. Ismail ni periksa yang nama aku dan yang sedih dan marahnya bila bahagian aku telah diambil oleh orang lain! What! Dulu kata orang lain tak boleh ambil untuk orang lain... Aku pun pertahankan yang aku ada masa hari pengundian... Mana boleh, bahagian kita orang lain ambil. Selepas beberapa panggilan dibuat, akhirnya dapat juga yang mengambil bahagian aku tu masih berada di dalam bangunan ni. Orang lain tolong ambilkan TETAPI dia tak bawa surat kebenaran atau surat pengesahan atau apa-apa aje... Alhamdulillah ujian ni tak lama, selepas beberapa ketika aku pun dapat bahagian aku. Apalagi, bila dah dapat kita pun cabut la...



Hari Sabtu 29 Mac, aku dengan Faizal pun keluarla ke Melaka. Kami nak hilangkan ketepuan yang ada menyelubungi diri dan otak kami. Aku berkeras nak tengok wayang samada Spiderwick atau apa-apa aje... Bila sampai dalam jam 7.30 mlm, tayangan paling awal dan cerita yang melekat kat jiwa aku cerita Water Horse pada pukul 8 malam. Kira ok la tu kan...Cerita pasal lagenda Loch Ness kat Scotland. Cerita ni memang menarik tapi tempat aku duduk tak strategik la... Depan aku ada mamat yang tak reti dok diam! Pusing sana, pusing sini, tegakkan kepala eiiii panjang sungguh tengkuk dia ni! Tensen aku...Aku tak boleh layan cerita ni dengan enjoy walaupun cerita ni memang bagus. (Pada pengamatan aku la, aku tak pentingkan seni atau pengarahan, yang penting cerita kita boleh enjoy kan).

Jumaat, 28 Mac 2008

Benda bodoh aku buat harini hehehe

Dah lebih seminggu aku tak menulis...Biasala kadang-kadang terlalu sibuk dan kadang-kadangnya terlalu malas nak tulis... Jadi, apakah pilihan anda? Ada pilihan lain? Terpulang kepada diri kita sendiri nak memilihnya hehehe :)

Ini berkaitan dengan hobi aku...Hobi? tak kot, aku rasa tabiat buruk aku iaitu suka mengorek telinga hehehe nak buat macam mana dah gatal kan... Resdung rasanya. Kalau tak buat benda ni dalam sehari rasa tak lengkap je tugas seharian aku hehehe. Kira something is missing la... Ish ish ish jangan buat selalu tau kerana sungguh tidak digalakkan, pesanan ini dibawakan khas oleh penulis blog ini setelah kejadian yang berlaku pada pukul 2.33 petang hari Khamis 27 April 2008.

Seperti biasa selepas balik sekolah je aku akan melakukan rutin seharian seperti di atas... Dalam kenikmatan aku melakukan aktiviti, tiba-tiba aku diganggu dengan kejadian cotton bud tu tertinggal dalam telinga aku! Mak oiii... Bergegas aku pergi ke Klinik Komuniti Selandar. Dengan tergesa-gesanya aku masuk ke Bahagian Kecemasan. Tak rasa macam siri ER pun! Hehehe aku bukan rajin masuk hospital. Dengan kelam-kabut aku tanya kat Misi yang jaga kaunter, lebih kurang macam ni ayat yang aku ingat... "Telinga saya ada cotton bud!". Dengan blur dia jawab, "Kat sini kami takde cotton bud!" Aku...??? Perlahan sangatkah ayat aku tadi? Laju sangat ke? Aku tak rasa aku bercakap dalam loghat tempat aku....Konpius gak aku, jadi aku pun ulang pernyataan aku dengan ayat yang lebih tersusun dan tiap patah perkataan aku tutur dengan lebih jelas dan satu persatu. Akhirnya dia faham dan menyuruh aku mendaftar. Ceh aku ingat tak perlulah daftar kerana kes aku ni kira terpencil la kan... Dah prosedur lagipun aku bukan pernah masuk hospital, cuma pernah buat pemeriksaan kesihatan je (medical check-up). Memang blur abis.

Bila dah bagi IC kat kaunter, dah abis isi borang dia tanya aku ni kakitangan kerajaan atau tidak. Aku jawablah a'ah kakitangan kerajaan. Dia tanya mana GL...Aku mana la sempat nak pergi balik sekolah ambil, kira kes emergency kan...Dah tu dia dok ulang nanti kena bayar... RM1 je kan? Tapi aku tak bayar pun sebab dia dah tulis kakitangan kerajaan. Rasanya dah tak ambil kot GL dari sekolah hehehe. Biarlah... Aku pun pergilah tunggu kat tempat menunggu. Ada empat orang, alhamdulillah tak ramai. Lepas diambil tekanan darah dan misi ni tulis apa entah pada kad laporan (aku belum tulis lagi kad laporan anak-anak murid aku hehehe) aku dipanggil masuk ke bilik rawatan. MA ni tanyala aku apa masalah aku. Aku jawabla cotton bud ada dalam telinga, lepas dia istighfar dia boleh gelak-gelak kat aku! Ceh! Malu aku jap. Haa ini pandai tegur murid-murid je hehehe. MA ni periksalah telinga aku seraya (klasik plak perkataan ni) berkata "Ini ok aje, tak dalam sangat, pergi ambil ubat dulu, lepas dua orang pesakit ni saya rawat kat bilik depan". Hai kena tunggu lagi...Bilik depan? Bilik apa lagi?

Lepas ambil ubat titis telinga, aku pun tunggulah MA ni keluar dari bilik rawatan, mujur tak lama sangat... Selepas beberapa ketika, dia panggil aku ke bilik ER yang ada katil putih panjang dan alatan kecemasan, mujur dia tak suruh baring kat atas katil tu. Dia minta misi suluh dengan lampu suluh ke dalam telinga aku, cesss tak sampai 5 saat, dia guna penyepit kecil boleh keluarkan cotton bud dari telinga aku... Alhamdulillah walaupun aku kena tunggu lebih setengah jam untuk rawatan yang tak sampai 5 saat. Apakah saranan Menteri Kesihatan yang baru ni agar rawatan dan waktu menunggu dipercepatkan menjadi 30minit dari 50min? Mungkin juga, tapi...dalam tak ramai pesakit pun aku kena tunggu 30min. Takpelah yang penting aku selamat :)

Perkara berkaitan birokrasi ni payah sikit nak membahagiakan semua orang. Anjakan paradigma memang perlu dalam semua perkara. Kalau nak ikut apa yang disarankan oleh Max Weber pun dikatakan tak lengkap, so apa lagi aku yang kerdil ilmu ni. Jika sesuatu itu terlalu sempurna dapat dicapai, rasanya ada yang tak kena je. Hanya Yang Maha Pencipta Tuhan sekalian alam sahaja yang Maha Sempurna.

Bila sampai ke rumah, Azrul ketawa berdekah-dekah tak ingat! Ceh, bagilah simpati atau berasa empati kat aku ni hehehe.

Selepas tu, aku dengan dia pun bertolak ke Alor Gajah nak ambil duit elaun sebagai kerani SPR yang mungkin the first and the last...

Selasa, 18 Mac 2008

Catatan seorang guru berkelana

Lama dah aku tak menulis... Yela bila balik kampung hubungan aku dgn dunia tanpa sempadan ni macam terputus je... Rasa macam tak tau nak tulis apa sedangkan masa kat kampung hari tu byk idea dok masuk dalam kepala ni, tp ntah bila balik Melaka ni rasa hilang...Aku perlukan fokus semula kot hehehe.

Biarlah aku menulis diari apa yang aku buat sekembalinya aku ke sekolah kesayangan aku ni... Aku sayang sekolah tapi adakah sekolah dan segala isinya menyayangi aku seperti mana aku menyayangi sekolah dan isinya? Pertanyaan biasa apabila manusia berasa tidak selamat hehehe ntah aku pun dah lupa perkataan yang sesuai untuk perkataan ni. Manusia mudah lupa. Insan kan bermaksud lupa, jadi ingat-mengingati Allah dah tekankan dalam Al-Quran. Orang-orang yang selalu ingat-mengingati sentiasa mendapat rahmatNya dll. Emmm betul ke aku menyayangi SANGAT sekolah? Rasanya.

Bila buka je sekolah hari Isnin hari tu aku tidak menjadi guru kerana aku menghantar murid-murid aku ke Kejohanan Olahraga MSSM peringkat Alor Gajah 2008 kat Stadium Hang Jebat. Besar gak stadium ni tapi hehehe tak SANGAT digunakan kerana team bola sepak bukanlah favourite team nak duduki tempat teratas carta liga. Koordinator untuk Olahraga ni pun cakap benda yang sama hehehe sinis tapi aku senyum la sebab aku bukan orang Melaka. Tak tersentuh pun lagipun aku bukan tahu sangat pemain2 bola sepak ni... Hari tu masa hantar budak rehearsal perbarisan pun aku tak kenal pemain2 ni walaupun lalu sebelah... Nak buat camana aku bukan groupie tak tahu hala. Dulu jumpa Amiza Adnan, Sani Sudin dll aku tak la menggatal nak sain autograf. Buat apa bukan aku la nak membodohkan diri buat mcm ni... Mungkin juga yang aku jumpa ni tak GLAMER sangat, tapi ntah aku ni tak ambil tahu sangat. Tak de masa untuk aku melalak sedih kalau bintang AF terkeluar ke apa... Why bother kan... Orang kata fenomena tapi baik album dan lagu Fenomena Search lagi sedap layan hehehe aku telah rosakkan tape abang aku kekekeke mujur dia tak balun aku dulu... Sayang adik dia walaupun rajin gaduh.

Bebalik kepada cerita aku tadi (diari aku untuk minggu pertama buka sekolah untuk penggal ni), aku hantarlah budak ke stadium untuk dua hari dengan Cikgu Rosman. semangat budak2 ni tapi malangnya apabila kami sampai dahla tersilap tempat parking jauh lak tu... Menapak la kami. bila sampai je acara 100m perempuan bawah 10 dah lepas. Kesian dua orang budak nie tapi untuk acara lain 100m lelaki bawah 10 dan bawah 12 dan 100m perempuan bawah 12 sempat kami daftar... Pengajarannya, datanglah awal hehehe kalau tak makan angin jela...Tapi agak membanggakan juga kerana dua murid aku berjaya sampai ke separuh akhir! Tak pernah training ke apa tapi boleh sampai tahap ini, bangga la juga tapi kalau buat latihan sikit dan bagi pakai kasut spike mau leh jadi juara hahaha...Sian sangat kerana diorang ni tak pakai kasut spike tapi nak buat macam mana sekolah tak sediakan. Nak suruh aku order guna peruntukan PJK dah tak sempat... Nasiblah. Tapi aku balik awal kerana budak2 separuh akhir ni Cikgu Rosman yang uruskan. Paling penting kalah pun tak apa asal budak2 ni diberi pendedahan. Ayat biasa cikgu2 guna. :)

Untuk hari kedua aku bawalah budak2 pergi ke stadium untuk acara 200m lelaki dan perempuan bawah 12. Seperti biasa sampai lambat dan acara perempuan tak dapat masuk hehehe salah cikgu lagi sampai lambat. Dan nasib tidak seperti semalam, murid2 aku aku kecundang seawal saringan lagi. Tak apa asal dapat pendedahan :p
Duduk lama2 kat situ pun boring gak tengok acara orang je hehehe tapi jam masih awal. 9.15pg takkan nak balik dah. Kat rumah pun budak2 ni tskde siapa, mak bapak semua kerja. Nak balik sekolah lagilah rugi hehehe aku kena ajar sebab plan awal aku nak rilek2 hehehe so bila jam pukul 10pg aku pun bawalah budak2 ni pergi Taman Botanikal Ayer Keroh. Mmg budak2 ni suka, aku pun suka. Nak joging petang2 pun jauh maa... Hehehehe kami pun bergambar dan menghabiskan masa kat situ 2 jam jugak le... Tengok pokok, monyet, kera dan tumbuhan2 unik. Nanti aku rajin2 sikit aku post dalam blog aku. Rajin. Aku dan budak2 ni pun masuk ke Kampung Buku yang berada dalam taman ni. Cantik tempatnya... Aku komen nnt.

Esok (Rabu 19 Mac 2008) aku akan menjadi guru semula hehehe dan Khamis cuti la plak. Best gak kalau setiap minggu ada cuti tambahan. Cuti je orang ingat tapi lupa yang hari Khamis tu Hari Maulidur Rasul! Sekolah aku mendapat seorang guru baru sebagai GPK KOKU. Aku tak jumpa lagi dengan dia ni so aku tak bolehlah nak buat penilaian hehehe macam bagus aku ni... Harap dia seorang yang ok dan menariknya dia seorang guru Bahasa Inggeris. So nanti sekolah aku akan ada 3 orang guru BI. Tapi ada kemungkinan yang tak sedap juga iaitu mungkin dia pengganti Cikgu Karthy yang dah minta tukar? OOO No... Kalau GPK berapa sangatlah waktu yang akan dia ajar? Takkan aku nak sapu banyak kelas? Mati aku macam ni... Sekarang ni pun dah banyak waktu aku kena tanggung tidak termasuk kelas ganti.... Kita tengoklah nanti... Eh aku yang kena tengoklah nanti....

Ahad, 9 Mac 2008

Malaysia negaraku

Malaysia selalu berbangga kerana negara kita telah menjalankan proses demokrasi yang dikatakan sebagai terbaik. Ya telah terbukti walaupun masih ada suara2 sumbang. Aku nak komen proses pilihanraya kita ni pun tak layak kerana aku taklah memahami sebaik-baiknya. Aku dulu pun bukan ambil subjek politik ni secara serius, subjek pengenalan je dan aku lebih mengambil banyak subjek sejarah. I like complaining about history. Kita boleh mengambil pengajaran dari sejarah.

Kuasa rakyat telah membara pada pilihanraya yang lepas dan memperlihatkan penolakan beramai-ramai rakyat terhadap pemerintahan BN. Kita boleh lihat trend pengundi bandar telah menolak kebanyakan calon2 BN. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah kenaikan harga minyak dan barang yang terlalu mendadak dan melulu. Itu pasti dan dibantu dengan faktor2 lain seperti HINDRAF, KJ, kelemahan pentadbiran, Anwar Ibrahim, kes mengatur hakim, kronisme dll. Kalau dulu Dr. Mahathir cukup melenting jika orang bercakap mengenai kronisme, nepotisme dll tetapi dia juga sekarang memperlihatkan kecenderungan mengutuk pemerintahan Pak Lah yang menjurus ke arah yang sama cuma dalam era Pak Lah perkara ini lebih menonjol. Jadi sama2lah kita lihat terutama kabinet baru Pak Lah dan kabinet baru negeri terutama negeri2 baru yang ditadbir BA terutama Perak negeriku, Pulau Pinang dan Kedah. Semoga tiada kekacauan yang berlaku nanti oleh orang2 yang ekstrem dan bodoh berpolitik. Jangan bertuhankan nafsu dan pangkat semata-mata. matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Aku melihat perubahan kuasa ini sebagai sesuatu yang mempunyai pro dan kontranya. Terus terang aku sedih apabila kampung yang harmoni dan permai telah dicemari oleh "rampasan kuasa" oleh penyokong BA daripada pentadbiran JKKK yang lama. Mereka ini gilakan kuasa dan telah menyuruh JKKK dan sekutu mereka mengangkut keluar barang2 dari dewan, surau dan tempat2 yang berkaitan. Mereka ini lupa yang tempat begitu merupakan hak rakyat tanpa mengira parti dan agama. Yang pasti daripada sumber2 yang aku ketahui, mereka ini telah dihasut oleh 'orang luar' untuk bertindak sebodoh itu. Manusia mudah dipengaruhi. Aku rasa perkara ini timbul kerana kerajaan baru lambat ditubuhkan disebabkan oleh perkara2 teknikal. Rasanya dah terlalu lambat untuk mengumumkan tiada perubahan yang berlaku tetapi sekurang-kurangnya perkara ini diumumkan sebaik sahaja kerajaan ditubuhkan. Entahlah aku tak pasti keadaan kampung macam mana keadaan terbaru. Harap keadaan akan menjadi lebih baik dan terkawal.

Semua orang Melayu bising apaabila Dasar Ekonomi Baru akan ditamatkan di Pulau Pinang. Semua? Aku tak pasti yang pasti aku rasa sepatutnya ia ditamatkan sejak 1990. Walau pun dasar itu gagal mencapai matlamat orang Melayu menguasai 25% ekonomi, tetapi sekurang-kurangnya mencapai 18% pada 1990. Tujuan asal dasar ini memang baik tetapi nampaknya selepas 1990 ia lebih ke arah mngayakan golongan yang sedia kaya dan mempunyai peranan dalam politik telah menjadi faktor utama dasar ini dipertahankan. Kita lihat berapa ramai orang Melayu berarak dekat KOMTAR meminta Lim Guan Eng menarik balik dasarnya untuk membuang DEB dalam pemerintahannya. Adakah mereka tahu atau diperdaya oleh pemimpin-pemimpin UMNO? I don't know. Daripada pemerhatian aku cuma beberapa tokoh sahaja yang berjay diLAHIRkan dari DEB ini seperti Tajuddin Ramli dan beberapa nama yang aku dah tak ingat. Mereka berjaya dilahirkan tetapi terdengar juga perkara2 negatif mengenai mereka. Semoga dasar baru yang diperkenalkan ini mampu menghapuskan kalau boleh pengaruh kronisme, nepotisme dll. biarlah kekayaan untuk semua dan kita dapat menikmatinya. jangan jadi seperti Masjid Kristal di Terengganu, enak di mata tetapi taraf kehidupan rakyat di Terengganu masih di bawah paras kemiskinan.

Aku bukanlah seorang penentang, tetapi berharap perubahan akan sentiasa membawa kesan negatif. Aku bukanlah penyokong DAP tetapi konsep satu Malaysia yang diperjuangkan oleh Tun Onn Jaafar akan dapat direalisasikan. Kita sebagai bumiputera janganlah sentiasa mengharapkan subsidi dari kerajaan sahaja. Jadi kita mestilah menjadi bangsa yang berdikari dan menolong orang lain pula dan menyedarkan betapa kita susah untuk menjadi maju. Insha Allah kita mampu melakukannya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak berusaha mengubahnya.

Rabu, 5 Mac 2008

Favouritism or human attitude???!!



Please listen to my expression and speech....



Aku merupakan seorang cikgu...Statement ni yang mmg orang dah tau kalau baca profil aku. Aku dah rasa apa yang aku bayangkan dulu masa kat maktab menjelma akhir2 ni. Biasalah sebagai manusia biasa kita tak lari dari masalah dan mencari masalah. Nak tau kisah yang tak best ni? Aku yang tulis so aku punya pasal la nak tulis kan...kalau nak atau tak ndak baca silakan ...


Anak2 murid adalah permata walaupun buas dan nakal macam mana pun tetap anak2 murid kita. Bukan setakat buas dan nakal, kalau yang cerdik dan bijak adalah kelebihan dan memudahkan kita. Tak banyak masalah nak mengajar. Tambahan pula aku mengajar kat kawasan kampung (Kampung paling hujung dalam negeri Melaka, banyak cikgu tak nak masuk sekolah aku ni. Dua orang cikgu pindah tapi seorang pengganti pun belum masuk. Kelemahan jabatan atau pengurusan sekolah aku, tak tau la tapi yang penting aku dan guru-guru lain terbeban dengan waktu mengajar yang ekstrem, 35 waktu seminggu tidak termasuk kelas relief)


Menjadi masalah kepada guru-guru kalau anak-anak guru belajar di sekolah yang sama. Samalah apa yang terjadi kepada aku ni...Tak tahulah besar kemungkinan kelemahanaku juga tapi sikap ibu bapa juga menjadi faktor ketidakseronokan aku nak mengajar. Kalau dulu aku boleh mengajar dengan tenang tanpa 'gangguan', tapi kini kadang2 menjadi penghalang aku nak enjoy mengajar. Nak dijadikan cerita ada dua orang anak cikgu aku mengajar. Anak-anak yang bijak tetapi sikap over concerned kat anak-anak mengganggu aku. Bukanlah aku seorang yang garang sangat tetapi perhubungan guru dan anak murid akan terganggu. Nak marah atau sentuh akan menjadi isu. Kadang-kadang dilema gak aku walaupun bukan igauan.


Dipendekkan cerita sebab aku tak suka sangat nak menulis benda2 yang bukan interest aku. Minggu ni adalah minggu ujian bulanan yang pertama sekolah aku. Aku bagilah ujian yang agak susah di mata murid...Walaupun tak susah mana pun sebabnya perubahan format soalan dan kelas. Aku mengajar tahun 4 Bahasa Inggeris. Format soalannya adalah berbeza dari tahun 3 yang lebih senang dan banyak gambar. Dari pengalaman aku selama tiga mengajar tahun 4 perkara ini adalah normal...Murid2 sukar memahami soalan dan mengeluh tetapi ia akan menjadi kebiasaan sehingga penghujung tahun. Memanglah murid-murid akan mendapat markah yang sikit dan ramai yang tidak lulus, selalunya ujian akhir tahun mereka akan dapat mendapat keputusan yang baik dan meningkat. Cuma perlukan masa...Yea perlukan masa untuk mereka membiasakan diri. Aku telah ditegur kerana takut anaknya dan murid yang lain tidak dapat menjawab. Aku jawab ia memang akan dan selalu terjadi sebab perubahan tahun dan format. Risau keputusan anaknya teruk gamaknya... Aku tahulah dia pentadbir. Aku pun ikutlah apa yang disarankan beri soalan yang mudah. Aku harus bersedia menjawab jika perkara ini masuk ke dalam mesyuarat guru-guru hehehe....


Kita terlalu disogokkan dengan markah yang tinggi untuk menjadi cemerlang, tetapi kita lupa bahawa ukuran kecemerlangan adalah berbagai-bagai. Bukan setakat pandai menjawab periksa tetapi sikap yang baik bagai dipupuk angin. Tiada gunanya. Ada ramai anak murid aku yang tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi cemerlang dalam sukan dan sosial. Ada murid aku yang pandai melukis dan bertulisan cantik. EQ dan IQ manusia berbeza. Sebagai contoh kita boleh bagi kuiz pengetahuan mudah untuk menilai tahap mereka.Selalunya anak-anak murid aku akan jawab merapu dan terpesong dari jawapan sebenar. Hehehe orang dewasa juga tertekan jika diberi ujian kalau tak, ramailah yang lulus cemerlang dalam PTK kan...


Kesimpulannya mudah, jika kita merasa tertekan dengan persekitaran dan orang-orangAN, maka kita akan meletakkan diri kita dalam keadaan yang tidak stabil. Hati2 jangan sampai jiwa parah, Hospital Bahagia sudah padat dan kesempitan ruang, jadi jangan tambah lagi satu lagi katil di sana.

Manusia punya hati...



Bukanlah aku ni seorang yang berlagakk tapi kita juga punya perasaan dan hati. Walaupun aku senyap dan malas nak melawan sangat apa orang atas cakap, tapi sampai bila nak pendam kan...
Manusia ni memang la depan mata kita dia "baik" tapi belakang kita siapa tahu. Aku lebih suka kalau orang tu bercakap depan2 aku ni...Tak puas ati lah kalau kita dengar dari mulut orang. Aku tau aku pun manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun aku ni masih baru dalam apa aku buat sekarang. Bukan aku tak boleh adaptasi dengan suasana tapi kenapa orang tak faham kita.?
Ntah apa aku tulis ni....Sebenarnya aku tak sampai hati nak menzahirkan apa yang terselirat di hati aku ni hehehe mau boleh terjerut hati aku dengan apa orang fikir kan...Inilah aku dengan bergayanya berprinsip TIDAK APA ATTITUDE :D

Ahad, 2 Mac 2008

successor@seedling@haprak!!!

Parti-Parti Utama yang bertanding pada PRU ini

Parti Islam Se-Malaysia
Parti Keadilan Rakyat Malaysia
Parti Demokratik Rakyat (DAP)
Barisan Nasional


Hai... Walaupun aku ni bukan la sangat suka nak tulis pasal pilihanraya ni tapi tiba-tiba aku tepu nak tambah apa kat blog aku ni so aku nak letaklah antara gambar parti-parti yang bertanding pada PRU 12 ni. Aku tak mau lah letak komen-komen yang melampau kat sini well nanti tak pasal-pasal nama aku dan blog aku kena banned dan turut diperkatakan oleh MPs kat dalam Parlimen. MPs kan tak suka bloggers yang kutuk depa kalau puji melambung mau depa alu-alukan... Dah nama adat manusia, suka dipuji benci dikeji tapi selalu depa lupa sebelum naik dulu dok suruh orang ingatkan dia.Nanti kalu rajin aku tangkaplah gambar-gambar perang poster pilihanraya kat kawasan aku tinggal ni...Biarla aku bagi tau yang sememangnya tak best dan happening langsung perang poster kat tempat aku tinggal ni....Membosankan. Nampak sangat dominasi satu parti aje, parti apa? Tak cakap pun hangpa dah tau kan....Parti yang dialu-alukan oleh orang kaya. Business comes first than baru kebajikan rakyat dilihat secara surface.


Dulu-dulu akau tak nak berapa faham sangat bila orang dok kata prinsip matlamat menghalalkan cara tapi sekarang ni bila dah agak mature taula sikit-sikit politik ni baru nampak apakebendatu... Tapi konklusi aku yang berat sebelah ni ialah bila orang tu dah jadi politikus dia akan menjadi BUKAN diri dia yang sebenarnya dan melanggari prinsip-prinsip yang disebut-sebut dulu. Kalau belajar dulu-dulu selalu disebut 'ends justify means' tapi aku ingat lagi bila ada orang-orang dari satu parti tu cukup melenting menafikan yang mereka ni telah dan sedang guna prinsip Machiavelli! Heloo... Dah masuk politik kenalah faham sepak terajang politik ni kan? Kalau tak The Prince takkan tercapai hajatnya hehehe...Jangan jadi politikus yang tak matang yang sepak MP pesaing dia (aku tak mau kata pembangkang sebab dia pun pembangkang untuk negeri tu kan...sedarlah diri tu kan) Lihatlah bila kita tidak ikhlas menunaikan amanah yang rakyat bagi dan menafikan hak rakyat tambah lagi kalau makan benda yang bukan seadilnya dan sewajarnya, bertambahlah busuk dan hitam hati pemakannya. Lahirlah tingkah laku dan perangai kita yang kurang ajar. Teringat kata ustaz aku dulu betapa susahnya nak bersikap adil ni, bukan setakat dengan perkataan tapi meliputi semua aspek. Yela nak kena meletakkan pada tempatnya...Terlalu luas skopnya tetapi amat tegas pada dasarnya.


Kadang-kadang aku nak juga merasa macam mana sistem demokrasi dan undang-undang negara lain. Nak buat macam mana kalau duit pun tak cukup nak melancong tengok negara orang. Baca jelah. Banyak membaca luas pandangan kan... Sikap keterbukaan negara-negara luar terhadap sistem pemerintahan mereka kadang-kadang aku kagum gak, tapi biasalah ada juga kekurangannya. Hujan batu di negara sendiri kan.
Tapi di Malaysia kita ada kekangan yang tersendiri kerana mempunyai Sistem Raja Berpelembagaan. Raja masih di puncak hierarki negara walaupun dikatakan tidak mempunyai kuasa eksklusif. Sebagai orang Melayu aku masih memegang prinsip tiada Raja yang boleh diderhakai. wujud Melayu sebab kita masih mempunyai Raja yang Berdaulat. Kita tak mahu menjadi seperti United Kingdom, Raja dan Ratu cuma sebagai simbol negara sahaja. Orang Melayu mesti memegang prinsip bahawa Raja-raja melambangkan survival kita yang amat penting kita pertahankan. Jadi, inilah jati diri kita, sebahagiannya. Cuba kita lihat negara-negara yang tidak mepunyai raja dan berbilang bangsa, suasana dan perasaan ini tidak wujud sama sekali. Seorang Presiden tidak sama dengan seorang Raja.


Di sini aku juga ingin menyatakan perasaan aku yang aku risau Amerika Syarikat akan terlalu gembira apabila Presiden Cuba, Fidel Castro dah melepaskan jawatan dia... Kuasa check and balance untuk benua Amerika akan terjejas. Bagi aku dia seorang yang kuat semangat walaupun keras caranya, berani dan berpandangan jauh. Berani melawan US walau pun pelbagai ancaman yang diterima oleh Cuba. Aku kagumi sebuah negara yang kecil dan miskin di mata dunia boleh menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi secara percuma dan rawatan kelas pertama secara percuma juga... Bukanlah aku ni seorang komunis tetapi aku rasa tak salah bagi aku nak menzahirkan apa aku rasa. Dia bukan seorang komunis cuma sosialis. Terlalu besar perbezaannya. Kenapa banyak negara termasuklah negara kita tidak mampu berbuat sedemikian? Sebabnya, kita terlalu terpengaruh dengan konsep pasaran bebas dan berasaskan keuntungan semata-mata. Kalau nak kata kita tidak bebas dalam prinsip ekonomi, mengapa kenaikan harga barang, minyak dan keperluan harian terus meningkat? Mengapa negara membangun seperti Venezuela mampu memberikan harga minyak yang rendah untuk kegunaan rakyatnya? Venezuela juga seperti Malaysia sebagai negara pengeluar minyak. Keanggotaan dalam OPEC jangan kita jadikan ukuran, yang penting usaha kita untuk meringankan beban rakyat seperti aku yang marhaen ni...Kita perlu mengubah sukatan mata pelajaran Ekonomi sekolah dan universiti lah jika kita berterusan mengalami masalah ini. Kita terlalu mudah mengalah dengan tekanan ekonomi tanpa dapat mengawalnya secara baik.
Berbalik kepada Castro,dia telah melepaskan kuasanya kepada adiknya Raul. Nampaknya Raul seorang agak lembut pendekatannya berbanding abangnya, Fidel. Kadang-kadang manusia ni mudah lupa dan alpa mempertahankan prinsip baik yang ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu. Contoh mudah betapa takutnya Orang Barat terhadap Gamal Abdul Nasser kerana beliau seorang yang berani melawan dengan kuasa barat dan MENANG dalam perang mengambil alih Terusan Suez dari penguasaan British. Tapi penggantinya selepas itu, Anwar Sadat telah melanggari usaha dan cara-cara Abdul Nasser yang amat anti Barat dan Israel telah menanda tangani perjanjian perdamaian dengan Israel dan Barat. Bermulalah kejatuhan orang Islam dan kepimpinan dengan keduniaan. Dunia oh dunia... Kita perlukan seorang mujaddid siasah dan kepimpinan. Zaman aku sekolah dulu selalu diwar-warkan bahawa kemungkinan seorang mujaddid ini akan dapat dilahirkan di Asia terutama sekali Asia Tenggara, nampaknya kepudaran itu lebih menonjol!


Aku beranggapan kita harus memilih pemimpin yang mencukupi kriteria-kriteria seperti yang telah Islam tetapkan. Janganlah mengundi PARTI tetapi calon yang berwibawa. Bagi aku berdosalah kita jika kita mengundi orang tidak mencapai kriteria dan kepartian kerana kehancuran akan melanda. Jangan undi calon yang korup dan tidak amanah dan yang penting sekali mestilah seorang yang Islam dan Adil. Tetapi bagaimana pula jika seorang itu tidak mengundi? Berdosakah dia? Apapun up to you....U decide what best for you.
Berbalik kepada tajuk yang aku berikan hehehe adakah pemimpin kita hari ini seorang pengganti yang berwibawa dan baik, atau memang benih yang baik dan dilahirkan sebagai pemimpin berkarisma ataupun seorang yang haprak! Tong kosong tiada isi, bunyi je lebih itu dan ini...hasilnya hampeh! Oink! Oink! Oink! Oi! Oi! I luv that...

Isnin, 25 Februari 2008

Program raya aku 2007



Inilah gambar keluarga aku. Gambar ni di ambik masa hari raya tahun '07. Dah lama kami tak ambik gambar famili. Paling last pun masa aku Form1 tu pun tahun '92. Masa tu tak la seramai ini, yela progress goes on and on. Tapi dalam gambar ni kurang la 2 orang. Teka sape? Bapa aku dan selalu ditegaskan oleh adik-beradik aku nak dapat ipar le hehehe. End of the story.


Tengok la gambar 4 jejaka ni, all single available ke tak kenala tanya diorang sendiri. From left Me, Norol (sepupu), Mat (anak menakan), dan yang depan tu Nuar (sepupu). Gambar masa kami buat BBQ raya '07. Kira annually family program bakar BBQ masa raya.



Ni posing ntah ape2 gelak2 ntah aku pun dah tak ingat...Tp yang penting posing dulu sebelum benda nak di BBQ kan blum bawa dari dapur lagi hehehe. What a happy family kan...


Ni gambar tengah beraya la kat umah Pak Lang Din. Gambar member2 kampung aku. Jumpa pun kdg2 dan mesra pun masa raya je... Ntah bila nak reunite macam dulu masa sekolah2 dulu...

Dari kiri Pak Lang Din,Mat Padil, Rasul, Pak Teh Lek, Ajieb, Mat Noh, Mat Yeh,Mie,Mat,Yeh,Zaidi,Zali n anak dia,Sabri, aku,Duan,Rozi,Mat Sham,Dan, Junuh n adik dia.

Ahad, 24 Februari 2008

Malaysia ni cantik sebenarnya...







Wow! Look at the Twin Towers of Petronas. Even though it is no longer as the tallest building in the world, still the tallest twin tower in world anyway. I took it with my very own cheap digital camera from the KL Tower. Look at the hazy background yet beautiful. Isn't it great? Indeed. There are many interesting places to visit such as Eyes of Malaysia, Islamic Heritage Museum, National Mosque etc. I would like to appreciate these examples of urbanisation and modernisation. Love them and keep away from being a hedonist. I remind you and you remind me. Hehehe the most important thing is to be loyal and patriotic to Malaysia. I love you, Malaysia...






















Lihatlah betapa cantik dan menariknya pemandangan Bukit Larut. Walaupun ini gambar chalet dia kat atas bukit tu tapi yang penting cantik dan sejuk. Kita boleh lihat lihat gambar keseluruhan Bandar Warisan Taiping dan boleh nampak Pulau Pinang tau...Tak rugi kalau berniat nak bercuti kat sini tapi janganlah harapkan ada pasaraya besar kat atas bukit ni... Ada bunga tulip ditanam kat atas bukit ni tau. Yang gambar kecil kat sebelah tu gambar Taman Tasik Taiping. Tasik tertua dan tercantik kat Malaysia ni.Sebagai orang Taiping bangga sungguh ada Bukit Larut atau nama lama dia Maxwell Hill dan Taman Tasik Taiping atau lebih dikenali sebagai Lake Garden.




I love looking at this picture. I love the scenery and of course the person next to me. She is my sweetheart and my mum. A person who keeps on asking me to get her a new daughter in-law hehehe but no aswer yet... What to do no jodoh yet.

Hey, I don't want to talk about me... Look at the view behind me. It is breathtaking, isn't it?

The picture was taken during my trip to Pulau Langkawi last year, 2007. The lovely picture was taken at Pantai Chenang (a place for reggae lovers to hang out, but I didn't feel that way).

My point is Cintailah Malaysia, there are many places to visit and enjoy. I'm proud to be Malaysian.

Sebenarnya takde duit nak melancong keluar negara, ada gak hati nak melancong ke New Zealand ke, Switzerland ke, Afrika Selatan ke, Carribbean ke hehehe






Bila tengok gambar hutan dan berbatu besar ni rasanya kat mane yea? Hehehe betapa cantiknya hutan hujan yang Allah anugerahkan kat Malaysia.Nak kata jauh sangat dari bandar tak le juga lebih kurang 50km dari Bandaraya Bersejarah Melaka. Tempat ni patut lebih dikomersilkan untuk aktiviti keluarga dan rekreasi. Tapi bagus gak kalu tak ramai orang tau sebabnya keDARAannya masih terjaga. Wah aku tulis macam aku ni Greenpeace aktivivist hehehe... Tanpa kita sape lagi yang nak pertahankan kehijauan dunia ni kan. Jadi, sayangilah hutan kita sebab dunia sekarang ni makin panas. Kering kontang kat mana-mana je. Sungai-sungai kat China banyak dah kering. Keluasan gurun juga semakin bertambah setiap tahun. Alam ni dah banyak kali bagi amaran tapi ramai manusia yang masih alpa. Keseimbangan alam dah jadi caca- marba. Kalau ikut pandai aku ni yang kerdil ilmu di sisi manusia lain apatah lagi nak banding dengan keluasan ilmu Allah SWT pun rasa kelainannya.
USA pun dah dilanda dengan pelbagai macam bencana alam. Aku tak puas hati la sebab dia tak nak tandatangan Perjanjian Kyoto. Apa ingat kalau sain, US boleh jadi negara miskin ke? Jadi marilah kita beramai-ramai tak sokong dasar-dasar US yang menindih dan terlalu pentingkan diri tuh! Jadikan Pax Americana berakhir!!! Islam pula ambil alih lepas ni. Kalau Islam menang bak kata cikgu aku dulu la, hero Hindustan selalu tewas awal, menang kat hujung-hujung cerita. Pastu bersedialah kita menuju berjumpa Allah SWT. End of the world atau lagi kasar Doomsday.
Mekah pun dah turun salji! Selama ni panas kering alih-alih hujan,banjir dan salji...Aneh tapi fikirkanlah petanda-petanda yang dunia ni makin tidak selamat didiami dan tua... Dah berbilion tahun dah dunia wujud lebih lama dari dinasour...
Danau Toba dekat je denganMalaysia. Sekali dia meletus, kepupusan manusia akan sama mengikut jejak langkah dinasour la. Jadi sama-samalah kita berusaha seadanya pandangan dan cara kita terhadap dunia ini demi Dunia Kita dan Lillah Taala. Demi masa, kita semua ni dalam kerugian,hanya orang-orang yang ingat-mengingati insha Allah selamat dari segala fitnah dan bencana dunia.

Opps... Lupa lak cakap hutan ni kat mana yea, ala kat kaki Gunung Ledang, Asahan.
Bila tengok gambar-gambar ni dan yang aku tulis, apa yang anda rasakan aku nak sampaikan?

Sabtu, 23 Februari 2008

I like festivals and feasts

This picture was taken when me and family were having a kenduri doa selamat at my niece's stall. Family gathering makes you enjoy and fufilled.
I love my family... :)




Well, Malaysia is a colourful and multi-racial country. So we can enjoy visiting our friends' festivals and feasts. These pics taken during Diwali '07 with my friends at my idiot and good buddy, Nity. Nity's are you busy right now? I support in what you do... Fight for Malaysian rights. Malaysians need many persons like you.Go Nity go...I love Indian curry and food.
The smell and aroma haunt me everywhere, you know...




Diet sangat la ni...


Kononnya mengikuti program diet yang extreme, aku telah tertewas dengan makanan yang terhidang kat depan mata. Mak aii mana leh tahan kalu mee kari akak pra ni memang sedap dok depan mata...Mana tahan...
Yummmy sedapnya...Sori yea orang sebelah aku tak pandang bila melantak! Tapi aku think positive, kekekekeke makan makan jugak, jangan lupa exercise...