Selasa, 28 April 2009

Kena PRANK di hari2 usang huhu

Benda telah berlalu, x sempat aku nak update tp lani baru ada masa nak nulis...

Patut aku tulis pd 27 April lg tp aku kan buat2 sibuk dgn perkara duniawi... On that day, genap la aku idup selama 3 dekad, kejap je dah 3 dekad yea... Time is ticking. Tick...Tick...Tick...

Pd mlm tue, mengajak la housemate aku si Faizal & Azrul mkn kt luar. Ikut hati mmg aku mls dah nak makan, yela petang td dah melantak bihun tomyam kat stadium! Aku kata neman makan ok la... Pegi la kami ke Alor Gajah. Pas isi NGV keta Azrul singgah la kedai makan dkt Balai Bomba AG. Fine, kedai ni ada rasa gak la kalu ikut pengalaman pas. Yea yea jer si Faizal ni nak jumpa Date dia, aku kata ok la. Konon2 ada bw teman nak kenen2 kat aku, cess. Aku ckp pesal x habaq awai2 leh pakai lawa skt, ni aku pakai baju aku pakai kat stadium td, masam gak la hehehe konon nak melawak. Instinct aku dok kata depa nie nak kenakan aku...K, kita tgk dulu. Pas oder, aku punyalah bersemangat dok tanya sapala gerangan bakal org umah si Faizal, keja pa, ahh mcm2 aku tny. Dia dok senyum2 jer. Jwb x ikhlas jer, eh pesal kan... aku dok heran lg tanpa memikirkan apa plan jahat depa nie... Sebelum sampai oder, mai la waitress ni bg sekeping kertas (kertas jer? hahaha ingat kad besday!) tertulis "LIBAN, Happy Birthday yang ke 30. Daripada housemate hang :)" Wah! Mcm drama lak kan... Tima kasih kekawan!

Tak lama pastu, Faizal terima call, lama dia dok sembang, dia pas kat aku, aku tanya sapa? Dia kata nak bekenalan dgn aku... Kat skrin tertulisla nama SUI LIN. Ntah sapa2 ntah... Aku pun jwb la, kena kuar dr kedai tu coz bising, telinga aku cukup tak sensitif nak dgr henpon ni kalu bising2 ni... Malu2 la aku sembang, tny soalan2 bodo... Dirahsiakan. Jeng2... Bila dah pause lama, dia suh pas blk kt Faizal, aku pun bagi... Suara mcm best, yang paling best mcm kukenal! Sapa yea? Dan yg bestnya, ada bunyi suara budak kecik minta nasi! Aku? Blur, sapa nie...

Pastu Faizal bg blk henpon dia kat aku, dia dok gelak2 gila... At last, aku dah leh teka sapa tp aku tak jwb yg aku tau, jwb mcm kukenal, tp sapa yea... Faizal dok gelak kui kui kui... Akhirnya dia ngaku sapa dia... Dialah Suriana... OOOO berlakon dgn aku yea... marah Abg. Megat ko tu nnt tau kakaka takpala ada gak org ingat kan... Tp kira ok lg la drp hangpa buat kat aku dulu masa kat maktab, pakat ramai2 tenyeh muka aku dgn kek! Dah le mlm tu kena meeting dgn En. Baha pasal KAGUM Olahraga. Hangin aku tau hehehe

Hadiah paling bermakna malam tu aku dpt dr Kak Ros & anak2.Pakat nyanyi lagu Hepi Besday & antar kat aku! Wah... Doakan untuk Pakcik Liban yea & semoga jadi kenyataan... Terima kasih...

Kepada kekawan yg masih mengingati aku dgn besday aku, TQ alot, miss u all. Kpd my housemates, Faizal & Azrul, terima kasih bebanyak buat prank besday aku & yg plg penting, belanja aku hehehe Utk Su, ko x pandai sangat berlakon tp hampir berjaya mengenakan aku hehehe apapun terima kasih & pandai tol ko bersekongkol dgn Faizal aaa... Kak Ros & anak2, Thanx atas lagu tu, save dah dlm henset tau...Leh dengar selalu, kena selalu ingat dah nak masuk geng veteran!

Terima kasih semua atas ingatan, luv u'll. Semoga berbahagia hidup bahagia dunia akhirat & tercapai apa yang dihajatkan...

Ketam & Crab: Mana 1 yg betul?

Benda ni dah lama terjadi cuma masa ni je aku ada masa nak menulis hehehe

Kisah bermula apabila kami (Guru2 SK Tebong & SK Kemuning) TERPAKSA menghadiri 1 latihan dalam perkhidmatan atau lebih sedap dipanggil LADAP. LADAP 1 telah diadakan di sekolah aku, SK Tebong le, takde mana lagi... Tp kali ni dibuat di Bilik Mesyuarat SK Kemuning. GB SK Kemuning nie jemput la seorang nazir Melaka (nama dirahsiakan, aku pun da lupa apakejadahnama dia nie...) Fine la nak jemput sapa pun kan... Kami tetap kena datang gak walaupun buat hari Sabtu yg sepatutnya hari berehat. Pekeliling dah sebut apa... Tp Melaka ttp nk jd #1 dlm apa jua bidang, + @ - huhuhu

Berbalik ke topik aku, ok la tajuk yg nak diceramahkan dek nazir nie, berkaitan kurikulum dan fail panitia apa segala... Relevan la sgt... Tp dah sifat manusia, bila bleh terbang, selalu lupa tanah dok melata kat bawah... Itula yg bleh kami cikgu2 simpulkan mengenai nazir nie. Cara ckp mcm tak penah jd cikgu kat sekolah! Komplen...Kompen...Komplen je tau! Mmg kita ada masalah yg timbul tp pandai2 la kita cr penyelesaiannya. Kalu tak cr, mmg la kita cikgu yg tak guna! Kami bukan mcm tu!!!

Yg paling aku rasa X seswai sgt bila dia sebut HAWAU kuat2 bila dia klik kat laptop x keluar spt yg dihajatkan... Wpun aku x kisah dgn perkataan nie, sbb aku bkn org Melaka kan... Tak berbekas pun di hati. Kalu maki aku yea terasa ati aku yg sensitif ni...ye ker? hahaha Tp kalu kita nie NAZIR, jagalah skt tutur kata dan perangai... Org yg ptt membetulkan org lain tp dia yg ptt aku terajangkan supaya leh bjalan elok2 skt. Mmg dasar ketam la ni, nak ajar orang jln lurus tp dia pun bengkok!

Itulah ORANG... Berjuta perangai... Baru berseri dunia ni fenomena ni, bersedekah pahala dsb hahaha

Sabtu, 25 April 2009

1 Malaysia: Falasi bakal menjadi realiti?

Aku bukanlah seorang penulis politik yang prolifik, sekadar nak mencatat je apa yang bermain2 di dalam kepala otak aku hehehe...

Apabila Datuk Seri Najib mengumumkan konsep "1 Malaysia" membuatkan aku terfikir-fikir, bolehkah dicapai hasrat nie? Setahu aku sejak dari zaman Dato' Onn Jaafar lagi dia cuba memperkenalkan idea ni tapi secara terang2an ditolak menyebabkan dia kecewa dan terus meninggalkan UMNO yang dia sebagai pengasasnya! Betapa tebal dan tingginya sentimen kebangsaan orang Melayu ketika tu. Maka idea ni ditolak mentah2 lalu Dato' Onn menubuhkan Parti Negara yang membuka keahlian kpd semua bangsa. Tetapi hasrat beliau gagal direalisasikan dan tidak diterima umum.

Lalu selepas Datuk Seri Najib dilantik menjadi PM, idea ini dilontarkan. Maka hebohlah seantero Malaysia sama ada pro ataupun kontra. Idea yang nampak macam baru tapi hakikatnya dah lama cuba dijayakan. Jika tak percaya, cubalah lihat "rukun2 Wawasan 2020"! untuk mewujudkan Bangsa Malaysia! Tidak ada lagi pemisahan bedasarkan kaum. Berjayakah? Sehingga saat ini aku yang masih skeptikal akan berjayanya hasrat ini. Masih belum menunjukkan benih2 kejayaannya. Malangnya, apa yang banyak timbul ialah keraguan masyarakat dan pergolakan politik secara sedar dan amat menggusarkan aku yang masih non-partisan ini.

Kadang2 tertanya2 jugak aku mengenai konsep yang dibawakan oleh DAP. Berbezakah dengan konsep One Malaysia ini? Secara bahasanya jelas tidak menunjukkan perbezaan, hanya kata2 sahaja yang berbeza. Maka sibuklah akhbar2 cuba menerangkan hasrat PM baru kita, apa yang pasti kesedaran berpolitik orang Malaysia semakin tinggi, jika dahulu kita berpolitik berdasarkan aspek perkauman (yg sempit!) dan warisan dalam keluarga.

Seharusnya kita mencari satu titik temu yang boleh menyatukan semua rakyat. Eh! perkara macam ni sesangat2lah TIDAK sesuai diperjuangkan kerana kesan dan hidup untuk berpolitik akan layu dan pupus. Kita tidak mahu hanya ada satu kerajaan sahaja yang memerintah secara total. Autokratik dan secara kuku besi. Rakyat akan hidup tertekan dan terseksa disebabkan para pemimpin merasakan mereka ini sebagai DEWA yang tidak boleh disentuh! Sebuah kerajaan yang baik mestilah ada check dan balance. Aku taknak hidup macam nie. Segala2nya tidak bebas dan tersekat.

Yang pasti, berjaya atau tidak 1 Malaysia ini hanya akan berjaya jika semua rakyat Malaysia telah bersedia untuk mengubah paradigma berpolitik tanpa prejudis dan rasis. Kepada orang Melayu, jika kita dahulu telah bersedia memberikan kewarganegaraan kepada bangsa asing secara jus soli maka pada masa sekarang kita mungkin bersedia juga untuk kali yang entah ke berapa. Tetapi pada hari ini telah banyak kes yang muncul semua bangsa dan pemimpin politik menuntut hak-hak yang selama ini sangat sensitif untuk disuarakan dan dibincangkan.

Jadi, ramai lagi yang belum memahami konsep 1 Malaysia ini secara mendalam. Jika tidak masalah2 ini tidak akan timbul. Sewajibnya Datuk Seri Najib memikirkan cara untuk menyelesaikan perkara2 yang timbul secara lebih beramanah, berhikmah dan saksama.Berdoalah jangan ada masalah rusuhan kaum dan sebagainya akan timbul disebabkan masing2 menuntut hak. Bagi aku, jika ini berlaku, oooh terlalu ngeri. Hindarkan dari terjadi.

Rabu, 15 April 2009

Stargate: Realiti @ Ilusi



Stargate... Apa tu? Itu cerita filem? Cereka? Tahyul?
Hehehe orang Melayu kan ke suka benda2 mistik ni... Pembetulan... Bukan orang Melayu sahaja tetapi setiap bangsa di dunia ni suka benda2 misteri dan tahyul mengikut pandangan @ konsep budaya yang mereka hidup. Cuba tanya orang putih sekalipun, mereka MESTI ada sesuatu konsep misteri tersendiri. tengoklah Werewolf, Vampire dll.

Jika selama ini kita selalu didedahkan dengan cereka2 fiksyen ini dan bagi aku sendiri merasakan ia cumalah mitos moden dan mungkin falasi moden? Tidak aku ketahui... Jumper, Time Machine, Time Tunnel, Back to Future hanya dinamakan sebahagian merupakan cereka yang berjaya menarik perhatian dan menjadi box-office terutama filem kesukaan aku Back to the Future lakonan idola orang putih pertama aku Michael J. Fox :) Sejak dari dulu lagi, saintis barat cuba dan terus mencuba untuk melangkaui masa dan berundur ke belakang. Adakah semua ini benar dan boleh berlaku?

Jika dahulu aku cukup sketikal mengenai perkara ini, dan agak tidak mempercayainya. Mana boleh kita merentasi masa bukan? Sudah lama aku memegang kepercayaan ini di dalam diri aku dan aku rasa ramai juga berpendapat begitu. Siapalah kita jika ingin menandingi kebesaran ilmu Allah SWT... Betapa kerdilnya kita dibandingkan denganNya. Jika penafsiran Surah Al-'Asr secara harfiah memang masa tidak dapat diundur atau dipercepatkan tetapi bolehkah kita merentasi masa dan ruang? Rasanya belum ada kajian yang benar2 kukuh mengenai ini lagi.

Tetapi sejak akhir2 ini, aku rasa aku telah mengubah sedikit demi sedikit kepercayaan aku mengenainya... Terdapat kebarangkalian kita mampu merentasi masa. Mungkin Orang Melayu boleh mengubah dunia dan kefahaman ini? Sebenarnya masyarakat kita sudah lama terdedah mengenai perkara ini cuma belum dibukukan dan dijalankan kajian yang benar2 menyeluruh dan diiktiraf. Pernah anda mendengar budak2 kecil selalu hilang dari pandangan dan lebih dikenali disembunyi bunian? Tiba2 melangkah ke alam yang jauh berbeza dengan kita dan kabur. Mengikut pandangan seseorang yang telah "memaksa" aku menerima perkara ini sebagai fenomena alam, mereka ini telah melangkah masuk ke dalam salah satu pintu2 "stargate". Memang diketahui bahawa jin dan bunian berada di dunia ini tetapi mereka berada di dimensi yang lain. Maka mereka yang terbawa masuk ke dimensi yang lain akan menemukan perkara2 aneh dan sangat berbeza dari dunia kita. Adakah ini benar? Sebab itu jika kita berjumpa bomoh, maka akan dijawabnya mereka yang hilang memang ada cuma tidak dapat dihubungi secara nyata. Sebab itu tidak lama kemudian mereka ini ditemukan kembali di belakang rumah, di atas pokok, di bawah tangga dan sebagainya di tempat mereka hilang atau di tempat yang lain. Mereka telah melalui masa dan ruang yang lain. (Time & Space)

Berbalik persoalan tadi, mengapa kita Orang Melayu yang telah sekian lama di"sembunyi"kan hantu @ bunian tidak membuat kajian mengenai ini. Malahan kita hanya menerima ini sebagai misteri bukan sebagai misteri fenomena alam yang memerlukan kajian untuk dibuktikan. Dapatkah kita membuktikan bahawa Dimensi ke-5 itu benar? Sebagai contoh, jika seseorang disembunyikan di belakang rumah akan mengalami dan melihat persekitaran yang berlaku (di alam yang lain @ dimensi ke-5) tanpa dapat berinteraksi dengan sekeliling.

Jika benar hadis ini (aku tak dapat memetik dari mana hadis ini diriwayatkan kerana aku juga memetik dari kata2 orang yang menyandarkan kepada Rasul Allah SAW), maka kukuhlah pendapat ini (tulisan aku) mengenai perkara ini bahawa pada zaman Rasul Allah telah berlaku hujan yang lebat, para sahabat telah menunggu baginda di masjid, tetapi kehadiran Rasul Allah ke masjid tanpa basah sedikit pun telah memusykilkan para sahabat dan mereka bertanya kepada Rasul Allah tentang perkara ini, maka dijawab oleh Rasul Allah SAW terdapat banyak jalan selain daripada jalan yang biasa. Mungkinkah Rasul Allah telah melalui salah satu portal untuk ke masjid? Aku tak tahu, Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada kaitan juga dengan ilmu kebatinan @ metafizik orang Melayu iaitu "Ilmu Lipat". Dengar khabarnya, mereka yang mempunyai ilmu ini (dianugerahkan) akan dapat berpindah/bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jadi, orang2 ini mampu bersolat Subuh di Masjid Negara dan Zohor di Masjidil Haram... Wallahu alam.

Sesungguhnya fenomena kejadian alam ini terlalu banyak yang belum kita ketahui dan terbuka untuk perdebatan dan kajian. bagi aku sendiri rasanya setitis ilmu pun belum ada jika hendak dibandingkan lautan ilmu Allah Taala. Alangkah bestnye jika aku pun mempunyai kelebihan ini. Hehehe sebab Allah sudah mengetahui sifat makhluk yang lemah dan akan lupa diri maka aku tidak dianugerahkan dengan kelebihan ini huhuhu...

Jadi kesimpulannya, fenomena lubang cacing (wormholes) di angkasa juga bukan sesuatu yang mustahil dan mungkin wujud jika peristiwa Israk dan Mikraj telah membawa Rasul Allah melaluinya bertemu Allah Taala di Sidratul Muntaha? Allah Maha Mengetahui. Subhanallah.

Adakah aku berlebih2 atau sudah terlalu jauh terpesong? Kita perlu berkongsi pendapat dan pandangan kan...

Selasa, 14 April 2009

Anjakan Paradigma Kedua

Aku kecewa dalam kegembiraan... Wah intro apa nie... Hehehe aku kecewa kerana 7-9 April aku terpaksa menghadiri Kursus CD interaktif anjuran Aadk merangkumi Melaka, N9 dan Selangor sebagai negeri-negeri perintis. Tak ada lain kecuali akan menyusahkan aku je nanti. Lupakan selagi belum ada surat atau watikah bodoh aku akan buat lupa-lupa je benda ni... Berbalik kepada kegembiraan aku pula, seperti entry aku terdahulu, yang kami telah membuat anjakan paradigma (Yake? Indeed...) telah berhasil kali ini.

Setelah pertandingan bola baling yang lepas, budak-budak aku telah "dikerahkan" menjalani latihan bola tampar pula. Apa boleh buat, budak-budak ni terpaksa di"recycle" kerana permintaan melebihi penawaran huhu. Alhamdulillah setelah sekian lama mengharapkan keajaiban akan berlaku, Tebong telah memenangi semua game peringkat kumpulan dan separuh akhir. Kami melangkah dengan penuh bergaya ke akhir dan akhirnya.....tumpas kepada SK Pulau Sebang. Tapi takpe kami berjaya ke final yang selama ini tidak terjangkau dek igauan hehehe. Apapun seperti aku dengar, 4 daripada pemain Pulau Sebang merupakan pemain Melaka tahun lepas! Tahun nie? Jeng...jeng...jeng.

Selepas kemerapuan aku ni, the bottom line is Tebong berjaya bangkit dari ketiduran yang selama ini dipaksa tidur dan memang betul apa yang dikatakan orang, mempertahankan sesuatu lebih sukar daripada mendapatkan sesuatu.Apa yang terbayang di dalam kepala otak aku, macam mana nak pertahankan kejuaraan kami kerana yang tinggal selepas ini masih diragui kebolehannya. Takpa, masa masih panjang untuk dilatih. Hehehe tanpa talented and spirited teachers benda-benda ni tak akan berlaku. (Siapa lagi kalau tak masuk bakul angkat sendiri kan... Anjing tak akan suruh anjing lain mengangkat ekornya untuk melintasi sungai hehehe)

Di sini aku nak memberi kredit untuk diri aku sendiri hahahaha dan tak lupa juga Helmi yang memang bersungguh-sungguh melatih budak-budak, Cikgu Daud yang sangat membantu dan menyokong, Alina (our warden :) )dan semua guru yang memberikan kerjasama memberi peluang budak-budak ni melatih pada waktu mengajar mereka. Terima kasih juga kepada pentadbir kami yang menyokong. Sape gak yang dapat nama kan.....