Memaparkan catatan dengan label LADAP yg membosankan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LADAP yg membosankan. Papar semua catatan

Isnin, 27 Julai 2009

Instructional leadership tajuk dia.....

Tu la tajuk LDP kali terakhir & yg. ke5 yg diadakan di SK Kemuning...Bertarikh 25.07.09. Lepas nie akan diadakan kat sek. aku la plak... Main2 je acara dia...Insha Allah...

Adoila... Kenapa la Ustaz Latip nie asyik pilih tajuk2 yang membosankan...? Seksa jiwa raga kami cikgu2 nak mendengarnya...

Dijemputnya Cikgu Yahya (ye kot nama dia!!!) GB SK Paya Rumput. Intro dia ok la walopon aku rasa ayat2 dia poyo x ingat! I'm the best! My skul d' best...etc...etc... Bagila dia nak memoyokan diri, walopon jiwa aku terseksa nak mendengarnya... Tp. GB aku & Ustaz Latip very d' fokus & konsentret... As alwayz, tp impak tarak...

Ops...Lupa N3 nie x berkaitan dgn tajuk... Saje je aku tulis supaya aku akan sentiasa ingat tajuk dia...Malas nak ulas coz nOe i'm not a pentadbir! X seswai tajuk tu dgn aku huhuhu buruk laku tol la...

Ahad, 12 Julai 2009

Boring, bosan dan mengantuknya...

Adalah boring hari ini (11.7.2009) kerana keterpaksaan aku menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan di SK Kemuning... Rugi cuti aku....

Tajuk yg disediakan juga amatlah membosankan dan menambahkan betapa jiwa aku dan cikgu2 lain terseksa apabila penceramah yg syok sendiri memulakan dan mematikan ceramahnya huhuhu.... Penggunaan ICT dlm P & P... Aiyoooo.... Very the boring topic... Menjerit batin dan jiwa kami nak menunggu sampai kul 1 tghari! Kepada sesape guru yg x hadir betapa bertuahnya mereka huhuhu...

Dan yg paling best, GB aku pun menceriakan hari yg bosan ini dgn gelagat dia td... Hahaha...
Dah la masa sampai td muka dia sememeh jer, x ceria langsung! Kami pun buat spekulasi la mlm td dia gi karoke! Bley? Kakaka pastu Cikgu Daud kata my GB nak blk awal la tu... Sepanjang ceramah tue, dia tido jer!!! Hahahaha mujur aku x bw kamera kalu x sure aku upload gambar dia tido hahaha

Gila punya idea ;p

Selasa, 28 April 2009

Ketam & Crab: Mana 1 yg betul?

Benda ni dah lama terjadi cuma masa ni je aku ada masa nak menulis hehehe

Kisah bermula apabila kami (Guru2 SK Tebong & SK Kemuning) TERPAKSA menghadiri 1 latihan dalam perkhidmatan atau lebih sedap dipanggil LADAP. LADAP 1 telah diadakan di sekolah aku, SK Tebong le, takde mana lagi... Tp kali ni dibuat di Bilik Mesyuarat SK Kemuning. GB SK Kemuning nie jemput la seorang nazir Melaka (nama dirahsiakan, aku pun da lupa apakejadahnama dia nie...) Fine la nak jemput sapa pun kan... Kami tetap kena datang gak walaupun buat hari Sabtu yg sepatutnya hari berehat. Pekeliling dah sebut apa... Tp Melaka ttp nk jd #1 dlm apa jua bidang, + @ - huhuhu

Berbalik ke topik aku, ok la tajuk yg nak diceramahkan dek nazir nie, berkaitan kurikulum dan fail panitia apa segala... Relevan la sgt... Tp dah sifat manusia, bila bleh terbang, selalu lupa tanah dok melata kat bawah... Itula yg bleh kami cikgu2 simpulkan mengenai nazir nie. Cara ckp mcm tak penah jd cikgu kat sekolah! Komplen...Kompen...Komplen je tau! Mmg kita ada masalah yg timbul tp pandai2 la kita cr penyelesaiannya. Kalu tak cr, mmg la kita cikgu yg tak guna! Kami bukan mcm tu!!!

Yg paling aku rasa X seswai sgt bila dia sebut HAWAU kuat2 bila dia klik kat laptop x keluar spt yg dihajatkan... Wpun aku x kisah dgn perkataan nie, sbb aku bkn org Melaka kan... Tak berbekas pun di hati. Kalu maki aku yea terasa ati aku yg sensitif ni...ye ker? hahaha Tp kalu kita nie NAZIR, jagalah skt tutur kata dan perangai... Org yg ptt membetulkan org lain tp dia yg ptt aku terajangkan supaya leh bjalan elok2 skt. Mmg dasar ketam la ni, nak ajar orang jln lurus tp dia pun bengkok!

Itulah ORANG... Berjuta perangai... Baru berseri dunia ni fenomena ni, bersedekah pahala dsb hahaha