Sabtu, 30 Mei 2009

Apakebendanya la politik Malaysia ni!!!

Komunis... Dah lama tak wujud kat dunia nie, Sosialis je ada...

Aku heran skrg nie pesal la dok heboh pasal komunis? Kan kita dah lama rejek benda alah nie? Leh kata semua negara komunis dah runtuh yg tinggal lani pun yg mengamalkan sosialisme... X faham aku....?

Yg dasat tuh bila "akbar2 utama" (yg dah tak utama da...) dan media elektronik dok heboh pesal ni... Aku pun tak setuju Chin Peng masuk balik Msia ni... Rasanya sejak perjanjian tamatnya PKM dgn Kerajaan Msia thn '88 kot, Chin Peng dah apply nak dpt blk kerakyatan Msia tp x diterima... Kira hang dah buat onar, kalu aku pun xkan approve kan... Patut dia lakukan Bushido sebab dia gagal penetrate pengaruh komunis kat Msia ni khususnya... Baru la pengorbanan dia dan matinya seorang "rebellious" secara kehormat huhu... Ok stop psl Chin Peng yg aku kira hampir 100% rakyat Msia taknak dia balik walopon Tanah Melayu penah jd tanah lahir dia.

Ironinya, aku dok nampak idea 1Malaysia nie cuba diperkukuhkan tetapi tidak ada kejujuran untuk melaksanakannya... Sbg Rakyat Msia aku setuju idea ni sejak aku sekolah menengah lagi, tp ntah la kenapala sekarang nie aku cukup x pecaya dengan orang yg diberi (diberi ker???) tanggungjawab tu huh? X yakin langsung dgn kejujuran diorang nie...

Sok ari Ahad 31 Mei pilihan raya Penanti... Adakah sentimen komunis ada kaitan dgn pilihan raya ni? Walopon BN tak bertanding, munculnya isu havoc ni dari sana kan... Maafkan aku kalau aku salah... Dan mengenai Penanti, aku dok nampak Kak Min tu bukanlah seorang politikus yg ikhlas dan berkarisma. Niat asal pun dah nak burukkan orang lain... Eiii... Jangan la menambahkan buruknya politik Msia dan perangai politikus Msia yang busuk lg membusukkan (yg ikhlas berpolitik di landasan Lillahitaala aku sokong) umpama kegeli-geleman aku membaca buku SHIT yg tak mampu aku habiskan... Yg penting JANGAN PERCAYA DGN KAK MIN YANG HAPRAK TUH!!! Dia la ular yg mematuk dan bukan spt perumpamaan Melayu Ular menyusur akar takkan hilang bisanya... Hehehe tak kena dgn N3 aku la plak perumpamaan ni!

In conclusion, jgn lah percaya lg dgn isu yg tetiba diwujudkan... Aku bosan!!! So, kepada sesape yg teruja dan tetiba semangat nasionalisme dan patriotisme membuak-buak, kaji balik... Apa asal perjuangan kita... Dan yang paling penting, Aku mmg Rakyat Malaysia yang PRIHATIN dan semangat patriotik aku usah dipertikaikan lagi!!! Wa aini Malaysia :)



RASUAH...HAPUSKAN MEREKA!!!

Bila Majlis apa ntah kebenda PEKEMBAR (sape tau ni la nama asal UMNO tp aku rasa pemikiran org Melayu yg terjajah merasakan nama nie tak glamer so ditukarkan ke UMNO yang lebih "civilized" dan "westernized") mengumumkan sesiapa yang kena tuduh ambik rasuah patut di ambil tindakan dgn menggantung keahlian whatsover denda sekali pun, bg aku diorang patut dikenakan hukuman gantung mandatori je... Tak layak idup. Ngabiskan beras je dan duit rakyat masuk kantung sendiri... Aku tetap mencurigai apa sahaja mereka buat kononnya demi rakyat... Aku bg contoh la, jalan dari Batang Melaka-Selandar-Rim-Jasin la... Turap baru tp sekerat jer tak sampai 10m! Sekejap ada sekejap hilang... Patut mereka yg buat keje2 haram nie dihapuskan!!! Sape nak jawab? Bagi aku, Ali Rose sila jawab!!!!!

Emmm contoh lain yg aku kenal nama dia Muhammad (nama dah sama mcm nabi tp perangai mak aiii umpama langit dan bumi dgn sifat nabi!) Layak sangat dia ni dikenakan tata tertib dunia (akhirat Allah punya kerja)...

Aku nak a free rasuah state dan negara... So ambitious & Rebellious aku nie menuju Utopia State aku...

1 ulasan:

asrulleeban berkata...

Alhamdulillah Kak Min tak menang... Kalu menang mau barisan UMNO bersorak tak hingat!

Sorang member aku cakap pasal aku wat entry guna tulisan bsr2... Saja je sbb rasa puas kot leh luahkan perasaan terbuku di hati aku... Aku punya suka la... :p