Selasa, 8 April 2008

Dengar ini cerita :)

Dalam ketiadaan idea nak berkongsi dan cerita yang menarik aku nak berkongsi dengan sesiapa sahaja, aku ingat nak tulislah satu cerita yang aku telah baca dan seharusnya aku olah semula mengikut citarasa aku hehehe :)

Cerita ini adalah dongeng dan rekaan zaman moden ni. Bukan urban legend tapi jungle legend. Ada ke??? Tidak mungkin cerita ini wujud dan benar-benar terjadi. Jadi apa yang aku harapkan anda bacalah cerita ini sebagai bahan lelucon atau bacaan ringan sahaja. Kalau nak gelak ke, ketawa ke, atau apa-apa aje tapi aku bukanlah seorang penulis humor atau cerpenis.

Cuba lihat gambar di bawah ini. Ini gambar kucing dan cerita aku pun berkaitan keluarga kucing. Kiranya cerita ni berlaku di Malaysia. Kucing kan binatang yang disukai oleh orang Malaysia selain anjing. Hehehe anjing boleh dipelihara tapi kena ada lesen dan bagi aku kalau orang Islam membela anjing kira menjatuhkan martabat dia. Kalau dia sentuh binatang ni lagilah menjatuhkan maruah dia. Ada orang setuju atau tidak bersetuju dengan aku? Hehehe Ok, mari baca cerita aku...Tajuk cerita aku ialah Anak Beruang Matahari dan Harimau Belang. Pada suatu hari yang hening, dari kejauhan nun di hutan hujan yang sangat tebal, berjalanlah seekor ibu beruang matahari dan seekor anaknya. Nama anak beruang ini Hani, sebabnya beruang matahari suka makan madu jadi mak dia panggil anaknya Hani sempena HONEY dalam Bahasa Inggeris :) Setelah beberapa lama mencari makanan, mereka telah berjumpa satu sarang lebah yang penuh dengan madu. Apalagi, mak beruang dan Hani menerpa dan menyantap dengan lahapnya madu-madu yang ada. Kesian lebah-lebah ni letih mencari bunga-bunga nak kumpul madu, suka-suka hati je madu ni dirompak oleh dua ekor beruang ni! Kesian kan... Mentang-mentanglah badan diorang ni tebal, tak takut langsung dengan sengatan lebah-lebah berbisa ni. Bila dah kenyang, mak beruang ni rasa mengantuk dan telah terlelap di bawah pokok. ZZZZZzzzzz Hai lena sungguh. Mungkin dia ada penyakit kencing manis kot!

Tetapi Hani tidak dapat melenakan diri seperti ibunya, maka dia pun berjalan-jalan di dalam hutan itu. Memang dia ni kuat makan, jumpa aje makanan yang boleh dimakan dia makan. Mungkin sedang membesar maka dia suka makan. Makanlah dengan kesederhanaan. Cuba lihat gambar di bawah ini, Hani sedang makan kelapa yang dia jumpa di tepi sungai. Yummy....
Dari seberang sungai, terdapat seekor harimau yang sedang berehat-rehat. Kenyang la tu... Hani berfikir sejenak, "Ehem... Mungkin boleh jadi kawan baru aku". Jadi dia menyeberangi sungai yang cetek. Laa ingat dalam sangat... "Hai, apa khabar? Saya Hani. Siapa awak?" Sampuk Hani dengan ramahnya. "Saya...saya...saya..." Si harimau ini seperti kelu untuk berkata-kata... "Eii kesiannya awak ni kerana tidak mengenali diri sendiri! Saya adalah seekor beruang matahari seperti mak saya cakapkan pada saya sebelum ini". Lagilah harimau ini tidak mampu berkata-kata. Dalam kepayahan dia berusaha mengawal dirinya, dia bersuara, "Saya Mau Mau, seekor harimau belang". "Saya adalah raja rimba." Sambung Mau Mau lagi. Sebagai membuktikan penguasaan Mau Mau, dia mengaum dengan kuatnya. Maka bertempiaran lari seluruh isi binatang di dalam hutan tersebut apabila mendengar suara gegak gempita sang harimau. Hani sangat teruja dengan ngauman si Mau Mau. Dia meminta Mau Mau mengaum lagi. Dengan bangganya Mau Mau mengaum dengan lebih kuat tanpa ada cacat celanya dengan pitch suaranya.
Terkejutlah mak beruang matahari apabila terdengar ngauman harimau yang kuat itu. Dia bangun mencari-cari anaknya. Tetapi Hani tiada di sisinya. Dia panik lalu menjerit memanggil nama Hani. Dari sebalik celah-celah daun dan ranting, dia melihat anaknya ada bersama dengan harimau yang garang. Dengan naluri keibuan yang menyayangi anaknya, dia menjerit dengan lantang, "Haniiii... Lari! Ibu di sini! Cepat!". Lantas Hani menoleh ke arah ibunya dan berlari-lari beruang ke arah ibunya. Apabila Mau Mau melihat Hani berlari, tiba-tiba naluri keharimauannya seperti meletus dan terus mengejar Hani. Ibu beruang memeluk anaknya dengan erat dan membawanya lari ke atas pokok yang tinggi berhampiran. Harimau itu hanya mampu melihat sahaja mereka di atas pokok kerana dia bukanlah harimau akar yang handal memanjat. Terlepas peluang dia disebabkan kebaikannya (kelalaianya) melayan anak beruang tadi.

Apabila keadaan sudah reda, maka bertanyalah ibu beruang matahari itu kepada anaknya, "Anakku, apa pengajaran yang kau dapat hari ini?" Lalu dengan pantas Hani menjawab."Saya telah mendapat kawan baru hari ini." Hani bertanya,"Ibu, kenapa harimau itu mengejar saya? Bukankah saya kawannya?" Ibu Hani membalas."Itu harimau anakku, dia bukan kawan kau tetapi musuh kau, faham?" Tegas ibu Hani. Hani bertanya," Jika begitu, kenapa pada mulanya dia tidak mengejar saya apabila saya bertemunya tadi? Bukankah dia mempunyai peluang tadi?" Ibunya membalas," Mungkin dia terkejut yang makanannya terhidang di depan mata ataupun dia hairan kerana semua haiwan melarikan diri jika terlihatnya? Kau tidak berperangai seperti haiwan yang lain yang lari apabila melihat harimau." "O... Saya tidak berfikir begitu mak, mungkin dia terkejut melihat saya tidak takut berhadapan dengannya. Jadi, dia berfikir saya adalah somebody dan dia takut dengan saya hehehe... Kita hanya perlu sedikit keberanian untuk berhadapan dengan cabaran kita, tak kira kecil atau besar saiz badan kita,betul tak mak?" Balas Hani dengan yakin ditambah dengan sedikit riak dan takbur. Emaknya "...Mungkin juga" balas di dalam hati.

Adakah kita seorang yang berkeyakinan tinggi? Adakah kita selalu melepaskan peluang yang ada? Adakah kita ni kelam kabut dan mudah panik? Adakah kita mempunyai keberanian untuk menghadapi kehidupan kita seharian? Cukupkah keberanian kita?


LU FIKIRLAH SENDIRI.....

Tiada ulasan: