Ahad, 1 Mac 2009

Aku, dia dan Maserati


Satu cerita yang aku baca dari orang lain dan diceritakan semula dengan versi aku sendiri....

Seorang anak MUDA yang KAYA sedang memandu kereta yang mewah hadiah bapak dia sempena hari jadi dia baru-baru ni. (Maserati gamaknya kot!) Bapak kaya! Nun di depan sana dia melihat seorang anak kecil sedang menghendap2 di balik sebatang pokok. Apa la yang budak ni nak buat yea, getus anak muda yang kaya ni... Dengan riak dia terus memecut laju tanpa memperdulikan apa yang sedang dilakukan oleh budak tersebut.

Zoooooommmm.... Berdesup dia memecut dengan kereta barunya, tetiba "Ketangggg!!!" bunyi satu hentaman yang kuat mengenai kereta barunya itu. Chesss... Budak ni membaling seketul batu rupanya!!! "Aiyoo... Jahanam kereta aku!" Hati siapa tak mengelegak kalau kereta Masserati kita tercalar dan kemek kan...? Apa lagi dia membrek dengan kuat dan mengundur ke belakang. Dia mendapatkan budak itu. Apalagi anak muda kaya ini mencekak baju anak kecil tersebut lalu memukulnya tanpa kasihan. Kejam betul... "Hei budak! Apa yang telah kau buat hah! Berani kau baling batu ke kereta aku? Kereta ni MAHAL tau... Bapak kau belum tentu mampu menyentuhnya apatah lagi membelinya!" Segala maki hamun sumpah seranah dilemparkan. Kalau boleh semua benda mahu disebutnya. Apabila amarahnya sedikit reda, kasihan jugak budak ni apabila habis bengkak dan luka di'ajar'nya.

Budak itu hanya menunduk dan menangis. "Saya mintak maaf PAKCIK". "Apa dengan maaf boleh mengembalikan keanggunan kereta aku ke hah!?"

"Saya minta maaf, tidak sepatutnya saya berbuat begitu... Tapi saya terpaksa kerana sudah lama saya berada di sini, saya tahan semua kereta tapi takde siapa yang berhenti, huhuhu" Sedih pulak si anak muda ni melihatnya. Lalu anak kecil ini menunjuk ke arah tepi jalan yang terselindung dengan pokok-pokok kecil. Dengan linangan air mata dia berkata, "Itu abang saya, kerusi rodanya terbalik, saya tak mampu mengangkatnya...Tidak terdaya saya." "Boleh pakcik mengangkatnya?" Pinta si anak kecil itu.

Astagfirullah... Lalu diangkat abang anak kecil itu dan diletakkan kembali di atas kerusi rodanya. "Terima kasih, pakcik. Semoga Allah akan membalas jasa baik pakcik dan sejahtera dunia akhirat". Dengan sayu dia memandang si anak kecil itu menyorong abangnya pulang ke rumah. Dia terharu dan menyesal kerana tindakan semberononya itu. Walaupun teruk dipukul, budak itu telah mendoakannya pula.

Dia memandu pulang dan dipenuhi dengan pelbagai perasaan yang bercampur-baur dan persoalan. "Aah biarlah kemek pada keretaku ini, ia akan mengingatkan aku mengenai perkara ini. Ada banyak hikmah barangkali penebus dosa-dosa kecilku, insha Allah".


* Dalam banyak perkara kita selalu alpa siapa kita.
* Riak,takbur dan ujub sentiasa bermain-main di dalam kehidupan kita
* Marah, terburu-buru dan baran sebahagian sifat SYAITAN. Jangan biar Dia menguasai kita.
* Banyak orang memerlukan pertolongan dan perhatian kita.
* Mungkin sesuatu benda itu nampak seperti kecil sahaja TETAPI besar impaknya.
* Perhatikan orang sekeliling anda, mungkin mereka perlu SANGAT2 perhatian anda.

Tiada ulasan: