Khamis, 6 November 2008

Taken 4 granted - SiKaP OrAnG KiTa

Aku suka buat dan aku akan buat kalau ada benda yang aku suka buat.
Aku tak suka diarah walaupun oleh authority tp aku akan buat dengan tak sepenuh hati huhu
Kalau hati dah tak pueh ati, hasilnya pun janganlah mare aku!

Bersandarkan dua premis di atas, cubalah agak apa yang aku nak tulis?
Aku seorang yang GILA jawatan kat sekolah! Walaupun aku tak mintak pun huhuhu mana ada cikgu kat sekolah aku yang seGILA jawatan macam aku...

a) Aku guru akademik

b) Aku guru kelas Tahun 3

c) Aku SU Panitia English

d) Aku SU HEM

f) Aku guru SPBT

g) Aku Ketua Panitia PJK

h) Aku guru PINTAR dan tahun depan sure PROSIDAR

i) Aku SU Pencegahan Dadah

j) Aku Guru Kebudayaan! Walaupun aku ni... kreatif ke? Tau ke tarian? Muzik? Well, kalau cikgu kan semua kira boleh je huhuhu

k) Aku juga guru Kesihatan dan Rawatan. Kira doktor kat sekolah la. Aku berkelayakan? Mati anak2 murid aku nnt. Panadol pun aku tak boleh nak bagi... Kalau berdarah aku suruh je diorang lap dan cuci sendiri kekeke aku seriyau tengok darah ni hihihi takut darah tu beracun dan HIV! Tula aku ni semuanya kompulsif, eksesif dan paranoid gamaknya,,, Tapi yang paling tensennye, dah tau anak2 demam mak bapak antar jugak ke sekolah... isk isk isk cikgu2 dah jadi nanny lak. Bila kita bagi surat untuk ke klinik ke hospital, buat taktau je... Bertanggungjawab betul la mak bapak ni... Kata sayang anak tapi cari duit lebih utama! Yela aku pun kena tengok jugak kat mana aku mengajar... Mengajar sekolah kampung, membuatkan duit kadang2 lebih utama.

l) Aku kadang2 dipertanggungjawabkan dengan Panitia KH
(Sebab KP KH selalu ngular dan buat tak tau je keja dia huhu)

m) Aku jurugambar sekolah! Tetap dan pencen. Walaupun guna kamera aku!

n) Ape2 je la yang difikirkan perlu

* Aku tak rasa ada cikgu lein ada tanggungjawab sebanyak aku huhuhu. Kalau ada leh share?

* Alasan kalau nak tolak, alasan selalu digunakan, sekolah kita kecik, cikgu tak ramai.

Aku angguk je la walau pun hati bara je... Dalam keGILAan jawatan ni, ada ke patut di offer lagi jd SU PIBG. Kali ni aku bagi kata dua kat GB, saya bleh ambik, tapi saya tolak jawatan lein! Alhamdulillah cara ni berjaya ;p

Dan jawatan-jawatan yang baru aku dapat untuk satu program sempena Lawatan Berkelompok dari Putrajaya Mengenai Hal Ehwal Orang Asli minggu depan (Rabu, 12.11.2008) dah la 1 bas nak datang! ialah TUKANG BUAT POWERPOINT, TUKANG SEDIA PERSEMBAHAN (apa aku nak buat persembahan ni?... ni la akibat gatal mulut bagi cadangan!!! Dah la Orang Asli Tebong konservatif dan orthodok, kalau bantuan pakat ramai2 datang sekolah ;( dan seperti biasa sebagai PHOTOGRAPHER.

Aku kan pemerhati politik dan budaya setempat (Aku je iktiraf diri aku, mana ada orang lein nak iktiraf kelebihan kita sangat kan.... Dipendekkan cerita, aku akan kurang beban kerja jika aku berbaik-baik dengan orang2 atas. Biasa la hidup kita kan penuh dengan gelodak dan gelojak politik. Tak kira politik pun berlaku hatta hidup berkeluarga. Alah boleh lihat la bila orang yang baru masuk dari aku pun tidak dibebankan dengan kerja. Jelas sangat aku tak pandai bermain politik dan mangsa keadaan selamanya. Isk isk berdosakah aku kalau aku tak reti bermain politik?

Hehehe sesetengah tugasan di atas hanyalah di atas kertas sahaja coz aku tak buatpun lantak la sebab aku dah terlalu GILA jawatan dan cukup sesak dah jadual mengajar (32 waktu! GILA kan coz "kita sekolah kecik dan cikgu tak ramai') aku dan normal and ordinary life aku kena ambik kira gak hehe tunggulah kalau PPD ke JABATAN serang pandai2 la lari kakakaka
Alhamdulillah tahun ni belum lagi.

Haruskah aku bersyukur? Baling pen kat muka pentadbir? Pindah sekolah? Antar surat layang? Alhamdulillah aku masih waras berfikir kalau tak aku kena balik Perak masuk Tanjung Rambutan... Nasa, ang keja situ lagi? Jaga aku tau...Jangan ikat dan bagi sedatif ok hahaha mintak simpang la...

Kesimpulannya, aku ni nak kata ringan tulang sangat dak le, tapi ....
dan sikap biasa pentadbir suka ambik mudah, asal lepas je jerut di tengkuk. So kalau dah pentadbir kencing berlari, aku ... aku masuk toilet kencing elok2 ish aku kan bertamadun cuma sesetengah daripada kita luaran je nampak bertamadun tapi OUT! Macam ni kita nak wujudkan Mentaliti kelas pertama? Hehehe sapa nak jawab? Jangan salahkan sistem kita kerana masih sekarang belum stabil dan tercari-cari... Jangan nanti aku bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO plak, hehehe aku taknak mewarisi legasi yang aku tak boleh berbangga langsung! Fullstop!

Demikianlah sedikit keGILAan aku di sekolah.

Tiada ulasan: