Isnin, 27 September 2010

Dah raya dah?

Astaghfirullah... cepatnya masa berlalu kan... Tulisan ni ditulis rupa2nya dah 18 Syawal nak masuk 19 Syawal! Selalulah terlintas dlm kepala otak aku sempatkah aku utk menghadapi Ramadhan & Syawal akan datang? Fikir2 jugak tapi adakah aku ni bersedia menghadapi segala kemungkinan?

Aku harap Ramadhan aku yg lepas memberi keberkatan dan makna dlm pengabdian aku terhadap Allah walaupun aku selalu lupa (lalai sebenarnya...).

Di dalam hati aku rasa gembira walaupun luahan kata2 aku x berapa suka dgn program Marhaban anjuran sekolah pada 2 Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431h... Panitia Agama yang anjurkan walopon pihak PIBG sekolah aku tetap nak nama dan yang sedihnya x penah melibatkan diri secara aktif! TAPI hasil nak dikaut bersama-sama ;(
Pada hari marhaban inilah dapatlah aku mengenali keluarga anak2 murid aku. Aku ni dah la jenis malas nak bersosial dengan orang lain. So ok la kan ada program mcm ni huhu.. Jelasnya ada di kalangan ibu bapa ni yg sporting walopon kami guru2 dan ibu bapa mewujudkan jurang pemisah.

Tiada ulasan: