Selasa, 28 Oktober 2008

Sikap negatif orang Malaysia


Aku cukup tensen kalu tempat2 yang menarik ni dicemari dengan sampah sarap... Nak kata kat sekolah cikgu tak ingatkan rasa menipu la plak. Yela seingat aku, setiap minggu perhimpunan pagi Isnin memang cikgu-cikgu dok sibuk cakap pasal kebersihan ni... Kat sekolah aku la, kadang2 rasa tak kreatif la plak kekeke ulang benda sama! Tapi biasala budak2 kena selalu ingatkan, kalau tak, emmmm... Mudah lupa. (buat2 lupa?)

Paling aku rasa nak membunuh kalau ada orang baling sampah keluar dari kereta! Ishhh... Sungguh tak bertamadun! Kira tak relevan kalau pakai kereta (bertamadun la kan...) tapi bad attitude bila buang sampah ikut suka makpak dia ja...

Tengok la suka2 ati je buang botol ni kat jalan naik ke Rumah Api Tanjung Tuan. Pandai minum je, pastu tak reti nak buang tempat yang sepatutnya! Marah ni... Tula tangan tak bedung dulu atau kena brain tumor!

Bleh tengok la Pantai Teluk Kemang ni! Kotor betul... ;( Kayu, sampah, botol, plastik, pampers pun ada! Yekk... Aku mandi la jugak, air laut lebih 7 kolah kan hehehe berjuta-juta kolah.

Tiada ulasan: