Ahad, 1 Mac 2009

Sanggupkah anda berada di dalam kasut orang?

Dulu-dulu masa aku tengah belajar peribahasa omputeh jarang aku ambik tau kerana tak ada kena mengena dgn aku. Contohnya "every cloud has its silver lining", "butterflies in my stomach" , "put yourself in others' shoes" etc mcm2 lagi lah... Tapi baru sekarang ni ( tak jugak laa) aku terpanggil nak menulis mengenai peribahasa ni... Kenapa? Adalah sebab2 peribadi hehe

Pas study aku masuk keja sbg kuli yang kuar pagi balik malam huhu tp takpa coz masa tu fikir dpt duit dari titik peluh sendiri yelah selama ni dpt duit my FAMA dan duit PTPTipu jer... Duit tanpa usaha lebih2. Bila dengan bos selalulah ditekankan peribahasa supaya masuk kat dalam kasut orang tapi aku peduli apa sangat coz aku bukan keja deal dgn orang ramai, hari2 ngadap rak cari fail cek pastu simpan balik ops lupa lak bagi officer verified. Itu jer keja aku..... Tapi hakikatnya apa yang pasti, bos2 ni cuma cakap tak serupa bikin! Cakap jer lebih, keja OUT! Mungkin sikap orang Malaysia yang suka ambik ringan (Mcm N3 aku dulu jer!) apabila mengenai sikap jaga hati orang. Yela aku kena tunggu pun lebih 2 jam untuk di interview! Takpala yang penting aku dapat keja tu kan.....

Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri lain pun sama terpaksa menunggu bos sebab bos tengah BUSY. Yeke coz sembang je banyak hahaha eh lari dari topik lak!
Kira ni konflik dalaman diri aku la... Aku tak sampai hati nak meluahkan perasaan GERAM @ sakit hati ke ntah la aku tak boleh nak mengelaskannya. Yela isi butirnya kita tak akan rasa apa orang rasa kalau kita sendiri tidak mengalaminya. Kita mungkin boleh cakap kita merasainya tapi bagi aku itu semua haprak dan kosong je... Contohnya bila kita beli atau apa sahaja dengan kawan kita tapi kita tak mendapat hak yang sama, tentu perasaan sakit ati ada kat dalam diri kita kan... Alhamdulillah aku rasa aku berjaya kurangkan sakit ati aku sikit. Anggaplah ujian Allah Taala. Mcm Grissom (CSI Vegas) kata semasa in memorial 4 Warrick "I'm sorry for your loss" memang tidak memberi makna jika kita tidak mengalaminya sendiri walaupun telah dilatih dan berpengalaman menghadapinya... Rupa2nya kita ni memang penuh hipokrisi walaupun banyak orang banyak tulis dalam profail "tak suka orang yang hipokrit" terutama perempuan! hahaha statement bias dan sexist dari aku.

Yang penting letaklah diri kita di dalam keadaan orang lain seumpama kita bersimpati dengan penderitaan orang Palestin tapi benarkah kita BENAR2 bersimpati @ empati. Hanya diri kita dan Allah Taala saja tau... Jadi anda bagaimana?

Tiada ulasan: