Isnin, 13 Oktober 2008

Sambutan raya SK Tebong penuh bermakna

Sempena sambutan Raya peringkat sekolah dan sekitar pada tarikh yang tertera kat gambar, GB aku telah mengarahkan aku sebagai guru kebudayaan menyediakan sebuah persembahan rakyat. Aku ni manalah ada asas atau terlibat dengan aktiviti kebudayaan atau tarian. Dulu-dulu adalah masa dok matrik aku terpilih sebagai pak pacak (yg lebih memberi impak daripada pelakon-pelakon utama hahaha kisah benar ni tau...) dan join persembahan Hari Kemerdekaan masa aku 3rd year kat UIA. Ala setakat pusing-pusing bawa bendera sapa pun pandai kan... Pada hari yang bertuah ni, inilah hasilnya... Emmm... Walaupun bukan usaha aku seorang tapi ramai yang terlibat. (Kredit kpd Alina, Helmi, Aina & Cikgu Karthy) Aku cuma jadi mandor dan cari bahan je... Orait la tu...
Lihatlah betapa gemalainya anak-anak murid aku menari... Yang penting buat,step betul ke tak, lain kira kan... Ulek Mayang ni orang kata berhantu tapi aku ni kan skeptikal sikit, caya sikit2 je walaupun ye ke wujud? Tapi kebetulan la kot, esoknya ramai budak-budak ni tak datang sekolah sebab sakit mata dan demam. Musim kot... Tak relevan langsung kalau nak kata keberhantuan lagu ni :>
Tak dilupakan, Rais juga memimpin budak-budak tahun 5 & 6 dalam Dikir Barat.Ok lah walaupun aku rasa kontemporari sangat lagu-lagu dia. Hehehe kata orang, yang aku punya pun kontemporari tak ingat....
Dengan gagahnya aku angkat kuah mee. Nak kutuk sikitla sifat tangkai jering akak kantin aku ni, ada ke patut dia sediakan mee dan segala ramuan tak berpadanan dengan jumlah murid! Kalu ada gambar aku tunjuk, tapi tak tangkap la plak. Aku nak kategori dia ni kedekut ke tak pandai bajet ntahla tapi aku lebih berat kata dia kedekut je...

Yang penting aku dan Helmi paling bergaya dengan baju melayu hahaha tak dilupakan Rais :p

Tiada ulasan: