Whatever things happened, life must go on and be happy all the time no matter who u are, what politics & religions u believe in, what race & people u are...We are human beings anyway.
Sabtu, 15 November 2008
Keputusan UPSR '08 yang mengejutkan
Semasa keputusan disampaikan oleh GB aku melalui telefon, wah inilah kali pertama aku tengok Zapura dan Cikgu Karthy melompat-lompat seperti budak-budak... Jangan marah, takpe kerana aku faham masalah dan kesulitan mengajar mereka tahun ni. Dipermudahkan Allah dengan keputusan ini di atas usaha-usaha anda. Tahniah aku ucapkan.
Apa yang penting, mereka semua ni tidak menghadiri mana-mana tuisyen, hanya kelas-kelas tambahan yang dianjurkan sekolah. Usaha mereka amat berbaloi dan terima kasih mempercayai guru-guru SK Tebong. Tiada kemanisan semanis madu tanpa usaha, dan kejayaan ini memberi sejuta erti kepada guru-guru. Terima kasih.
Jumaat, 14 November 2008
What a terrible Q Day!!!
Memang la hari ni (13.11.2008, Khamis) keputusan UPSR dikeluarkan, TETAPI pengurusan dan perjalanan program Hari Kualiti tahun ini amat menyakitkan hati aku dan diakui oleh beberapa orang guru yang bertungkus-lumus untuk program ni...
Semuanya bermula apabila aku diminta oleh GPK 1 aku untuk menyediakan powerpoint slideshow program-program yang telah dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun ni. Dipendekkan cerita, masa pagi2 aku siapkan keperluan yang sepatutnya dan tertanyalah aku mana LCD nya, mana laptopnya untuk tayangan tersebut, maka dijawab oleh my reckless GPK1, "Saya dah kenselkan!" Wah! Dah la dengan nada melenting tanpa mengira perasaan aku dan Helmi siapkan slaid ni sampai tak tido malam... Hati aku dah mula membengkak tinggal nak meletup je... Aku terus memberitahu Helmi mengenai hal ni, bayangkan perasaan dan emosi dia terganggu mendengar berita paling bodo di alam maya ni...
Semasa program ni berjalan, Alina cakap "Kita teruskan aje, lantakla ape dia nak kata". Fine, kami pasang jugak yang penting hati puas. Kalau ketam berjalan mengiring, kenapa pula orang perlu berjalan mengiring juga kan... Sepanjang perjalanan program, aku tak layan langsung apa yang disuruh oleh GPK aku. Dek melayan emosi aku yang terganggu, GPK HEM aku pun terkena tempiasnya, sian gak kekeke.
Tapi aku cukup berpuas hati kerana persembahan kelas yang aku selia tanpa bayar berjalan lancar dan sesuatu yang baru untuk masyarakat Tebong khasnya.
Khamis, 13 November 2008
Jejak kasih 2008
Hehe aku tak pastilah apa perkara ni menyakitkan hati ataupun buat tak tahu je bila pertemuan kami ni disampuk oleh seseorang entah dari JPN mana, mcm Melaka je boleh cakap "hehe lepas ni senang le naik Jabatan..." Emmm... Aku senyum jela coz malas nak kisah sangat apa yang dia kata. Huhuhu aku bukan jenis nak mengampu naik pangkat! Aku kan suka dengan Teori Birokrasi Max Webber. Mungkin pegawai yang tanya tu naik pangkat ke Jabatan guna kabel kot. Hahaha rezeki masing-masing. Tapi kalau kenaikan pangkat kita tanpa kelayakan dan melalui jalan belakang, sampai bila2 pun kita tak akan kemana-mana dan punahlah aspirasi dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rabu, 12 November 2008
Jamuan staf dan guru 2008
Hehehe takde yang positif kalau aku nak memperkatakan tentang sekolah aku ni termasuklah staf dia (bukan klik aku la kikiki) walaupun nazir dan orang besar2 JPNM memuji keindahan dan kedamaian sekolah aku ni... Bangga gak la...
Sabtu, 8 November 2008
Jamuan Kelas
Seperti tahun-tahun yang lepas, jamuan akhir tahun anjuran kelas aku tetap the best! Hehehe puji sikit. Bila lagi nak masuk dalam bakul dan angkat sendiri ;)
Tahun ni kelas aku combine dengan kelas Alina (Thn. 1) dan Thn. 2 (Dipangku oleh Helmi). Apapun memang da' bomb. Hehehe cikgu2 memang penuh la kalau bab jamuan ni hehehe rezeki mana leh tolak kan...
Menu?
a) Nasi ungkep (Makanan jawa, betul ejaannya?)
b) Nasi kerabu (Stail Melaka hehehe)
c) Agar-agar (Agar-agar aku dipuji kekeke hakikatnya aku beli yang segera je!)
d) Karipap (Feberet aku ni...)
e) Jajan2 (Aku gak yang gi beli ;0)
f) Kek pisang & kek kurma
Khamis, 6 November 2008
Taken 4 granted - SiKaP OrAnG KiTa
Aku tak suka diarah walaupun oleh authority tp aku akan buat dengan tak sepenuh hati huhu
Kalau hati dah tak pueh ati, hasilnya pun janganlah mare aku!
Bersandarkan dua premis di atas, cubalah agak apa yang aku nak tulis?
Aku seorang yang GILA jawatan kat sekolah! Walaupun aku tak mintak pun huhuhu mana ada cikgu kat sekolah aku yang seGILA jawatan macam aku...
a) Aku guru akademik
b) Aku guru kelas Tahun 3
c) Aku SU Panitia English
d) Aku SU HEM
f) Aku guru SPBT
g) Aku Ketua Panitia PJK
h) Aku guru PINTAR dan tahun depan sure PROSIDAR
i) Aku SU Pencegahan Dadah
j) Aku Guru Kebudayaan! Walaupun aku ni... kreatif ke? Tau ke tarian? Muzik? Well, kalau cikgu kan semua kira boleh je huhuhu
k) Aku juga guru Kesihatan dan Rawatan. Kira doktor kat sekolah la. Aku berkelayakan? Mati anak2 murid aku nnt. Panadol pun aku tak boleh nak bagi... Kalau berdarah aku suruh je diorang lap dan cuci sendiri kekeke aku seriyau tengok darah ni hihihi takut darah tu beracun dan HIV! Tula aku ni semuanya kompulsif, eksesif dan paranoid gamaknya,,, Tapi yang paling tensennye, dah tau anak2 demam mak bapak antar jugak ke sekolah... isk isk isk cikgu2 dah jadi nanny lak. Bila kita bagi surat untuk ke klinik ke hospital, buat taktau je... Bertanggungjawab betul la mak bapak ni... Kata sayang anak tapi cari duit lebih utama! Yela aku pun kena tengok jugak kat mana aku mengajar... Mengajar sekolah kampung, membuatkan duit kadang2 lebih utama.
l) Aku kadang2 dipertanggungjawabkan dengan Panitia KH
(Sebab KP KH selalu ngular dan buat tak tau je keja dia huhu)
m) Aku jurugambar sekolah! Tetap dan pencen. Walaupun guna kamera aku!
n) Ape2 je la yang difikirkan perlu
* Aku tak rasa ada cikgu lein ada tanggungjawab sebanyak aku huhuhu. Kalau ada leh share?
* Alasan kalau nak tolak, alasan selalu digunakan, sekolah kita kecik, cikgu tak ramai.
Aku angguk je la walau pun hati bara je... Dalam keGILAan jawatan ni, ada ke patut di offer lagi jd SU PIBG. Kali ni aku bagi kata dua kat GB, saya bleh ambik, tapi saya tolak jawatan lein! Alhamdulillah cara ni berjaya ;p
Dan jawatan-jawatan yang baru aku dapat untuk satu program sempena Lawatan Berkelompok dari Putrajaya Mengenai Hal Ehwal Orang Asli minggu depan (Rabu, 12.11.2008) dah la 1 bas nak datang! ialah TUKANG BUAT POWERPOINT, TUKANG SEDIA PERSEMBAHAN (apa aku nak buat persembahan ni?... ni la akibat gatal mulut bagi cadangan!!! Dah la Orang Asli Tebong konservatif dan orthodok, kalau bantuan pakat ramai2 datang sekolah ;( dan seperti biasa sebagai PHOTOGRAPHER.
Aku kan pemerhati politik dan budaya setempat (Aku je iktiraf diri aku, mana ada orang lein nak iktiraf kelebihan kita sangat kan.... Dipendekkan cerita, aku akan kurang beban kerja jika aku berbaik-baik dengan orang2 atas. Biasa la hidup kita kan penuh dengan gelodak dan gelojak politik. Tak kira politik pun berlaku hatta hidup berkeluarga. Alah boleh lihat la bila orang yang baru masuk dari aku pun tidak dibebankan dengan kerja. Jelas sangat aku tak pandai bermain politik dan mangsa keadaan selamanya. Isk isk berdosakah aku kalau aku tak reti bermain politik?
Hehehe sesetengah tugasan di atas hanyalah di atas kertas sahaja coz aku tak buatpun lantak la sebab aku dah terlalu GILA jawatan dan cukup sesak dah jadual mengajar (32 waktu! GILA kan coz "kita sekolah kecik dan cikgu tak ramai') aku dan normal and ordinary life aku kena ambik kira gak hehe tunggulah kalau PPD ke JABATAN serang pandai2 la lari kakakaka
Alhamdulillah tahun ni belum lagi.
Haruskah aku bersyukur? Baling pen kat muka pentadbir? Pindah sekolah? Antar surat layang? Alhamdulillah aku masih waras berfikir kalau tak aku kena balik Perak masuk Tanjung Rambutan... Nasa, ang keja situ lagi? Jaga aku tau...Jangan ikat dan bagi sedatif ok hahaha mintak simpang la...
Kesimpulannya, aku ni nak kata ringan tulang sangat dak le, tapi ....
dan sikap biasa pentadbir suka ambik mudah, asal lepas je jerut di tengkuk. So kalau dah pentadbir kencing berlari, aku ... aku masuk toilet kencing elok2 ish aku kan bertamadun cuma sesetengah daripada kita luaran je nampak bertamadun tapi OUT! Macam ni kita nak wujudkan Mentaliti kelas pertama? Hehehe sapa nak jawab? Jangan salahkan sistem kita kerana masih sekarang belum stabil dan tercari-cari... Jangan nanti aku bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO plak, hehehe aku taknak mewarisi legasi yang aku tak boleh berbangga langsung! Fullstop!
Demikianlah sedikit keGILAan aku di sekolah.
Freudian...a reply
When I wrote about freudian regarding my fren, hehehe I thought he din realise la but I was wrong! I din mean to harm nor hurt u my fren, just tickle2 je...
He was so upset and pissed off ( I gez la) when I looked at his unsatisfied face huhuhu. He wanted me to clarify why I called him as freudian persona. Actually I got no correct and clear answer. Maybe this term came across my mind because:-
a) I think his life and thought are always be determined by his unconcious mind/spirit (haunted by evil ker? kakaka)
b) Too choosy and fussy. Mare ke? I felt that way coz sometime we can manage to solve a problemo and option just in one snap of finger kekeke (sekali petik jari je...) but u din do that way
c) Hehehe kadang2 Sigmund Freud ni bagi teori tak relevan gak, ada ke our life and future determined by our sexual drive! I dun mean my fren is determined by his sexual desire but sometime this GiFt from Allah is misused by us. It closed our mind to think positively huhuhu and for sure I din talk about my fren... I talk about Freud himself. So anyone who likes to use their own desire rather than their own 'aql, u are even to Freud who claimed his life (daily life) determined by sexual desire! Huhuhu I talk rubbish!
d) Last but not least, I like to call (assosiate) people with a spesel name and makes me easy to remember the person or event hehehe. I dun have any relevant answer daa... Enuff I think.
OOOO example yea? Here we go:-
Indera poyo - I think he is so annoying, though he WAS my good buddy.
Pian Alon - Hehehe refers to his awek, now his wife. (I think he is the best example of Freudian)
Keleq mata besaq - u can gez the meaning
Azrul hoarder - likes to keep things for nothing! So messy
Patah gila seks - likes to talk about sex hihihi last time I know about him, he got 2 children
etc etc etc
Sori my frens, this is my bad idea (attitude?) towards u guys hehehe
This is just an opinion from your cOmPuLsive fren huhu
I'm so sorry if my N3 hurts you...I miss u guys, long time we din contact each other
What dish I like most?
Aku cukup suka mak aku masak acar cabai ni.... Sedap tau.... Lantakla orang lein kata tak best tp hehehe bagiku MeMaNg BEst! :) Sesetengah orang bila tengok cabai besar2 ni dah rasa takut nak sentuh, tapi cabai bila dah masuk cuka, pedas rasa masam yang best. Undoubtable fact! Wuih lagi sedap makan dengan ikan kayu lak ish ish ish menjilat ****. Nak resepi? Tanyala mak aku hahaha aku mana tau masak benda alah ni... Yang clear, ada cabai, bawang besar, jintan, cuka dan byk lagi la. Air kira main ingredient untuk kuah la. Takkan nak bubuh cuka byk2 karang ada yang kena potong urat perut kakaka
Dictionary pada yang tak tau bahawa byk istilah dalam BM yang belum diterokai, difahami dan diguna secara umumnya... Apa ni?.....
a) Cabai = cili, lada,pepper (Tapi cabai,cili dan lada ada digunakan bahasa lain juga tau kalau tak
silap cabai ada digunakan dlm Bahasa Russia. Correct me if i'm wrong...
b) ikan kayu = ikan tongkol la hahaha mungkin bentuk dan tekstur dia keras sikit so org2 belah
kami panggil ikan kayu.
;)
Isnin, 3 November 2008
SMS misteria!
Disebabkan aku ni mana le reti nak memandai-mandai pandu dalam Bandaraya Shah Alam, so aku mintakla Nuar jemput aku kat TESCO Extra S.A. Walaupun aku dah penah lalu kawasan ni, well, bukan selalu aku datang kan, so dari aku sesat dlm bandar baik minta dia mai ambik kan...
Aku pun bergerak dari rumah aku kat Melaka ni lepas Maghrib, lebih kurang 7.30 mlm dan sampai kat Shah Alam lebih kurang 9 lebih! Patut sampai awal lagi, tapi aku malas nak mandu laju2 dah malam dan takde apa nak dikejar pun...Tu pun selepas aku singgah kat R & R Seremban, solat dan dinner. Lapar beb! Aku tunggu Nuar tak lama, tapi bila sampai terus aku ikut dia kat belakang. Takkan aku pegi depan kan hehehe. Satu benda yang menunjukkan Shah Alam ni berbeza cirinya ialah bulatan. Aku tak tau la berapa banyak bulatan Shah Alam ada, bukan minat aku nak kaji hehehe.
Bila sampai aje bulatan yang pertama aku telah menerima satu SMS dari nombor yang aku tak kenali! Tertulis 'Kiri'. Memang Nuar ikut kiri pun, so aku ingat nombor dia yang baru... So, aku senyap jela. Malas nak reply waktu memandu ni, kesan dia macam kita tertidur sebentar semasa memandu! Hehehe sebenarnya takde keperluan aku nak balas dan aku kena fokus sebab Shah Alam bukan kampung aku kekeke.
Sungguh seronok aku balik kampung kali ni, hehehe aku tulis dalam N3 yang lain. Tajuk spesel.
Eh, melalut lak... Dalam kereta nak balik ke Shah Alam, aku pun tanya Nuar, ni nombor baru ke? Dia kata bukan dan tak bagi SMS kat aku pun! Jeng jeng jeng sapa yang bagi SMS kat aku? So, hari ni N3 ni ditulis, Isnin 3.11.2008 jam 10.32 malam, aku SMS kat nombor berkenaan dan sampai sekarang masih tiada jawapan. Dan aku takkan telefon tanya siapakah gerangan penghantar misteri ni, takde masa... Ada sesiapa yang mempunyai jawapan dan berani nak telefon dia?
Telefon la nombor ni kalau rajin bagitau aku k... 016-3315098
Jumaat, 31 Oktober 2008
Kelik kapong!
Rabu, 29 Oktober 2008
I can't forget!

Selasa, 28 Oktober 2008
Sikap negatif orang Malaysia
Aku cukup tensen kalu tempat2 yang menarik ni dicemari dengan sampah sarap... Nak kata kat sekolah cikgu tak ingatkan rasa menipu la plak. Yela seingat aku, setiap minggu perhimpunan pagi Isnin memang cikgu-cikgu dok sibuk cakap pasal kebersihan ni... Kat sekolah aku la, kadang2 rasa tak kreatif la plak kekeke ulang benda sama! Tapi biasala budak2 kena selalu ingatkan, kalau tak, emmmm... Mudah lupa. (buat2 lupa?)
Paling aku rasa nak membunuh kalau ada orang baling sampah keluar dari kereta! Ishhh... Sungguh tak bertamadun! Kira tak relevan kalau pakai kereta (bertamadun la kan...) tapi bad attitude bila buang sampah ikut suka makpak dia ja...
Cuti ku terisi
Isnin, 27 Oktober 2008
I'm confused!!!
Aku tak pasti samada ni kaffarah ke petunjuk Allah supaya aku lebih berhati-hati menjaga tutur kata dan tingkah laku... Apa la yang aku nak tulis ni tak kesampaian kekeke tetap menjadi rahsia bodoh aku dalam idup! Hahaha
Apa yang pasti kalau aku mengatakan sesuatu atau berfikir benda tak baik pada orang, Allah tak lama tunjukkan kebesaranNya supaya aku sedar dan bertaubat :) Kadang-kala aku rasa mulut aku ni masin gak tapi mana ada indikatornya kan...Ada sape bleh tolong? ;)
Thank you Allah.
Hehehehe coretan semasa cuti Deepavali yang membosankan... Aku tak pegi mana pun huhu rancangan awal nak gi mandi kat PD tapi kawan-kawanku belum muncul lagi...
Ahad, 26 Oktober 2008
Berkembang sikit budak-budak Tebong
Tapi tanpa disangka-sangka aku boleh terlepas pandang lokasinya! Sungguh memalukan sebagai yang pernah membesar dan bersekolah di Kuala Kangsar boleh lupa dan tak nampak pokok ni huhuhu so bad... Tujuan aku nak bawa melawat Kuala Kangsar ni nak bagi tengok tempat-tempat menarik dan bersejarah kat sini, bila diorang melawat Masjid Ubudiah ni, pusing Istana Iskandariah so aku tunjuk la sekolah lama aku...Kira tempat menarik kot kakaka tapi memang tempat yang mendewasakan aku. Aku ni kalau ikut kelulusan Idrisiah supposed to be an ustaz tapi ntahla aku tak ke arah itu, banyak defect aku ni nak jadi ustaz hehehe Apapun, kagum sungguh anak-anak murid aku. Well ingat Melaka best sangat :p ...
Aku melawat Pulau Pinang lagi...
Isnin, 13 Oktober 2008
Duit raya 2008m/1429h
Duit raya dah menjadi perkara wajib kepada semua orang yang bekerja dan ibu bapa menyediakannya. So selama ni aku dok sekolah aku dok kutip je dari orang lain, jadi tahun aku dan sebelumnya aku telah menyediakan duit raya untuk anak2 buah aku dan sedara yang ada dan murid2 aku yang sentiasa dituntut hehehe well ini kan dikira sebagai sedekah dan zakat juga kan...
Hehehe seingat aku la, dah lama aku tak dapat duit raya, masa dok study dulu pun aku dapat tapi daripada abang2 aku yang lebih dikira sebagai tanggungjawab sosial kat aku la... Since then, never huhuhu tapi ntah apa ke bertuahnya raya aku tahun ni, aku telah mendapat duit raya! Ish macam orang Cina lak, orang lum kawen dapat angpow :)Duit raya pertama dapat daripada Cikgu Man masa dia bagi duit raya kat murid2 sekolah, aku dengan selamba dan main2 je mintak gak duit raya... Tanpa disangka2 aku dapat duit raya dari dia walaupun RM1. Alhamdulillah. Dan masa ikut marhaban hari Sabtu pas, 11 Oktober 2008 aku dapat RM2 daripada kelurga Azizah Hj Sardar. Alhamdulillah. Tak sangka sungguh... Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Tahun depan leh dapat lebih tak dari RM3 ni? Hahahaha God knows...
Sambutan raya SK Tebong penuh bermakna
Yang penting aku dan Helmi paling bergaya dengan baju melayu hahaha tak dilupakan Rais :p
Rabu, 8 Oktober 2008
Gambar Raya tahun ni 2008/1429h
Apapun peserta mesti posing lebih :p
Barisan tenaga muda yang ampuh lagi kuat mengipas ayam-ayam dan ikan siakap... Ntah apa ke ceritanya, daging takde la plak masa gi beli kat pasar! Orang Batu Kurau makan daging beku banyak ke raya ni?
Famili foto untuk tahun ni... Kalau tahun pas, kami yang lelaki ni pakai baju T-shirt je so tahun ni aku biasala organiser mintakla yang lelaki pakai Baju Melayu, baru nampak macam raya dan yang paling penting segak! kakakaka Cuma tahun ni takde pertambahan ahli keluarga samada anak,menantu, cucu menantu dan cucu!
Inilah gambar mak aku bersama menantu-menantunya. Abang2 aku dok usik, "Mana lagi menantu mak sorang?" Ceh! Takpe ... Rilek maintain macho dan buat donno je... Ala macam tak biasa lak kan hehehe Nak buat camana jodoh tak sampai lagi... Nak sampai camana kalu takde usaha hehehe whatever :p
Selasa, 7 Oktober 2008
Raya datang lagi...
Sebagai memenuhi tuntutan aku dah besar huhuhu bekerja lak tu, aku kenala keluarkan belanja lebih untuk famili dan anak2 buah aku. Bukanlah merungut, kira masa nak bayar balik apa yang telah dilakukan oleh mak pak dan abang kakak aku dulu kan... Walaupun mungkin tak sama dan sepadan dengan pengorbanan diorang dulu, at least aku tunaikan tanggungjawab gitu...
Seperti tahun-tahun sudah, aku ikut rombongan beraya dari rumah ke rumah selepas solat raya dari surau. Emmm... Tahun ni macam kurang meriah sikit la, yela ramai yang dah kawen dan bekerja, so tak bleh nak ikut :p I stay the same ler huhuhu
Pepehal pas beraya rumah Ajieb, kami dah tak larat nak beraya... Mana tak nye, pekena nasi tomato sepinggan! Terus collapse hahaha baru 3 rumah dan jam baru pukul 11 pagi! Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Kalau rumah orang lain raya2 ni jamu laksa, bihun sup dan nasi impit je... Kira tahun ni Ajieb buat kelainan skit, almaklum la tokey balak :) Dalam kepayahan kami beraya sampai habis kat rumah Mie Hj Baki sambil tengok kesan runtuhan banjir lepas. Banyak betul berubah berbanding masa aku kecik2 dulu.
Gambar ni masa beraya rumah Mak Ndak aku... Raya nie rezeki Nasa dapat cuti. Dah lama dia kerja (5 tahun katanya) baru kali ni dapat beraya kat kampung! Hehehe selepas mengoyak duty roster katanya! Ganas gak mamat ni tau... Dah lama aku tak bersembang dengan dia, rasanya kami berhubungan rapat masa aku form3 paling last. Pastu dah on n off je jumpa. Huhuhu walaupun sekampung dan adik beradik!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Eid Mubarak. Kullu 'aamin wa antum bikhair :)