Ahad, 26 Oktober 2008

Berkembang sikit budak-budak Tebong

Lepas melawat Pulau Pinang, aku bawak la anak-anak murid aku melawat my beloved state tumpah darahku hehehe Sebenarnya aku nak bawak anak-anak murid aku tengok pokok getah paling tua kat Malaysia ala.... yang pertama ditanam oleh Ridley tu...Lupa lak nama dia ;(
Tapi tanpa disangka-sangka aku boleh terlepas pandang lokasinya! Sungguh memalukan sebagai yang pernah membesar dan bersekolah di Kuala Kangsar boleh lupa dan tak nampak pokok ni huhuhu so bad... Tujuan aku nak bawa melawat Kuala Kangsar ni nak bagi tengok tempat-tempat menarik dan bersejarah kat sini, bila diorang melawat Masjid Ubudiah ni, pusing Istana Iskandariah so aku tunjuk la sekolah lama aku...Kira tempat menarik kot kakaka tapi memang tempat yang mendewasakan aku. Aku ni kalau ikut kelulusan Idrisiah supposed to be an ustaz tapi ntahla aku tak ke arah itu, banyak defect aku ni nak jadi ustaz hehehe Apapun, kagum sungguh anak-anak murid aku. Well ingat Melaka best sangat :p ...
Bergambar ramai-ramai depan Galeri Sultan Azlan Shah. Dulu istana hinggap je, bertukar jadi sekolah rendah lani dah jadi Galeri yang best. Aku tak sangka Istana Mazwin ni jadi Galeri akhirnya. Tapi malangnya, masa tak mencukupi tak dapatlah kami melawat tempat ni sepuas-puas hati kami huhuhu Ingat murid-murid, walaupun Melaka banyak muzium tapi tak se-best kat tempat lain especially Perak kekeke etnosentrik sikit kekeke inikan pula tanah tumpah darahku

Bergambar di hadapan Istana Kenangan. Malangnya tengah diubahsuai dan banyak barang sudah dihantar ke Galeri Sultan Azlan. Melawat tapak dan bangunan je la... takpe yang penting kami puas.


Gambar feri yang selama ni murid-murid tengok dalam buku teks dan cerita Anak Mami je hehehe ni tengok depan mata dan dapat naik pulak tu... Pengalaman adalah guru yang paling berkesan. Kira P & P la jugak kekeke Objektif aku tercapai :)
Aku dan associates kiranya telah berjaya buat the greatest ever lawatan luar Melaka dan KL dan siap tido kat hotel lagi dengan bayaran paling minima RM100. Ingat senang ke nak dapat dengan harga murah ni melawat Pulau Pinang dan Kuala Kangsar! Bangga jap kekeke apapun ingatlah pada Allah Taala kerana Dia lah memenifestasikan apa yang dirancangkan. ALHAMDULILLAH :)

Tiada ulasan: