Rabu, 5 Mac 2008

Favouritism or human attitude???!!



Please listen to my expression and speech....



Aku merupakan seorang cikgu...Statement ni yang mmg orang dah tau kalau baca profil aku. Aku dah rasa apa yang aku bayangkan dulu masa kat maktab menjelma akhir2 ni. Biasalah sebagai manusia biasa kita tak lari dari masalah dan mencari masalah. Nak tau kisah yang tak best ni? Aku yang tulis so aku punya pasal la nak tulis kan...kalau nak atau tak ndak baca silakan ...


Anak2 murid adalah permata walaupun buas dan nakal macam mana pun tetap anak2 murid kita. Bukan setakat buas dan nakal, kalau yang cerdik dan bijak adalah kelebihan dan memudahkan kita. Tak banyak masalah nak mengajar. Tambahan pula aku mengajar kat kawasan kampung (Kampung paling hujung dalam negeri Melaka, banyak cikgu tak nak masuk sekolah aku ni. Dua orang cikgu pindah tapi seorang pengganti pun belum masuk. Kelemahan jabatan atau pengurusan sekolah aku, tak tau la tapi yang penting aku dan guru-guru lain terbeban dengan waktu mengajar yang ekstrem, 35 waktu seminggu tidak termasuk kelas relief)


Menjadi masalah kepada guru-guru kalau anak-anak guru belajar di sekolah yang sama. Samalah apa yang terjadi kepada aku ni...Tak tahulah besar kemungkinan kelemahanaku juga tapi sikap ibu bapa juga menjadi faktor ketidakseronokan aku nak mengajar. Kalau dulu aku boleh mengajar dengan tenang tanpa 'gangguan', tapi kini kadang2 menjadi penghalang aku nak enjoy mengajar. Nak dijadikan cerita ada dua orang anak cikgu aku mengajar. Anak-anak yang bijak tetapi sikap over concerned kat anak-anak mengganggu aku. Bukanlah aku seorang yang garang sangat tetapi perhubungan guru dan anak murid akan terganggu. Nak marah atau sentuh akan menjadi isu. Kadang-kadang dilema gak aku walaupun bukan igauan.


Dipendekkan cerita sebab aku tak suka sangat nak menulis benda2 yang bukan interest aku. Minggu ni adalah minggu ujian bulanan yang pertama sekolah aku. Aku bagilah ujian yang agak susah di mata murid...Walaupun tak susah mana pun sebabnya perubahan format soalan dan kelas. Aku mengajar tahun 4 Bahasa Inggeris. Format soalannya adalah berbeza dari tahun 3 yang lebih senang dan banyak gambar. Dari pengalaman aku selama tiga mengajar tahun 4 perkara ini adalah normal...Murid2 sukar memahami soalan dan mengeluh tetapi ia akan menjadi kebiasaan sehingga penghujung tahun. Memanglah murid-murid akan mendapat markah yang sikit dan ramai yang tidak lulus, selalunya ujian akhir tahun mereka akan dapat mendapat keputusan yang baik dan meningkat. Cuma perlukan masa...Yea perlukan masa untuk mereka membiasakan diri. Aku telah ditegur kerana takut anaknya dan murid yang lain tidak dapat menjawab. Aku jawab ia memang akan dan selalu terjadi sebab perubahan tahun dan format. Risau keputusan anaknya teruk gamaknya... Aku tahulah dia pentadbir. Aku pun ikutlah apa yang disarankan beri soalan yang mudah. Aku harus bersedia menjawab jika perkara ini masuk ke dalam mesyuarat guru-guru hehehe....


Kita terlalu disogokkan dengan markah yang tinggi untuk menjadi cemerlang, tetapi kita lupa bahawa ukuran kecemerlangan adalah berbagai-bagai. Bukan setakat pandai menjawab periksa tetapi sikap yang baik bagai dipupuk angin. Tiada gunanya. Ada ramai anak murid aku yang tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi cemerlang dalam sukan dan sosial. Ada murid aku yang pandai melukis dan bertulisan cantik. EQ dan IQ manusia berbeza. Sebagai contoh kita boleh bagi kuiz pengetahuan mudah untuk menilai tahap mereka.Selalunya anak-anak murid aku akan jawab merapu dan terpesong dari jawapan sebenar. Hehehe orang dewasa juga tertekan jika diberi ujian kalau tak, ramailah yang lulus cemerlang dalam PTK kan...


Kesimpulannya mudah, jika kita merasa tertekan dengan persekitaran dan orang-orangAN, maka kita akan meletakkan diri kita dalam keadaan yang tidak stabil. Hati2 jangan sampai jiwa parah, Hospital Bahagia sudah padat dan kesempitan ruang, jadi jangan tambah lagi satu lagi katil di sana.

Tiada ulasan: