Whatever things happened, life must go on and be happy all the time no matter who u are, what politics & religions u believe in, what race & people u are...We are human beings anyway.
Jumaat, 31 Oktober 2008
Kelik kapong!
Rabu, 29 Oktober 2008
I can't forget!

Selasa, 28 Oktober 2008
Sikap negatif orang Malaysia
Aku cukup tensen kalu tempat2 yang menarik ni dicemari dengan sampah sarap... Nak kata kat sekolah cikgu tak ingatkan rasa menipu la plak. Yela seingat aku, setiap minggu perhimpunan pagi Isnin memang cikgu-cikgu dok sibuk cakap pasal kebersihan ni... Kat sekolah aku la, kadang2 rasa tak kreatif la plak kekeke ulang benda sama! Tapi biasala budak2 kena selalu ingatkan, kalau tak, emmmm... Mudah lupa. (buat2 lupa?)
Paling aku rasa nak membunuh kalau ada orang baling sampah keluar dari kereta! Ishhh... Sungguh tak bertamadun! Kira tak relevan kalau pakai kereta (bertamadun la kan...) tapi bad attitude bila buang sampah ikut suka makpak dia ja...
Cuti ku terisi
Isnin, 27 Oktober 2008
I'm confused!!!
Aku tak pasti samada ni kaffarah ke petunjuk Allah supaya aku lebih berhati-hati menjaga tutur kata dan tingkah laku... Apa la yang aku nak tulis ni tak kesampaian kekeke tetap menjadi rahsia bodoh aku dalam idup! Hahaha
Apa yang pasti kalau aku mengatakan sesuatu atau berfikir benda tak baik pada orang, Allah tak lama tunjukkan kebesaranNya supaya aku sedar dan bertaubat :) Kadang-kala aku rasa mulut aku ni masin gak tapi mana ada indikatornya kan...Ada sape bleh tolong? ;)
Thank you Allah.
Hehehehe coretan semasa cuti Deepavali yang membosankan... Aku tak pegi mana pun huhu rancangan awal nak gi mandi kat PD tapi kawan-kawanku belum muncul lagi...
Ahad, 26 Oktober 2008
Berkembang sikit budak-budak Tebong
Tapi tanpa disangka-sangka aku boleh terlepas pandang lokasinya! Sungguh memalukan sebagai yang pernah membesar dan bersekolah di Kuala Kangsar boleh lupa dan tak nampak pokok ni huhuhu so bad... Tujuan aku nak bawa melawat Kuala Kangsar ni nak bagi tengok tempat-tempat menarik dan bersejarah kat sini, bila diorang melawat Masjid Ubudiah ni, pusing Istana Iskandariah so aku tunjuk la sekolah lama aku...Kira tempat menarik kot kakaka tapi memang tempat yang mendewasakan aku. Aku ni kalau ikut kelulusan Idrisiah supposed to be an ustaz tapi ntahla aku tak ke arah itu, banyak defect aku ni nak jadi ustaz hehehe Apapun, kagum sungguh anak-anak murid aku. Well ingat Melaka best sangat :p ...
Aku melawat Pulau Pinang lagi...
Isnin, 13 Oktober 2008
Duit raya 2008m/1429h
Duit raya dah menjadi perkara wajib kepada semua orang yang bekerja dan ibu bapa menyediakannya. So selama ni aku dok sekolah aku dok kutip je dari orang lain, jadi tahun aku dan sebelumnya aku telah menyediakan duit raya untuk anak2 buah aku dan sedara yang ada dan murid2 aku yang sentiasa dituntut hehehe well ini kan dikira sebagai sedekah dan zakat juga kan...
Hehehe seingat aku la, dah lama aku tak dapat duit raya, masa dok study dulu pun aku dapat tapi daripada abang2 aku yang lebih dikira sebagai tanggungjawab sosial kat aku la... Since then, never huhuhu tapi ntah apa ke bertuahnya raya aku tahun ni, aku telah mendapat duit raya! Ish macam orang Cina lak, orang lum kawen dapat angpow :)Duit raya pertama dapat daripada Cikgu Man masa dia bagi duit raya kat murid2 sekolah, aku dengan selamba dan main2 je mintak gak duit raya... Tanpa disangka2 aku dapat duit raya dari dia walaupun RM1. Alhamdulillah. Dan masa ikut marhaban hari Sabtu pas, 11 Oktober 2008 aku dapat RM2 daripada kelurga Azizah Hj Sardar. Alhamdulillah. Tak sangka sungguh... Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Tahun depan leh dapat lebih tak dari RM3 ni? Hahahaha God knows...
Sambutan raya SK Tebong penuh bermakna
Yang penting aku dan Helmi paling bergaya dengan baju melayu hahaha tak dilupakan Rais :p
Rabu, 8 Oktober 2008
Gambar Raya tahun ni 2008/1429h
Apapun peserta mesti posing lebih :p
Barisan tenaga muda yang ampuh lagi kuat mengipas ayam-ayam dan ikan siakap... Ntah apa ke ceritanya, daging takde la plak masa gi beli kat pasar! Orang Batu Kurau makan daging beku banyak ke raya ni?
Famili foto untuk tahun ni... Kalau tahun pas, kami yang lelaki ni pakai baju T-shirt je so tahun ni aku biasala organiser mintakla yang lelaki pakai Baju Melayu, baru nampak macam raya dan yang paling penting segak! kakakaka Cuma tahun ni takde pertambahan ahli keluarga samada anak,menantu, cucu menantu dan cucu!
Inilah gambar mak aku bersama menantu-menantunya. Abang2 aku dok usik, "Mana lagi menantu mak sorang?" Ceh! Takpe ... Rilek maintain macho dan buat donno je... Ala macam tak biasa lak kan hehehe Nak buat camana jodoh tak sampai lagi... Nak sampai camana kalu takde usaha hehehe whatever :p
Selasa, 7 Oktober 2008
Raya datang lagi...
Sebagai memenuhi tuntutan aku dah besar huhuhu bekerja lak tu, aku kenala keluarkan belanja lebih untuk famili dan anak2 buah aku. Bukanlah merungut, kira masa nak bayar balik apa yang telah dilakukan oleh mak pak dan abang kakak aku dulu kan... Walaupun mungkin tak sama dan sepadan dengan pengorbanan diorang dulu, at least aku tunaikan tanggungjawab gitu...
Seperti tahun-tahun sudah, aku ikut rombongan beraya dari rumah ke rumah selepas solat raya dari surau. Emmm... Tahun ni macam kurang meriah sikit la, yela ramai yang dah kawen dan bekerja, so tak bleh nak ikut :p I stay the same ler huhuhu
Pepehal pas beraya rumah Ajieb, kami dah tak larat nak beraya... Mana tak nye, pekena nasi tomato sepinggan! Terus collapse hahaha baru 3 rumah dan jam baru pukul 11 pagi! Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Kalau rumah orang lain raya2 ni jamu laksa, bihun sup dan nasi impit je... Kira tahun ni Ajieb buat kelainan skit, almaklum la tokey balak :) Dalam kepayahan kami beraya sampai habis kat rumah Mie Hj Baki sambil tengok kesan runtuhan banjir lepas. Banyak betul berubah berbanding masa aku kecik2 dulu.
Gambar ni masa beraya rumah Mak Ndak aku... Raya nie rezeki Nasa dapat cuti. Dah lama dia kerja (5 tahun katanya) baru kali ni dapat beraya kat kampung! Hehehe selepas mengoyak duty roster katanya! Ganas gak mamat ni tau... Dah lama aku tak bersembang dengan dia, rasanya kami berhubungan rapat masa aku form3 paling last. Pastu dah on n off je jumpa. Huhuhu walaupun sekampung dan adik beradik!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Eid Mubarak. Kullu 'aamin wa antum bikhair :)
Ahad, 27 Julai 2008
Ayat-ayat cinta
Satu novel yang diperkatakan orang menyebabkan aku tergerak hati untuk membeli dan membacanya...Bila Rossa nyanyi lagu tema filem ni aku rasa aku harus membaca novel ni walaupun aku ni bukanlah peminat atau pembaca novel yang ekstrem! Aku ambil masa 1 minggu baru aku baca bukan sebab cerita tak best tapi aku sentiasa kehilangan masa aku begitu aje tanpa diisi sewajarnya. Tapi aku berjaya membaca novel yang mak oi tebalnya dalam setengah hari pada Ahad yang lepas 20 Julai 2008. Amazingly aku berjaya habiskan baca novel dengan sedikit riak berkocak kat dalam hati aku ni :) Jangan kata aku tak mandi dan sembahyang pulak hehehe kerana itu benda wajib dibuat kan...Secara jujurnya aku memang suka cerita dan pengolahan cerita ni... Pada permulaan cerita yang dapat diikuti dan dibayangkan walaupun aku manalah pernah jejak Mesir. Memang positif orang komen pasal ni. Sambil-sambil baca aku pun boleh membayangkan kalaula aku si Fahri tu... Dahla kuat agama macam-macam boleh buat, multitasking yang susah nak dapat kualiti insan macam ni hari ni gamaknya. Hidup berjiran yang rapat dapat dikesan dalam novel ni seumpama penerapan jiwa nusantara dan keislaman yang kental dan mampu mengeletek perasaan dan perhatian seorang Arab Qibti. Hebat kan... Ditambah lagi dengan sifat yang peramah dan bijak berhujah telah mengusik jiwa raga seorang admirer yang tidak dikenali wajahnya walaupun telah berkomunikasi dan berinteraksi dengan mesra.
Dipendekkan coretan aku, aku cuma tak berapa suka pada bahagian-bahagian Fahri diseksa dan me'rosak'kan bahagian romantis dengan adegan-adegan yang menyayat dan menyakitkan hati. Tapi inilah ceritanya kan...
Aku tak membaca dalam versi Bahasa Indonesia jadi aku tak pastilah gaya bahasanya walaupun tidak jauh bezanya dengan Bahasa Melayu. Cuma kesalahan menaip perkataan dalam bab-bab akhir membuatkan aku rasa 'spoil' sikit tapi tak apa sebab cerita ni memang telah berjaya membuatkan aku tersentuh dan terngiang-ngiang dan terbayang-bayang pejalanan cerita ni untuk 2 3 hari... Inilah kali pertama novel yang aku baca begitu berkesan dan terkesan pada aku. Aku akan beli novel yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy lagi insha Allah.
Sabtu, 12 Julai 2008
What make teachers smile
Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang boleh dikatakan 'dihargai' bagi setiap guru. Lagu "Guru Malaysia" amat memberi kesan yang mendalam terhadap semua guru. Bukan selalu kita nyanyi lagu ni kan... Bukanlah hadiah yang dipinta tapi entahlah sukar aku nak huraikan. Hehehe sentimental la kot aku ni...Tapi kalau dapat hadiah kira bonus la kan...yela dah dua tahun kerajaan kita tak bagi bonus pada kaki tangan dia...
Program tak rasmi selepas program 'sukaria' yang diinisiasikan oleh Cikgu Fuad. Acara melontar belon berisi air hehehe suka budak-budak ni membasahkan kawan-kawan. Kalau baling ke aku mau aku lepuk je kepala budak-budak ni...Walaupun macam pesta baling pai tapi aku rasa makcik klener mesti tensen kena cuci dan kutip belon-belon pecah tu... hehehe
Yang penting intipati sambutan Hari Guru ni, semoga anak-anak murid ni menjadi seorang yang berguna (bukan iguana!) Walaupun cabaran pendidikan dan akhlak berbeza mengikut zaman, insha allah dengan keberkatan dan semangat kami mampu bertahan. Insha Allah.
Ikan di darat ikan di selut :)
Jumaat, 4 Julai 2008
Orang (OrAnG-OrAnGaN)
Dah lamanya tak mencoret :)
Ahad, 20 April 2008
Hari Bumi
Persoalannya sekarang adakah kita menyedari dan melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan untuk dunia ini? Pelbagai cara yang boleh kita lakukan. Jika kita tidak mampu untuk melakukan untuk dunia kerana kedudukan kita yang kerdil ni, sekurang-kurang kita dapat lakukan untuk diri sendiri dan kawasan rumah kita.
Lihatlah kedudukan negara kita yang dikelilingi oleh laut dan selat menjadikan kedudukan negara ini sangat strategik. Tetapi janganlah kita lupa kedudukan negara tidak selamat untuk diduduki jika paras air laut meningkat dari tahun ke tahun! Apakah negara kita juga akan menerima nasib yang sama dengan negara-negara Pasifik Selatan yang terpaksa dan akan meninggalkan tanah tumpah darah sendiri dan berhijrah ke negara-negara lain seperti Australia dan New Zealand. Generasi dan masyarakatnya akan pupus dan kehilangan identiti. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya kita lakukan untuk dunia kita.
Penyumbang utama ialah pencemaran asap kilang dan kenderaan. Jika semua asap ini dikumpulkan tentu keadaannya amatlah menakutkan dan kemungkinan dapat menyedarkan para pemimpin negara yang terlalu mementingkan keuntungan semata-mata. Jika dahulu dunia barat telah dikejutkan dengan hujan asid dan melenyapkan kebanyakan hutan di sana. Sekarang ini kita boleh melihat keadaan yang sama di dunia Asia. Hutan Negara China telah banyak dicerobohi samata-mata pembangunan kilang-kilang dan kawasan perindustrian. Hutan di sana juga semakin kurang dan hujan asid juga telah melanda di sana di samping kesan-kesan pencemaran seperti penyakit berasaskan pernafasan seperti asma, sesak nafas, pening kepala dan sebagainya. Antara lain ialah kecacatan bayi yang baru lahir dan kecacatan fizikal.
Apakah kita mahu melihat dan hidup di dunia yang menjadi tandus dan berpasir? Inilah akibatnya jika kita tidak mengambil usaha yang cepat dan gagal bertindak. Jika hanya menunding jari ke arah orang lain sahaja ia tidak akan membantu apa-apa. Apakah kita mahu Planet Bumi yang dikenali sebagai Bumi Hijau akan hilang dan setanding dengan Planet Kejora dan Marikh disebabkan ketandusan dan kepanasannya? Siapa yang mampu hidup dan mendiami dunia ini? Ke manakah manusia akan pergi dan tinggal? Persoalan ini sentiasa bermain-main di fikiran orang-orang yang mengambil berat tentang dunia. Apakah mereka yang berkuasa juga memikirkan perkara yang sama? Walau apapun, kewujudan padang pasir hari ini juga penting demi menjaga kitaran cuaca dunia terkawal, cuma jika perluasan kawasan padang pasir terus merebak, kita juga akan melihat dan merasa kesannya yang maha hebat.
Jika kita tidak mahu kerosakkan dunia berlaku sebelum waktu, maka marilah kita bersama-sama melakukan sesuatu yang bermakna dan bijak. Walaupun sejak zaman Isra' dan Mikraj telah digambarkan dunia ini telah tua, maka kita janganlah kita mempercepatkannya lagi. Kita perlu hidup di dalam dunia yang aman, segar dan bebas pencemaran. Ambillah langkah yang boleh kita lakukan di rumah dan pejabat contohnya kurangkan penggunaan elektrik, jimatkan air, tutup paip air dengan rapat, jangan biarkan alatan elektrik dan elektronik dalam keadaan sedia (Stand by mode) dan lain-lain lagi.
Jadi, tolong lakukan sesuatu untuk dunia dan kehidupan kita. Janganlah terlalu mementingkan diri sahaja. Sedarlah....