Memaparkan catatan dengan label Aku belum dewasa lagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku belum dewasa lagi. Papar semua catatan

Selasa, 14 Julai 2009

Boringnya....

Lambang Decepticons


Sebab dah tak tertahan nak tgk cerita yg dikatakan oleh ramai orang, aku pun hujung minggu lepas, 12/07/09 pegila tgk wayang citer Transformers 2 nie... Aku mmg minat sungguh kartun sejak kecik2 lagi... Yang sekarang nie ditayangkan balik kat Astro Ceria tue... Keluaran '84 kot tp aku tgk lepas tu la around '86. Tapi yang paling aku suka Tranformers orang yg pakai gelang, bila bersentuhan baru bertukar lori, ambulan, polis jd robot... Apa yea nama kartun Tranformers tu?


So, aku pun beli la tiket kul 5 ptg...


Aku pun tgk cerita nie... Wah mula2 pun dah kejar2 antara Autobots & Decepticons bersama pasukan elit askar serang-menyerang, hentak-menghentak, bunuh-membunuh dll. Ntah tetiba aku x rasa kagum sgt di samping adegan2 klise yg kononnya lawak. Ada org gelak so berjaya la adegan tu aku kira... Aku? Dah leh agak apa akan terjadi... Not impressed me...

Lambang Autobots

Nak tau apa yang terjadi? Aku keluar je dr panggung tu... Sama je bosannya aku hadir ke LADAP sehari sebelum... Minggu aku yang penuh kebosanan... Lagipun aku x tahan dah nak kencing kakaka

Kesimpulan #1, aku x tau pengakhiran citer nie... Kalu x berderai la Asar aku huhu... Layan kartun Transformers kat Astro lg best!

Kesimpulan #2, apa yang dikagumi sebelum nie bila dibawa ke layar perak, jgnlah mengharapkan keseronokan menonton dan ketulenan. Mcm aku x puas hati dgn Star Trek haritu...

Kesimpulan #3, aksi-aksi yang selalu ada kononnya lawak leh kata semuanya dah basi... Ulang dan ulang...cuma cerita je lain... Bosan.

Sabtu, 30 Mei 2009

Apa ada pada nama...

Dulu masa sekolah, cikgu aku penah kata maksud 'apa ada pada nama' semasa membincangkan sastera BM:

1. Nama tidak membawa memberi kesan kepada seseorang
2. Nama tak menjamin keuntungan
3. Tanpa nama pun manusia tetap leh wujud

yang lain2 aku dah tak ingat. Yang aku tulis nie setelah diedit yea oleh aku... Tapi dalam Islam, setiap nama memberi makna dan has something 'in it'. Camana nak cakap a?

Betol tak? Sebab tu Nabi suruh makpak letak nama anak2 elok2 supaya memberi keberkatan, semangat dan jangan memalukan anak2 sebab nama yang hodoh @ buruk.

Nama aku pun kalau penuh ntah apakemaknanya yea? Ustaz2 aku pun taktau nak terjemah tapi masa aku kat UIA dulu kawan aku budak Afghanistan memberi sinar baru ttg nama aku nie. Dia kata nama aku 'Asr kan masa. Frankly, aku mmg ptgkan masa (cara aku la walopon GB aku rajin dok tegur aku lewat, helooo aku sampai sebelum kelas bermula k!) so 'ASR tu kira da tepat la... Tp apa maksud LIZAN? Kekeke sebab nak bg gak makna, LI (harf jar=di,dengan) dan Alif dan Nun di hujung nama aku bermaksud DUA @ KEDUA, so aku dgn suke2 atinya terjemah DI ANTARA KEDUA MASA... Tepat ke tak, aku punya terjemahan kan hahaha...

Oppss... Bukan nama aku untuk N3 kali nie... Tp berkaitan dengan nama sebenarnya memberi kesan dalam sosial life dan perasaan kita. Aku nie banyak nama berbeza untuk dipanggil, samada dalam keluarga, sepupu-sepapat, kawan2 dan colleagues aku...

Dipendekkan cerita, dulu sepupu-sepupu aku panggil aku Jan je (yg baya2 aku dan yang tua drp aku pgl Dik Jan). Aku perasan lama lama dah, cuma tak tau nak wat camana, so lani aku dah ada blog cacamarba aku, aku pun coretlah kat sini. Dulu masa kecik2 dulu hubungan aku dengan sepupu-sepapat aku mmg rapat. Kami membesar bersama... Hasil didikan dan pengaruh Datuk (Chei) aku. Setiap minggu kena berkumpul. Tapi lani, bila masing2 dah besar, kawen dan beranak pinak aku tak rasa kami dah rapat. Ada gap huhuhu... Kesimpulan aku, bila sepupu-sepupu yang dah kawen tak panggil nama aku dah, tapi panggil "pangkat" aku. Bila dah panggil pangkat, mmg ada boundaries yang menghalang. Komunikasi jadi kaku dan stiff. Aku merasakan sepupu-sepupu aku telah "dewasa" dan terus meninggalkan alam 'adik-beradik' yang rapat.Mereka telah dewasa dan ada tanggungjawab lain, jd hubungan juga perlu dewasa. Kadang2 aku rasa ada formaliti di kalangan kami.

Kesimpulannya, hanya aku je yang tak dewasa dan terus mengharapkan alam kami dahulu terus berkekalan. Hanya aku aje yang bersalah kerana tidak dewasa. Teringat aku sajak yang aku deklamasikan dan menang #2 peringkat sekolah rendah aku yang bertajuk "Kedewasaan" nukilan Tongkat Warrant yang sentiasa menerujakan aku! Hanya aku sahaja yang masih belum dewasa...

Faham ke? Hehehe aku punya hal la ;p