Sabtu, 15 November 2008

Keputusan UPSR '08 yang mengejutkan

UPSR 2008... Memang mengejutkan banyak pihak. Sekolah aku telah berjaya melahirkan murid-murid yang telah mendapat keputusan yang stunning. Walaupun aku tak mengajar Tahun 6, aku juga melahirkan rasa syukur Alhamdulillah. Aku pernah mengajar diorang di Tahun 4. Ceh! Ceh!Ceh! Kredit juga untuk diri aku disampaikan oleh aku sendiri hahaha...
Semasa keputusan disampaikan oleh GB aku melalui telefon, wah inilah kali pertama aku tengok Zapura dan Cikgu Karthy melompat-lompat seperti budak-budak... Jangan marah, takpe kerana aku faham masalah dan kesulitan mengajar mereka tahun ni. Dipermudahkan Allah dengan keputusan ini di atas usaha-usaha anda. Tahniah aku ucapkan.
Apa yang penting, mereka semua ni tidak menghadiri mana-mana tuisyen, hanya kelas-kelas tambahan yang dianjurkan sekolah. Usaha mereka amat berbaloi dan terima kasih mempercayai guru-guru SK Tebong. Tiada kemanisan semanis madu tanpa usaha, dan kejayaan ini memberi sejuta erti kepada guru-guru. Terima kasih.

Muhammad Mustapha (4A 1B)

Muhammad Faris Irfan (5A)

Abu Bakar (5A)

Tiada ulasan: