Ahad, 9 Mac 2008

Malaysia negaraku

Malaysia selalu berbangga kerana negara kita telah menjalankan proses demokrasi yang dikatakan sebagai terbaik. Ya telah terbukti walaupun masih ada suara2 sumbang. Aku nak komen proses pilihanraya kita ni pun tak layak kerana aku taklah memahami sebaik-baiknya. Aku dulu pun bukan ambil subjek politik ni secara serius, subjek pengenalan je dan aku lebih mengambil banyak subjek sejarah. I like complaining about history. Kita boleh mengambil pengajaran dari sejarah.

Kuasa rakyat telah membara pada pilihanraya yang lepas dan memperlihatkan penolakan beramai-ramai rakyat terhadap pemerintahan BN. Kita boleh lihat trend pengundi bandar telah menolak kebanyakan calon2 BN. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah kenaikan harga minyak dan barang yang terlalu mendadak dan melulu. Itu pasti dan dibantu dengan faktor2 lain seperti HINDRAF, KJ, kelemahan pentadbiran, Anwar Ibrahim, kes mengatur hakim, kronisme dll. Kalau dulu Dr. Mahathir cukup melenting jika orang bercakap mengenai kronisme, nepotisme dll tetapi dia juga sekarang memperlihatkan kecenderungan mengutuk pemerintahan Pak Lah yang menjurus ke arah yang sama cuma dalam era Pak Lah perkara ini lebih menonjol. Jadi sama2lah kita lihat terutama kabinet baru Pak Lah dan kabinet baru negeri terutama negeri2 baru yang ditadbir BA terutama Perak negeriku, Pulau Pinang dan Kedah. Semoga tiada kekacauan yang berlaku nanti oleh orang2 yang ekstrem dan bodoh berpolitik. Jangan bertuhankan nafsu dan pangkat semata-mata. matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Aku melihat perubahan kuasa ini sebagai sesuatu yang mempunyai pro dan kontranya. Terus terang aku sedih apabila kampung yang harmoni dan permai telah dicemari oleh "rampasan kuasa" oleh penyokong BA daripada pentadbiran JKKK yang lama. Mereka ini gilakan kuasa dan telah menyuruh JKKK dan sekutu mereka mengangkut keluar barang2 dari dewan, surau dan tempat2 yang berkaitan. Mereka ini lupa yang tempat begitu merupakan hak rakyat tanpa mengira parti dan agama. Yang pasti daripada sumber2 yang aku ketahui, mereka ini telah dihasut oleh 'orang luar' untuk bertindak sebodoh itu. Manusia mudah dipengaruhi. Aku rasa perkara ini timbul kerana kerajaan baru lambat ditubuhkan disebabkan oleh perkara2 teknikal. Rasanya dah terlalu lambat untuk mengumumkan tiada perubahan yang berlaku tetapi sekurang-kurangnya perkara ini diumumkan sebaik sahaja kerajaan ditubuhkan. Entahlah aku tak pasti keadaan kampung macam mana keadaan terbaru. Harap keadaan akan menjadi lebih baik dan terkawal.

Semua orang Melayu bising apaabila Dasar Ekonomi Baru akan ditamatkan di Pulau Pinang. Semua? Aku tak pasti yang pasti aku rasa sepatutnya ia ditamatkan sejak 1990. Walau pun dasar itu gagal mencapai matlamat orang Melayu menguasai 25% ekonomi, tetapi sekurang-kurangnya mencapai 18% pada 1990. Tujuan asal dasar ini memang baik tetapi nampaknya selepas 1990 ia lebih ke arah mngayakan golongan yang sedia kaya dan mempunyai peranan dalam politik telah menjadi faktor utama dasar ini dipertahankan. Kita lihat berapa ramai orang Melayu berarak dekat KOMTAR meminta Lim Guan Eng menarik balik dasarnya untuk membuang DEB dalam pemerintahannya. Adakah mereka tahu atau diperdaya oleh pemimpin-pemimpin UMNO? I don't know. Daripada pemerhatian aku cuma beberapa tokoh sahaja yang berjay diLAHIRkan dari DEB ini seperti Tajuddin Ramli dan beberapa nama yang aku dah tak ingat. Mereka berjaya dilahirkan tetapi terdengar juga perkara2 negatif mengenai mereka. Semoga dasar baru yang diperkenalkan ini mampu menghapuskan kalau boleh pengaruh kronisme, nepotisme dll. biarlah kekayaan untuk semua dan kita dapat menikmatinya. jangan jadi seperti Masjid Kristal di Terengganu, enak di mata tetapi taraf kehidupan rakyat di Terengganu masih di bawah paras kemiskinan.

Aku bukanlah seorang penentang, tetapi berharap perubahan akan sentiasa membawa kesan negatif. Aku bukanlah penyokong DAP tetapi konsep satu Malaysia yang diperjuangkan oleh Tun Onn Jaafar akan dapat direalisasikan. Kita sebagai bumiputera janganlah sentiasa mengharapkan subsidi dari kerajaan sahaja. Jadi kita mestilah menjadi bangsa yang berdikari dan menolong orang lain pula dan menyedarkan betapa kita susah untuk menjadi maju. Insha Allah kita mampu melakukannya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak berusaha mengubahnya.

Tiada ulasan: