Memaparkan catatan dengan label sabar jela. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabar jela. Papar semua catatan

Isnin, 27 September 2010

It's an aging process...

Ya Allah ampuni aku... Adakah aku seorang yang tidak bersyukur?

Semakin kita banyak membaca semakin kita merasa hairan dan kagum dengan diri kita & ilmu Allah SWT. Kenapa aku menulis tentang ni? Walaupun aku ni kiranya seorang yang mengamalkan cara hidup yang sihat (agaknya la...) hehe tapi kita x mampu menahan daripada proses yang Allah SWT telah tetapkan...

Ada sesiapa tahu dan boleh membantu aku mengapa aku puasa kali ni aku merasa sakit belakang tengkuk? Tapi bila dah berbuka sakit itu berkurangan... menurut pandangan seorang kawan aku yg hidupnya dikelilingi ubat2an, mungkin perut kosong jadi tekanan darah (BP) meningkat... Wah adakah ini tanda simptom awal aku nak kena @ dah kena sakit tekanan darah tinggi??? Ermmm...mmg pon dlm keluarga aku ada yang mengidap sakit nie...

So, it's a process... Get ready and watch out ur daily routine... Kena lebih mengambil berat dgn diri aku la pasni dan BERDOALAH agar perkara buruk tidak berlaku kat aku ni... Long way to go but i don't have plan yet!

Selasa, 23 Jun 2009

PPSMI - Adilkah hasil dapatan & analisis?


Betapa tidak sabarnya aku nak mendengar hasil kononnya kajian mengenai PPSMI yang memakan masa puluhan tahun ini! Setelah bertukar Menteri Pelajaran sebanyak dua kali, isk...isk... I can't wait to hear and complaint hehehe...

Lagipun masa our beloveth Menteri Pelajaran bercakap di dalam Parlimen, aku cuma tak puas dengan dua (2) benda je... Yang lain-lain aku tak pasti lagi. Lagipun aku dapat info ni pun melalui berita tv je, manalah diorang nak cerita dengan lengkap dan sempurna!

Aku tak puas hati bila bilangan dan kapasiti guru dipersalahkan! Emmm.... Kekurangan anak-anak murid kita menguasai B.Inggeris hanya berlaku di luar bandar je ke? Jadi, di bandar tidak berlaku masalah penguasaan BI? Tahap kefasihan guru-guru jugak dipersoalkan... Kenapa? Ringkasnya, penguasaan bahasa memerlukan kemahiran berkomunikasi dan praktis. Bila hanya guru dipersoalkan,aku mmg tak puas hati. Kalau hanya berbahasa Melayu di rumah, ibubapa pun bercakap Melayu sahaja, macam mana kemahiran berbahasa akan ditingkatkan? Guru yang cemerlang pun takkan banyak membantu jika tiada usaha yang berterusan di rumah. Lagipun guru-guru hanya sebagai pemangkin je, bukan faktor MESTI jadi!

Dan yang paling sedih, bila cadangan mengenai pertambahan waktu mengajar BI. Sudahlah kami sekolah luar bandar, gred B la plak! Memang beban guru akan terus bertambah. Cikgu sikit tapi waktu mengajar bertambah huhuhu..... Harap our beloveth Menteri boleh mengusahakan pertambahan guru di sekolah luar bandar.

Apa-apapun saya yang menurut perintah... Lagipun guru-guru kan golongan Eksekutif dalam Doktrin Pengasingan Kuasa kita. Ikut jelah... Demi 1Malaysia... ;)