Jumaat, 28 Mac 2008

Benda bodoh aku buat harini hehehe

Dah lebih seminggu aku tak menulis...Biasala kadang-kadang terlalu sibuk dan kadang-kadangnya terlalu malas nak tulis... Jadi, apakah pilihan anda? Ada pilihan lain? Terpulang kepada diri kita sendiri nak memilihnya hehehe :)

Ini berkaitan dengan hobi aku...Hobi? tak kot, aku rasa tabiat buruk aku iaitu suka mengorek telinga hehehe nak buat macam mana dah gatal kan... Resdung rasanya. Kalau tak buat benda ni dalam sehari rasa tak lengkap je tugas seharian aku hehehe. Kira something is missing la... Ish ish ish jangan buat selalu tau kerana sungguh tidak digalakkan, pesanan ini dibawakan khas oleh penulis blog ini setelah kejadian yang berlaku pada pukul 2.33 petang hari Khamis 27 April 2008.

Seperti biasa selepas balik sekolah je aku akan melakukan rutin seharian seperti di atas... Dalam kenikmatan aku melakukan aktiviti, tiba-tiba aku diganggu dengan kejadian cotton bud tu tertinggal dalam telinga aku! Mak oiii... Bergegas aku pergi ke Klinik Komuniti Selandar. Dengan tergesa-gesanya aku masuk ke Bahagian Kecemasan. Tak rasa macam siri ER pun! Hehehe aku bukan rajin masuk hospital. Dengan kelam-kabut aku tanya kat Misi yang jaga kaunter, lebih kurang macam ni ayat yang aku ingat... "Telinga saya ada cotton bud!". Dengan blur dia jawab, "Kat sini kami takde cotton bud!" Aku...??? Perlahan sangatkah ayat aku tadi? Laju sangat ke? Aku tak rasa aku bercakap dalam loghat tempat aku....Konpius gak aku, jadi aku pun ulang pernyataan aku dengan ayat yang lebih tersusun dan tiap patah perkataan aku tutur dengan lebih jelas dan satu persatu. Akhirnya dia faham dan menyuruh aku mendaftar. Ceh aku ingat tak perlulah daftar kerana kes aku ni kira terpencil la kan... Dah prosedur lagipun aku bukan pernah masuk hospital, cuma pernah buat pemeriksaan kesihatan je (medical check-up). Memang blur abis.

Bila dah bagi IC kat kaunter, dah abis isi borang dia tanya aku ni kakitangan kerajaan atau tidak. Aku jawablah a'ah kakitangan kerajaan. Dia tanya mana GL...Aku mana la sempat nak pergi balik sekolah ambil, kira kes emergency kan...Dah tu dia dok ulang nanti kena bayar... RM1 je kan? Tapi aku tak bayar pun sebab dia dah tulis kakitangan kerajaan. Rasanya dah tak ambil kot GL dari sekolah hehehe. Biarlah... Aku pun pergilah tunggu kat tempat menunggu. Ada empat orang, alhamdulillah tak ramai. Lepas diambil tekanan darah dan misi ni tulis apa entah pada kad laporan (aku belum tulis lagi kad laporan anak-anak murid aku hehehe) aku dipanggil masuk ke bilik rawatan. MA ni tanyala aku apa masalah aku. Aku jawabla cotton bud ada dalam telinga, lepas dia istighfar dia boleh gelak-gelak kat aku! Ceh! Malu aku jap. Haa ini pandai tegur murid-murid je hehehe. MA ni periksalah telinga aku seraya (klasik plak perkataan ni) berkata "Ini ok aje, tak dalam sangat, pergi ambil ubat dulu, lepas dua orang pesakit ni saya rawat kat bilik depan". Hai kena tunggu lagi...Bilik depan? Bilik apa lagi?

Lepas ambil ubat titis telinga, aku pun tunggulah MA ni keluar dari bilik rawatan, mujur tak lama sangat... Selepas beberapa ketika, dia panggil aku ke bilik ER yang ada katil putih panjang dan alatan kecemasan, mujur dia tak suruh baring kat atas katil tu. Dia minta misi suluh dengan lampu suluh ke dalam telinga aku, cesss tak sampai 5 saat, dia guna penyepit kecil boleh keluarkan cotton bud dari telinga aku... Alhamdulillah walaupun aku kena tunggu lebih setengah jam untuk rawatan yang tak sampai 5 saat. Apakah saranan Menteri Kesihatan yang baru ni agar rawatan dan waktu menunggu dipercepatkan menjadi 30minit dari 50min? Mungkin juga, tapi...dalam tak ramai pesakit pun aku kena tunggu 30min. Takpelah yang penting aku selamat :)

Perkara berkaitan birokrasi ni payah sikit nak membahagiakan semua orang. Anjakan paradigma memang perlu dalam semua perkara. Kalau nak ikut apa yang disarankan oleh Max Weber pun dikatakan tak lengkap, so apa lagi aku yang kerdil ilmu ni. Jika sesuatu itu terlalu sempurna dapat dicapai, rasanya ada yang tak kena je. Hanya Yang Maha Pencipta Tuhan sekalian alam sahaja yang Maha Sempurna.

Bila sampai ke rumah, Azrul ketawa berdekah-dekah tak ingat! Ceh, bagilah simpati atau berasa empati kat aku ni hehehe.

Selepas tu, aku dengan dia pun bertolak ke Alor Gajah nak ambil duit elaun sebagai kerani SPR yang mungkin the first and the last...

2 ulasan:

shazmieera berkata...

Sy pun nak ketawa jg huahuahua....
spenjang berpuluh taun sy korek telinga tak pernah jd mcmtu..tipsnye,jgn korek dlm2 pekak nnti.n jgn korek kuat2 dinding telinga boleh luka,pesanan tu dr dktor hosp.kuala utk sy dulu pernah sakit telinga akibat suka korek telinga.oklah.jgn mare by....

aZruL ... aZroY ... roY ...IN PERSON berkata...

hehehe....hahahaha... (sambung ketawa)