Isnin, 17 November 2008

Thought for the day

Jika diberi pilihan di antara permata dan kaca, selalunya manusia memilih kaca walaupun di dalam hati masing-masing berkehendakkan permata... Mengapa perkara ini terjadi? Nampaknya bagi aku sendiri sukar untuk menjawabnya kerana aku juga tergolong yang suka memilih kaca walaupun hati aku tahu membezakan di antara permata dan kaca.

Mengapa perkara yang seharusnya menjadi mudah dan terlalu simple tetapi kita selalu sukar membuat pilihan yang tepat? Adakah mata hati kita ditutupi hijab? Mengapa sukar membuat pilihan yang tepat? Adakah ini godaan iblis durjana?

Seumpama kita terbaring di atas permata yang melata, tetapi tetap kita memilih kaca yang akan melukakan kita, tidak kira luaran ataupun dalaman. Mengapa?

Anda mempunyai iman dan kepercayaan masing-masing, maka fikirkan sendiri dengan pilihan yang tepat dan sesuai dengan anda berpandukan iman dan kepercayaan. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.


ANGGUN & UNGGUL
Teringat aku mengenai cerita seorang kawan mengenai kursus anggun yang ingin disertainya tetapi malangnya dia tidak dapat hadiri. Apabila aku membaca buku yang ditulis DR. HM Tuah Iskandar yang bertajuk Membina Jiwa Serasi telah menyedarkan aku bahawa sesuatu perkataan tidak akan memberi pengertian yang mendalam jika kita tidak mengkaji dan menghayati maksud di sebaliknya. Walaupun sebelum ini kita memahami maksud 2 perkataan tersebut tetapi berapa ramai yang mengkaji dan menghayatinya?
Kita tidak boleh mengatakan kita seorang yang anggun hanya berpandukan lahiriah semata, cubalah kita menilai sifat-sifat dan kualiti dalaman kita? Selalunya anggun lebih memfokuskan kepada diri seorang perempuan, tetapi aku suka juga melihatnya sebagai muhasabah diri aku sendiri. Bukan menilai kualiti-kualiti luaran aku sahaja tetapi mampukah kualiti-kualiti memberi impak kepada orang-orang sekeliling aku, untuk memberi impak kepada masyarakat keseluruhannya aku tak mampu rasanya. Sungguh tidak anggun ;)
Setelah kita bermuhasabah diri, nilailah diri kita samada kita seorang yang unggul. Bagi aku keunggulan diri memang memerlukan ditonjolkan untuk dinilai oleh masyarakat sekeliling, bukan kerana riak dan takbur, cukuplah kualiti kita yang baik itu disedari oleh mereka. Kita tidak memerlukan promosi diri untuk disedari oleh mayarakat, lama-kelamaan kehadiran kita yang mempunyai kualiti yang cukup berkualiti dan bernilai akan disedari mereka. Anggun dan unggul kan? Contohilah sesiapa sahaja yang benar-benar dipercayai mempunyai nilai-nilai ini. Yang penting, kita mempunyai iman yang mantap dan nilai diri yang positif yang boleh ditonjolkan.
Kesimpulannya, KACA itu cantik tetapi PERMATA itu lebih cantik dan bernilai. Jadi pilihlah yang tepat walaupun aku selalu tersasar dengan pilihan aku!
Simbahi dan bajai iman dan diri kita dengan nilai-nilai terbaik selain melakukan perbuatan yang baik dan bermanfaat, semoga kita akan menjadi insan yang anggun dan unggul. Insan yang kamil.
Inilah refleksi diri aku dengan perkara-perkara yang aku lalui sepanjang hidup ini dan betapa negatifnya dengan N3-N3 aku yang lepas terhadap sekeliling aku. Apapun hidup mesti sentiasa ceria kerana aku seorang yang anggun dan unggul :)
Demikianlah coretan luahan aku ini...

1 ulasan:

marsha berkata...

Great thought of the day!