Khamis, 26 Mac 2009

Anjakan Paradigma Pertama

Hari ni (26.03.2009 Khamis) aku dan the team hehehe (Helmi, Azlina dan En. Daud (GPK KOKU baru kami telah menghantar 2 pasukan bola baling peringkat Alor Gajah bertempat di SK Ayer Paabas.

Kemampuan Tebong mengahantar 2 pasukan (Lelaki dan Perempuan) amat mengejutkan banyak pihak. Sekian lama sekolah aku nie menyepi dari segala aktiviti ko-kurikular dan akademik tetapi tahun cuba mengeluarkan dari kepompong plastik yang selama nie diwujudkan oleh generasi terdahulu ;) Secara jujurnya, kedua-dua pasukan sekolah aku cuma pasukan belasahan sahaja huhuhu tapi kami positif kerana ini merupakan pendedahan yang penting demi menonjolkan kembali dan meningkatkan kembali nama Tebong di persada dunia secara am peringkat Alor Gajah pun sudah mencukupi.

Walaupun menang di permulaan permainan peringkat kumpulan, secara jujurnya kami terkejut kerana tanpa pendedahan dan fasiliti latihan yang serba kekurangan dan daif! Bayangkan latihan cuma di atas padang bola jaring yang semakin pudar, tanpa kotak D yang jelas, sebatang ranting kayu sebagai penanda kotak D dan skitel sebagai gol. Alangkah daifnya tambahan pula kami tidak menghadiri mesyuarat pengurus dan persediaan mental kami sebagai jurulatih merangkap juruletih yang tidak mencukupi. Walaupun berlaku kesilapan komunikasi mengenai mesyuarat pertama pegurus pasukan, we did well hehehe (kira cukup syarat la...)

Apapun secara jujurnya aku berbangga dengan GPK KOKU baru aku kerana begitu bersemangat dan mahukan latihan yang mencukupi dan mantap. Walaupun aku dan Helmi dah kurang bersemangat untuk menghantar pasukan perempuan tahun depan tetapi En. Daud tetap mahu lakukan juga walaupun tetap menjadi belasahan huhuhu Well, kita perlu lakukan sesuatu untuk anak2 murid kita supaya mereka boleh mengingati sesuatu memori masam-manis semasa berada di sekolah rendah. Seperti aku yang senantiasa mengingati betapa aktifnya aku dulu semasa di sekolah rendah hehehe Rasanya baru kelmarin aku laluinya huhuhu

Tiada ulasan: