Rabu, 2 April 2008

SPR...Payahnya aku nak tuntut elaunmu...

Bila kita dah buat sesuatu perkara dan dijanjikan habuan, adakah kita akan melupakan habuan itu? Aku? Aku seorang insan kategori separa materialistik memang akan menuntut hak aku tu...



Setelah menjadi kerani SPR pada pilihanraya yang lepas, aku diberitahu bahawa elaun kami kerani-kerani SPR dah keluar, tetapi malangnya aku terpaksa menghadiri kursus Kejurulatihan Guru-guru PINTAR (Yes, I am...hehehe) Melaka pada 24-25 Mac 2008. Jadi aku tak dapat nak ambil pada dua hari ni, nak pergi ambil hari Rabu 26, sekolah aku mengadakan sukan le pulak, jadi terpaksa ditangguhkan lagi dan aku bercadang mengambilnya hari Khamis 27 petang. Dah baca catatan aku yang tersangkut dengan cotton bud? Aku dengan Azrul pun bertolak le Pejabat Pertanian Alor Gajah, seperti didakwa Faizal tempat untuk aku ambil habuan aku... Bila sampai je kat pejabat ni kami terpaksa tunggu dalam 15minit kerana pegawai ni pergi minum gamaknya hehehe gambaran buruk tipikal seorang pegawai kerajaan, walaupun aku pegawai kerajaan tapi aku tak terlibat dengan perkara seperti yang disebutkan hehehe... Selepas 2 orang ambil bahagian mereka, aku pun nak le ambil bahagian aku, bila dia tanya aku bertugas di sekolah mana, aku jawab SJKT Tebong. "Alamak! Bukan la encik, encik kena pergi ke Pejabat Tanah Alor Gajah la..." Aku!....Walaupun tensen aku pun angkat je kaki aku, ucap terima kasih je terus aku BLAH! Aku tak fikir apa dah, malu ada, geram ada macam-macam perasaan bercampur-baur. Bila sampai di pintu aku teringat sesuatu sebagai seorang Melayu yang budiman tak buat... Aku tak salam dengan dia! Sungguh kurang asam cara aku ni, tapi aku dah terlambat sebab jam dah pukul 4lebih! Takut pejabat tutup la pula bila aku sampai. Aku berfikir apa harus aku lakukan samada pusing balik salam atau terus je blah hehehe so aku ambil keputusan aku pun terus je angkat kaki.



Bila dah sampai Pekan Alor Gajah (tapi orang sini panggil bandar, pada aku tak layak la sebab jumlah penduduk dan tahap pembangunan tidak mencapai tahap yang sepatutnya, emmm mereka ni tak belajar Geografi ke masa sekolah dulu? hehehe) Aku pun masuk ke Majlis Perbandaran Alor Gajah dan aku tiba-tiba tak ingat ke mana arah tujuan aku! Majlis perbandaran atau pejabat tanah? Aiyoo aku dah dapat amnesia ke? Sebenarnya nervous menguasai aku membuatkan aku tak dapat mengawal diri dengan baik dan berfikiran waras. Aku telefon Alina nak tanya tempat mana harus aku tuju, (aku masih boleh berfikirlah!) dia jawab tetapi dengan suara yang memang sah baru bangun tidur! Dia tak berapa tangkap ayat aku aku disebabkan baru bangun tidur dan aku cakap laju sangat! Apalah aku ni, nak minta tolong orang tapi buatkan orang tak berapa faham apa aku cakapkan... Dengan bantuan dia aku pun pergi ke pejabat tanah mencari En. Ismail.



Bila sampai ke pejabat tanah aku tanya penyambut tetamu sebab nak jumpa En. Ismail, dia kata dia dah keluar ke Linggi. Esok pukul 11 pagi dia ada. Alamak! 2 kali aku terpaksa datang ke Alor Gajah...Bukan dekat tau...Mujurla sekolah aku cuti peristiwa sempena sukan sekolah...Esoknya aku datang dalam pukul 10.30. Bila menjejak masuk ke pejabat dia, wah menarik juga walaupun semak dengan fail kat atas meja...Malangnya orang yang aku cari tiada di pejabat! Dia pergi ke Linggi lagi, ada pantau projek kat sana. Mungkin projek bangunkan tempat ternakan babi kat sana dan jadikan kawasan pertanian atau kawasan perlancongan hehehe agakan kasar dan liar aku je... Bila telefon, dia cakap kenapa tak inform awal-awal. Hai payah juga ye jadi pegawai tanah ni selalu sibuk! Dia suruh aku datang petang selepas Jumaat dalam pukul 3.
Sia-sia je cuti aku ni...



Lepas je Jumaat je aku terus bersiap-siap nak pergi ke Alor Gajah. Selepas Jumaat selipar jepun kena kebas huhuhu. Best sangat ke selipar aku tu? Tak Hadhari langsung hehehe. Bila aku sampai je En. Ismail ni periksa yang nama aku dan yang sedih dan marahnya bila bahagian aku telah diambil oleh orang lain! What! Dulu kata orang lain tak boleh ambil untuk orang lain... Aku pun pertahankan yang aku ada masa hari pengundian... Mana boleh, bahagian kita orang lain ambil. Selepas beberapa panggilan dibuat, akhirnya dapat juga yang mengambil bahagian aku tu masih berada di dalam bangunan ni. Orang lain tolong ambilkan TETAPI dia tak bawa surat kebenaran atau surat pengesahan atau apa-apa aje... Alhamdulillah ujian ni tak lama, selepas beberapa ketika aku pun dapat bahagian aku. Apalagi, bila dah dapat kita pun cabut la...



Hari Sabtu 29 Mac, aku dengan Faizal pun keluarla ke Melaka. Kami nak hilangkan ketepuan yang ada menyelubungi diri dan otak kami. Aku berkeras nak tengok wayang samada Spiderwick atau apa-apa aje... Bila sampai dalam jam 7.30 mlm, tayangan paling awal dan cerita yang melekat kat jiwa aku cerita Water Horse pada pukul 8 malam. Kira ok la tu kan...Cerita pasal lagenda Loch Ness kat Scotland. Cerita ni memang menarik tapi tempat aku duduk tak strategik la... Depan aku ada mamat yang tak reti dok diam! Pusing sana, pusing sini, tegakkan kepala eiiii panjang sungguh tengkuk dia ni! Tensen aku...Aku tak boleh layan cerita ni dengan enjoy walaupun cerita ni memang bagus. (Pada pengamatan aku la, aku tak pentingkan seni atau pengarahan, yang penting cerita kita boleh enjoy kan).

Tiada ulasan: