Khamis, 28 Mei 2009

Syyyy.....Aku ada cerita ni...

Nak tau tak cerita aku? hehehe baca la catatan ini yang dicatat oleh aku tentang ...

Periksa Pertengahan Tahun baru saja berlalu, emmm.... hasil keputusan murid-murid amat sederhana. Aku rasa ujian Selaras 1 dulu lagi tinggi arasnya drp Pertengahan nie... Dalam banyak2 ujian (English 4,5,6, Science 3, dan PJK 1 & 4) aku nak tulis hasil jawapan PJK tahun 4 murid-murid aku... Aku suka buat soalan yang meminta pandangan murid-murid mengenai sesuatu supaya perkembangan otak dan minda mereka lebih berkesan (Ye ke?). Aku punya sukala kan, aku yang buat soalan...

Untuk kali ni, sempena sambutan Hari Guru 2009 aku minta pendapat dan pandangan murid-murid Tahun 4 mengenai cara murid-murid menghargai jasa-jasa dan pengorbanan guru-guru mereka. So, bacalah apa yang telah dijawab oleh murid-murid aku (Di antaranya la...) huhuhu

" Saya meg Guru saya megi Guru Adayah yang guru suka guru pun suka saya bagi. saya bagi guru"
Apakah maksud anak murid aku nie??? MEGI??? Ada ke sesape cikgu Tebong dpt MEGI?

"Aku sebuah epal yang akan disambut pada tahun ini".
Lagi haru! Cikgu ni epal ke???? Ke dia nie kebulur nak mentakedarah epal? Yela sampai tulis dalam kertas jawapan!!!

Adoila... ini baru 2 contoh! Takkan la Tahun 4 perlukan pemulihan/pendidikan khas lagi? Yang lebih malang, kedua-dua murid ini boleh membaca dan menulis... Dimana silapnya? Silap aku kerana bg soalan menguji kepala otak mereka??? Ye la sangat....huhu sedih nie kerana pencapaian mereka bawah par! Ada sesape nak bantu?

" Selamat Hari Guru saya sangat Hagah. Jasa awak kau yang menajar ku dari ku pera sampai ke tahun enam tu takkan lupa jasa mu. Sebagai terima kasih terimalah hadia untuk mu selamat hari guru ku takkan lupa jasa mu Selamat hari guru".
Ni sajak ke apa???? Aku pening.... Perlukah aku marah sebab guna perkataan "awak'? Isk isk isk dimanakah U-attitude mereka ni? Kena jadi betul2 Muaddib nie...Takpe terimalah mereka seadanya huhuhu

Dan yang ini memang mengusik hati dan perasaan, jiwa dan raga aku tetapi emosi ku terganggu huhuhu bacalah dengan hati yang tenang dan ingatan aku, jangalah korang gelak sampai pecah perut!
"Cikgu tolong maafkan saya kalau saya buat silap-saya nak ucapkan selamat Hari Guru semoga cikgu gembira selalu dan menjaga isteri dengan baik-baik saya nak ucapkan lagi sekali Selamat Hari Guru dan cikgu gembira selalu. Sampai di sini sahaja".
Wah macam ucapan kat radio! Tapi datang mana ucapan utk isteri aku? Wah begitu mengambil berat anak murid aku nie.... Emmm... aku dah kawen ke? Konfius lak hahaha

Tapi dalam kekabutan aku menanda kertas ni, ada satu kertas yang menyejukkan hati aku walaupun tulisan dia cakar ayam dan ntah ke mana nahu dan tatabahasanya...
"Pada hari guru semua murid memberi hadiah kepada guru yang disayangi saya seorang yang tidak memberi hadiah kepada guru yang saya sayangi saya sedih kerana tidak dapat memberi apa-apa kepada guru yang selama ini mendidik saya terima kasih guru".
Guru-guru bukan mahu hadiah yang diberi murid tetapi perubahan tingkah laku, akhlak, motivasi, kejayaan dan macam-macam lagi dapat menyejukkan hati kita para guru. Tetapi kalau guru yang materialistik, aku tak nak komen la...Kita bukan sahaja sebagai teacher tetapi membentuk tingkah laku, akhlak, kejayaan, kepandaian, insan berguna dll. Kalau sebagai guru sahaja rasanya aku bila bunyi loceng akhir aku terus blah je... Tido lg baik hehehe

Ini adalah sebahagian kecil contoh jawapan yang aku tanda. Ini kertas PJK thn.4. Itu belum aku tambah dgn contoh jawapan English Paper 2 aku...Cukuplah. Nampak gayanya aku dan guru-guru yang lain perlu mempertingkatkan lagi usaha dan pengajaran kami supaya anak-anak murid Tebong tidak ketinggalan dalam pelbagai segi.

Sedih ooo bila fikir-fikirkan balik walaupun sebelum tu aku gelak... Anda bagaimana pula
Utk pengetahuan semua, aku tak edit apa-apa jawapan anak -anak murid aku taw...?

2 ulasan:

nueeunlimited berkata...

keh3x...jwpn yg jaga istri baik2 tuh mesti bukan ditujukan pd ko kot..jgn le prasan. mybe die tuju pada Rais. hehe.. Guru yg die mnt. kui3x...
Yg akhir tu sedeh la kan. sian die nk gak bagi adiah tapi x mmpu...
tapi xleh ke nk pkr cam Zafran n amirul, walopon xde duit nk kasi adiah, diowang leh wat kad dr ketas A4 jek. hehe...

asrulleeban berkata...

hehehe mungkin gak la... terima je la anak murid kita seadanya... ha'ah taun nie byk dpt kad handmade... tapi tak kisahhla asal kita nie diingati kan