Selasa, 28 September 2010

Aku kejam!

Adakah aku ni tergolong dalam golongan yang kejam & tidak berperi kemanusiaan?
Kisahnya mcm nie...

Aku ni seorang guru yang cukup mementingkan disiplin...kononnya la huhu...

Aku cukup x berkenan bila budak2 aku ni pakai kasut x berstoking @ pakai selipar je... Nak jd cerita hari ni (27 September 2010) aku tangkap la 1 budak ni... Aku dah aim lama dah sbb masa perhimpunan rasmi tadi semua ahli keluarga budak ni pakai selipar je ke sekolah... eeiiii geram aku...

Bila masuk ke dlm kelas aku tanya la budak ni kononnya dgn suara yg high pitch huhu (x kuat pon cuma ekspresi yg kuat & mcm garang hehehe...aku ni bukan le guru yg garang...puji diri jap ;p )
Aku bw dia ke depan kelas dan tanya kenapa pakai selipar... Aku tanya dia lagi, bila awak basuh kasut? Pagi td ke @ mlm td? Mcm2 la soalan yg x relevan...Dia senyap je. (sbnrnya dia bg gak jwpn tp aku yg x dgr...suaranya terlalu perlahan @ aku yg buat2 x dgr?... )

Aku x puas ati so aku ketuk la dgn pembaris kontot aku kat bahu dia...aku kira x la kuat cuma eksen je lbh2...sekali dia mengalir air mata daaa seraya berkata (wah guna seraya!) hujan, atap bocor cikgu uhuhu... Aku terkesima la jap... Aku tau dia dr keluarga yg susah tp itu bukan yg aku hrpkn... Aku tahu bapak dia ada Proton Saga so aku rasa keluarga ni x la miskin sgt... Tapi aku lupa yang adik-beradik dia ramai... Selepas tu terpaksala aku menenangkan dia...Ya Allah aku berdosa...

Ni la mslhnya bila kita suka melihat org melalui kaca mata kita sendiri...Tak pernah kita nak meletakkan diri kita dalam kasut org lain...(Perpatah omputeh: Put in other's shoe)

KITA SELALU LUPA, RIAK DAN TAKBUR DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN...

Astaghfirullahaladzim... KeJaMkAh AkU???

3 ulasan:

Che'gu Pezal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Che'gu Pezal berkata...

ang kejam kalau ang bangga atas apa ang buat tu.
ang kijam kalau ang tak sedar atas sedikit kesilapan yg ada.
ang tak kijam coz ang sedar apa yang ang tesilap buat.
so, kita kena guna perkataan tegas dan bukannya kejam. huhuhu.

asrulleeban berkata...

hehe tegas la sgt kan...
ketuk kat bahu dia kira kejam dr segi perilaku keguruan skrg ni huhu
emmmm... pyh tol la nk justifikasi dgn dunia cikgu lani...