Selasa, 28 September 2010

Aku nak pindah sekolah!

hehehe GB aku dah luluskan permohonan aku nak bertukar balik kampung... :)

Tapi adakah aku ni bersungguh2 nak pindah balik negeri? errmmm... ntah la masih hati aku berbelah bagi...Sayangnya masih ada di Tebong.

Aku cuma nak test market je apply pindah nie... Yg sbnrnya aku geram sgt kat GB aku sblm UPSR dulu... X terkira camana la tahap kegeraman aku waktu tu...Aku cuma bercerita pada yang rapat kat sekolah dan rumah je la... Nak aku lapor kat NUTP? Aku belum jd ahli lg ni... Bila ntah nak jd...

Hmmmm... Sebelum aku hantar permohonan ni cuma Nuri je hntr, GB aku leh kata "aiii kata ramai sgt nk pindah ni cuma 1 je permohonan???" Hehehehe berlagak yea... Pas raya hari tu bertambah 4 org lg cikgu termasuk aku hantar permohonan! Terkejut beruk dia...ambik... berlagak sgtttt...

Td selepas rehat, 28 September 2010, aku dengan Kak Siti pun menghantar salinan borang permohonan kepada GB aku... Dia cakap dia akan luluskan permohonan kami sebab alasan kami ni kuat. (Yela tue...) Sambil tu dia pun dok bersembang pada mulanya dia ingat cikgu2 ni x suka dia dan dijawab oleh GPK 1 aku yang cikgu2 ni mempunyai alasan yang tersendiri... Aku??? Dah 5 tahun bertugas di sini jadi inilah alasan yang paling kukuh utk bertukar! Yezzz...

Skrg ni aku x la bengang sgt dgn GB aku cuma aku x pasti tahun depan dia akan berubah...

Kesimpulannya, apa salahnya aku menguji pasaran utk berpindah huahuahua

Aku kejam!

Adakah aku ni tergolong dalam golongan yang kejam & tidak berperi kemanusiaan?
Kisahnya mcm nie...

Aku ni seorang guru yang cukup mementingkan disiplin...kononnya la huhu...

Aku cukup x berkenan bila budak2 aku ni pakai kasut x berstoking @ pakai selipar je... Nak jd cerita hari ni (27 September 2010) aku tangkap la 1 budak ni... Aku dah aim lama dah sbb masa perhimpunan rasmi tadi semua ahli keluarga budak ni pakai selipar je ke sekolah... eeiiii geram aku...

Bila masuk ke dlm kelas aku tanya la budak ni kononnya dgn suara yg high pitch huhu (x kuat pon cuma ekspresi yg kuat & mcm garang hehehe...aku ni bukan le guru yg garang...puji diri jap ;p )
Aku bw dia ke depan kelas dan tanya kenapa pakai selipar... Aku tanya dia lagi, bila awak basuh kasut? Pagi td ke @ mlm td? Mcm2 la soalan yg x relevan...Dia senyap je. (sbnrnya dia bg gak jwpn tp aku yg x dgr...suaranya terlalu perlahan @ aku yg buat2 x dgr?... )

Aku x puas ati so aku ketuk la dgn pembaris kontot aku kat bahu dia...aku kira x la kuat cuma eksen je lbh2...sekali dia mengalir air mata daaa seraya berkata (wah guna seraya!) hujan, atap bocor cikgu uhuhu... Aku terkesima la jap... Aku tau dia dr keluarga yg susah tp itu bukan yg aku hrpkn... Aku tahu bapak dia ada Proton Saga so aku rasa keluarga ni x la miskin sgt... Tapi aku lupa yang adik-beradik dia ramai... Selepas tu terpaksala aku menenangkan dia...Ya Allah aku berdosa...

Ni la mslhnya bila kita suka melihat org melalui kaca mata kita sendiri...Tak pernah kita nak meletakkan diri kita dalam kasut org lain...(Perpatah omputeh: Put in other's shoe)

KITA SELALU LUPA, RIAK DAN TAKBUR DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN...

Astaghfirullahaladzim... KeJaMkAh AkU???

Isnin, 27 September 2010

It's an aging process...

Ya Allah ampuni aku... Adakah aku seorang yang tidak bersyukur?

Semakin kita banyak membaca semakin kita merasa hairan dan kagum dengan diri kita & ilmu Allah SWT. Kenapa aku menulis tentang ni? Walaupun aku ni kiranya seorang yang mengamalkan cara hidup yang sihat (agaknya la...) hehe tapi kita x mampu menahan daripada proses yang Allah SWT telah tetapkan...

Ada sesiapa tahu dan boleh membantu aku mengapa aku puasa kali ni aku merasa sakit belakang tengkuk? Tapi bila dah berbuka sakit itu berkurangan... menurut pandangan seorang kawan aku yg hidupnya dikelilingi ubat2an, mungkin perut kosong jadi tekanan darah (BP) meningkat... Wah adakah ini tanda simptom awal aku nak kena @ dah kena sakit tekanan darah tinggi??? Ermmm...mmg pon dlm keluarga aku ada yang mengidap sakit nie...

So, it's a process... Get ready and watch out ur daily routine... Kena lebih mengambil berat dgn diri aku la pasni dan BERDOALAH agar perkara buruk tidak berlaku kat aku ni... Long way to go but i don't have plan yet!

Dah raya dah?

Astaghfirullah... cepatnya masa berlalu kan... Tulisan ni ditulis rupa2nya dah 18 Syawal nak masuk 19 Syawal! Selalulah terlintas dlm kepala otak aku sempatkah aku utk menghadapi Ramadhan & Syawal akan datang? Fikir2 jugak tapi adakah aku ni bersedia menghadapi segala kemungkinan?

Aku harap Ramadhan aku yg lepas memberi keberkatan dan makna dlm pengabdian aku terhadap Allah walaupun aku selalu lupa (lalai sebenarnya...).

Di dalam hati aku rasa gembira walaupun luahan kata2 aku x berapa suka dgn program Marhaban anjuran sekolah pada 2 Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431h... Panitia Agama yang anjurkan walopon pihak PIBG sekolah aku tetap nak nama dan yang sedihnya x penah melibatkan diri secara aktif! TAPI hasil nak dikaut bersama-sama ;(
Pada hari marhaban inilah dapatlah aku mengenali keluarga anak2 murid aku. Aku ni dah la jenis malas nak bersosial dengan orang lain. So ok la kan ada program mcm ni huhu.. Jelasnya ada di kalangan ibu bapa ni yg sporting walopon kami guru2 dan ibu bapa mewujudkan jurang pemisah.