
Secara jujurnya aku memang suka cerita dan pengolahan cerita ni... Pada permulaan cerita yang dapat diikuti dan dibayangkan walaupun aku manalah pernah jejak Mesir. Memang positif orang komen pasal ni. Sambil-sambil baca aku pun boleh membayangkan kalaula aku si Fahri tu... Dahla kuat agama macam-macam boleh buat, multitasking yang susah nak dapat kualiti insan macam ni hari ni gamaknya. Hidup berjiran yang rapat dapat dikesan dalam novel ni seumpama penerapan jiwa nusantara dan keislaman yang kental dan mampu mengeletek perasaan dan perhatian seorang Arab Qibti. Hebat kan... Ditambah lagi dengan sifat yang peramah dan bijak berhujah telah mengusik jiwa raga seorang admirer yang tidak dikenali wajahnya walaupun telah berkomunikasi dan berinteraksi dengan mesra.
Dipendekkan coretan aku, aku cuma tak berapa suka pada bahagian-bahagian Fahri diseksa dan me'rosak'kan bahagian romantis dengan adegan-adegan yang menyayat dan menyakitkan hati. Tapi inilah ceritanya kan...
Aku tak membaca dalam versi Bahasa Indonesia jadi aku tak pastilah gaya bahasanya walaupun tidak jauh bezanya dengan Bahasa Melayu. Cuma kesalahan menaip perkataan dalam bab-bab akhir membuatkan aku rasa 'spoil' sikit tapi tak apa sebab cerita ni memang telah berjaya membuatkan aku tersentuh dan terngiang-ngiang dan terbayang-bayang pejalanan cerita ni untuk 2 3 hari... Inilah kali pertama novel yang aku baca begitu berkesan dan terkesan pada aku. Aku akan beli novel yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy lagi insha Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan