Ntah la... sekian lama x berblog nie mcm malas nak tulis je...
N3 bulan nie ttg UPSR je hehe br la nampak keja aku sbg cikgu yg sebenar kan... Bukan sbg pengamal politik, pengkritik politik hatta pengampu politik!
Anjakan paradigma ke aku nie? x kutuk politik2 busuk Malaysia? Kejayaan nih! N3 bulan ni tidak tercemar dgn kutukan politik aku...Bulan puasa kot...
Nak wat camna saguhati raya x dpt... Menambahkan beban rakyat dgn tidak memberi saguhati raya & menaikkan harga minyak yg kurang kualitinya kepada rakyat... Rakyat didahulukan (poket kasi penuh br leh share dgn rakyat... Kasi kaya org luar dgn hasil mahsul Malaysia nie... Huhuhu
Yg penting, sedih ke gumbira raya mesti mesti disambut dgn senang hati... Wat pa dok kenang pd yg xnak kenang kita kan...
Yea yea yea raya datang lagi...
:)
Alhamdulillah... Sempat lagi kot aku merayakan raya tahun nie. Wallahu alam
Whatever things happened, life must go on and be happy all the time no matter who u are, what politics & religions u believe in, what race & people u are...We are human beings anyway.
Memaparkan catatan dengan label Rasa raya tak sama dah mcm dolu2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasa raya tak sama dah mcm dolu2. Papar semua catatan
Isnin, 14 September 2009
Selasa, 7 Oktober 2008
Raya datang lagi...
Sebagai memenuhi tuntutan aku dah besar huhuhu bekerja lak tu, aku kenala keluarkan belanja lebih untuk famili dan anak2 buah aku. Bukanlah merungut, kira masa nak bayar balik apa yang telah dilakukan oleh mak pak dan abang kakak aku dulu kan... Walaupun mungkin tak sama dan sepadan dengan pengorbanan diorang dulu, at least aku tunaikan tanggungjawab gitu...
Seperti tahun-tahun sudah, aku ikut rombongan beraya dari rumah ke rumah selepas solat raya dari surau. Emmm... Tahun ni macam kurang meriah sikit la, yela ramai yang dah kawen dan bekerja, so tak bleh nak ikut :p I stay the same ler huhuhu
Pepehal pas beraya rumah Ajieb, kami dah tak larat nak beraya... Mana tak nye, pekena nasi tomato sepinggan! Terus collapse hahaha baru 3 rumah dan jam baru pukul 11 pagi! Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Kalau rumah orang lain raya2 ni jamu laksa, bihun sup dan nasi impit je... Kira tahun ni Ajieb buat kelainan skit, almaklum la tokey balak :) Dalam kepayahan kami beraya sampai habis kat rumah Mie Hj Baki sambil tengok kesan runtuhan banjir lepas. Banyak betul berubah berbanding masa aku kecik2 dulu.
Gambar ni masa beraya rumah Mak Ndak aku... Raya nie rezeki Nasa dapat cuti. Dah lama dia kerja (5 tahun katanya) baru kali ni dapat beraya kat kampung! Hehehe selepas mengoyak duty roster katanya! Ganas gak mamat ni tau... Dah lama aku tak bersembang dengan dia, rasanya kami berhubungan rapat masa aku form3 paling last. Pastu dah on n off je jumpa. Huhuhu walaupun sekampung dan adik beradik!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Eid Mubarak. Kullu 'aamin wa antum bikhair :)
Langgan:
Catatan (Atom)