Selasa, 23 Jun 2009

PPSMI - Adilkah hasil dapatan & analisis?


Betapa tidak sabarnya aku nak mendengar hasil kononnya kajian mengenai PPSMI yang memakan masa puluhan tahun ini! Setelah bertukar Menteri Pelajaran sebanyak dua kali, isk...isk... I can't wait to hear and complaint hehehe...

Lagipun masa our beloveth Menteri Pelajaran bercakap di dalam Parlimen, aku cuma tak puas dengan dua (2) benda je... Yang lain-lain aku tak pasti lagi. Lagipun aku dapat info ni pun melalui berita tv je, manalah diorang nak cerita dengan lengkap dan sempurna!

Aku tak puas hati bila bilangan dan kapasiti guru dipersalahkan! Emmm.... Kekurangan anak-anak murid kita menguasai B.Inggeris hanya berlaku di luar bandar je ke? Jadi, di bandar tidak berlaku masalah penguasaan BI? Tahap kefasihan guru-guru jugak dipersoalkan... Kenapa? Ringkasnya, penguasaan bahasa memerlukan kemahiran berkomunikasi dan praktis. Bila hanya guru dipersoalkan,aku mmg tak puas hati. Kalau hanya berbahasa Melayu di rumah, ibubapa pun bercakap Melayu sahaja, macam mana kemahiran berbahasa akan ditingkatkan? Guru yang cemerlang pun takkan banyak membantu jika tiada usaha yang berterusan di rumah. Lagipun guru-guru hanya sebagai pemangkin je, bukan faktor MESTI jadi!

Dan yang paling sedih, bila cadangan mengenai pertambahan waktu mengajar BI. Sudahlah kami sekolah luar bandar, gred B la plak! Memang beban guru akan terus bertambah. Cikgu sikit tapi waktu mengajar bertambah huhuhu..... Harap our beloveth Menteri boleh mengusahakan pertambahan guru di sekolah luar bandar.

Apa-apapun saya yang menurut perintah... Lagipun guru-guru kan golongan Eksekutif dalam Doktrin Pengasingan Kuasa kita. Ikut jelah... Demi 1Malaysia... ;)

2 ulasan:

Unknown berkata...

As we know, these people just want to live on their political survival only. They are not thinking of the future and basic of the education itself.Well, this is life ban. What to do. Pray for the best of the ummah.

asrulleeban berkata...

as long as i can memberi respon selagi tu la aku meluahkan perasaan... yea rite, dey dun see the bigger picture... politic survival je yg amik tau... kita adalah mangsa keadaan yg dilakukan oleh mereka yg haprak! do what u have to do... insha allah ada sinar di hujung sana