Jumaat, 14 November 2008

What a terrible Q Day!!!

Aku rasa tahun ni la Hari Penyampaian Hadiah paling teruk sepanjang tiga tahun aku berada di sekolah aku ni...

Memang la hari ni (13.11.2008, Khamis) keputusan UPSR dikeluarkan, TETAPI pengurusan dan perjalanan program Hari Kualiti tahun ini amat menyakitkan hati aku dan diakui oleh beberapa orang guru yang bertungkus-lumus untuk program ni...

Semuanya bermula apabila aku diminta oleh GPK 1 aku untuk menyediakan powerpoint slideshow program-program yang telah dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun ni. Dipendekkan cerita, masa pagi2 aku siapkan keperluan yang sepatutnya dan tertanyalah aku mana LCD nya, mana laptopnya untuk tayangan tersebut, maka dijawab oleh my reckless GPK1, "Saya dah kenselkan!" Wah! Dah la dengan nada melenting tanpa mengira perasaan aku dan Helmi siapkan slaid ni sampai tak tido malam... Hati aku dah mula membengkak tinggal nak meletup je... Aku terus memberitahu Helmi mengenai hal ni, bayangkan perasaan dan emosi dia terganggu mendengar berita paling bodo di alam maya ni...

Semasa program ni berjalan, Alina cakap "Kita teruskan aje, lantakla ape dia nak kata". Fine, kami pasang jugak yang penting hati puas. Kalau ketam berjalan mengiring, kenapa pula orang perlu berjalan mengiring juga kan... Sepanjang perjalanan program, aku tak layan langsung apa yang disuruh oleh GPK aku. Dek melayan emosi aku yang terganggu, GPK HEM aku pun terkena tempiasnya, sian gak kekeke.

Tapi aku cukup berpuas hati kerana persembahan kelas yang aku selia tanpa bayar berjalan lancar dan sesuatu yang baru untuk masyarakat Tebong khasnya.

Tiada ulasan: