Khamis, 13 November 2008

Jejak kasih 2008

Setelah bersusah payah aku menyiapkan segala kelengkapan, dapatan dan data semata-mata lawatan berkelompok dari Putrajaya dan semua jabatan pelajaran negeri termasuk Sabah dan Sarawak amatlah berbaloi. Lawatan Bahagian Sekolah Harian pada hari Rabu 12/11/08 amat bermakna buat aku. Aku tak sangka salah seorang delegasi ini kawan aku masa Matriks dan kursus persediaan aku dulu! Wah aku tak sangka Fadzli a.k.a Peli ni dah jadi orang besar JPN Putrajaya! Lepas grad aku dah tak penah jumpa dia ni, paling last dengar cerita pun masa dia masuk Maktab Perguruan Perlis dulu thn. 2004. Tak sangka pulak dia cepat sangat naik Jabatan. Rezeki dia apapun.

Hehe aku tak pastilah apa perkara ni menyakitkan hati ataupun buat tak tahu je bila pertemuan kami ni disampuk oleh seseorang entah dari JPN mana, mcm Melaka je boleh cakap "hehe lepas ni senang le naik Jabatan..." Emmm... Aku senyum jela coz malas nak kisah sangat apa yang dia kata. Huhuhu aku bukan jenis nak mengampu naik pangkat! Aku kan suka dengan Teori Birokrasi Max Webber. Mungkin pegawai yang tanya tu naik pangkat ke Jabatan guna kabel kot. Hahaha rezeki masing-masing. Tapi kalau kenaikan pangkat kita tanpa kelayakan dan melalui jalan belakang, sampai bila2 pun kita tak akan kemana-mana dan punahlah aspirasi dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tiada ulasan: