Sabtu, 25 April 2009

1 Malaysia: Falasi bakal menjadi realiti?

Aku bukanlah seorang penulis politik yang prolifik, sekadar nak mencatat je apa yang bermain2 di dalam kepala otak aku hehehe...

Apabila Datuk Seri Najib mengumumkan konsep "1 Malaysia" membuatkan aku terfikir-fikir, bolehkah dicapai hasrat nie? Setahu aku sejak dari zaman Dato' Onn Jaafar lagi dia cuba memperkenalkan idea ni tapi secara terang2an ditolak menyebabkan dia kecewa dan terus meninggalkan UMNO yang dia sebagai pengasasnya! Betapa tebal dan tingginya sentimen kebangsaan orang Melayu ketika tu. Maka idea ni ditolak mentah2 lalu Dato' Onn menubuhkan Parti Negara yang membuka keahlian kpd semua bangsa. Tetapi hasrat beliau gagal direalisasikan dan tidak diterima umum.

Lalu selepas Datuk Seri Najib dilantik menjadi PM, idea ini dilontarkan. Maka hebohlah seantero Malaysia sama ada pro ataupun kontra. Idea yang nampak macam baru tapi hakikatnya dah lama cuba dijayakan. Jika tak percaya, cubalah lihat "rukun2 Wawasan 2020"! untuk mewujudkan Bangsa Malaysia! Tidak ada lagi pemisahan bedasarkan kaum. Berjayakah? Sehingga saat ini aku yang masih skeptikal akan berjayanya hasrat ini. Masih belum menunjukkan benih2 kejayaannya. Malangnya, apa yang banyak timbul ialah keraguan masyarakat dan pergolakan politik secara sedar dan amat menggusarkan aku yang masih non-partisan ini.

Kadang2 tertanya2 jugak aku mengenai konsep yang dibawakan oleh DAP. Berbezakah dengan konsep One Malaysia ini? Secara bahasanya jelas tidak menunjukkan perbezaan, hanya kata2 sahaja yang berbeza. Maka sibuklah akhbar2 cuba menerangkan hasrat PM baru kita, apa yang pasti kesedaran berpolitik orang Malaysia semakin tinggi, jika dahulu kita berpolitik berdasarkan aspek perkauman (yg sempit!) dan warisan dalam keluarga.

Seharusnya kita mencari satu titik temu yang boleh menyatukan semua rakyat. Eh! perkara macam ni sesangat2lah TIDAK sesuai diperjuangkan kerana kesan dan hidup untuk berpolitik akan layu dan pupus. Kita tidak mahu hanya ada satu kerajaan sahaja yang memerintah secara total. Autokratik dan secara kuku besi. Rakyat akan hidup tertekan dan terseksa disebabkan para pemimpin merasakan mereka ini sebagai DEWA yang tidak boleh disentuh! Sebuah kerajaan yang baik mestilah ada check dan balance. Aku taknak hidup macam nie. Segala2nya tidak bebas dan tersekat.

Yang pasti, berjaya atau tidak 1 Malaysia ini hanya akan berjaya jika semua rakyat Malaysia telah bersedia untuk mengubah paradigma berpolitik tanpa prejudis dan rasis. Kepada orang Melayu, jika kita dahulu telah bersedia memberikan kewarganegaraan kepada bangsa asing secara jus soli maka pada masa sekarang kita mungkin bersedia juga untuk kali yang entah ke berapa. Tetapi pada hari ini telah banyak kes yang muncul semua bangsa dan pemimpin politik menuntut hak-hak yang selama ini sangat sensitif untuk disuarakan dan dibincangkan.

Jadi, ramai lagi yang belum memahami konsep 1 Malaysia ini secara mendalam. Jika tidak masalah2 ini tidak akan timbul. Sewajibnya Datuk Seri Najib memikirkan cara untuk menyelesaikan perkara2 yang timbul secara lebih beramanah, berhikmah dan saksama.Berdoalah jangan ada masalah rusuhan kaum dan sebagainya akan timbul disebabkan masing2 menuntut hak. Bagi aku, jika ini berlaku, oooh terlalu ngeri. Hindarkan dari terjadi.

Tiada ulasan: