Rabu, 15 April 2009

Stargate: Realiti @ Ilusi



Stargate... Apa tu? Itu cerita filem? Cereka? Tahyul?
Hehehe orang Melayu kan ke suka benda2 mistik ni... Pembetulan... Bukan orang Melayu sahaja tetapi setiap bangsa di dunia ni suka benda2 misteri dan tahyul mengikut pandangan @ konsep budaya yang mereka hidup. Cuba tanya orang putih sekalipun, mereka MESTI ada sesuatu konsep misteri tersendiri. tengoklah Werewolf, Vampire dll.

Jika selama ini kita selalu didedahkan dengan cereka2 fiksyen ini dan bagi aku sendiri merasakan ia cumalah mitos moden dan mungkin falasi moden? Tidak aku ketahui... Jumper, Time Machine, Time Tunnel, Back to Future hanya dinamakan sebahagian merupakan cereka yang berjaya menarik perhatian dan menjadi box-office terutama filem kesukaan aku Back to the Future lakonan idola orang putih pertama aku Michael J. Fox :) Sejak dari dulu lagi, saintis barat cuba dan terus mencuba untuk melangkaui masa dan berundur ke belakang. Adakah semua ini benar dan boleh berlaku?

Jika dahulu aku cukup sketikal mengenai perkara ini, dan agak tidak mempercayainya. Mana boleh kita merentasi masa bukan? Sudah lama aku memegang kepercayaan ini di dalam diri aku dan aku rasa ramai juga berpendapat begitu. Siapalah kita jika ingin menandingi kebesaran ilmu Allah SWT... Betapa kerdilnya kita dibandingkan denganNya. Jika penafsiran Surah Al-'Asr secara harfiah memang masa tidak dapat diundur atau dipercepatkan tetapi bolehkah kita merentasi masa dan ruang? Rasanya belum ada kajian yang benar2 kukuh mengenai ini lagi.

Tetapi sejak akhir2 ini, aku rasa aku telah mengubah sedikit demi sedikit kepercayaan aku mengenainya... Terdapat kebarangkalian kita mampu merentasi masa. Mungkin Orang Melayu boleh mengubah dunia dan kefahaman ini? Sebenarnya masyarakat kita sudah lama terdedah mengenai perkara ini cuma belum dibukukan dan dijalankan kajian yang benar2 menyeluruh dan diiktiraf. Pernah anda mendengar budak2 kecil selalu hilang dari pandangan dan lebih dikenali disembunyi bunian? Tiba2 melangkah ke alam yang jauh berbeza dengan kita dan kabur. Mengikut pandangan seseorang yang telah "memaksa" aku menerima perkara ini sebagai fenomena alam, mereka ini telah melangkah masuk ke dalam salah satu pintu2 "stargate". Memang diketahui bahawa jin dan bunian berada di dunia ini tetapi mereka berada di dimensi yang lain. Maka mereka yang terbawa masuk ke dimensi yang lain akan menemukan perkara2 aneh dan sangat berbeza dari dunia kita. Adakah ini benar? Sebab itu jika kita berjumpa bomoh, maka akan dijawabnya mereka yang hilang memang ada cuma tidak dapat dihubungi secara nyata. Sebab itu tidak lama kemudian mereka ini ditemukan kembali di belakang rumah, di atas pokok, di bawah tangga dan sebagainya di tempat mereka hilang atau di tempat yang lain. Mereka telah melalui masa dan ruang yang lain. (Time & Space)

Berbalik persoalan tadi, mengapa kita Orang Melayu yang telah sekian lama di"sembunyi"kan hantu @ bunian tidak membuat kajian mengenai ini. Malahan kita hanya menerima ini sebagai misteri bukan sebagai misteri fenomena alam yang memerlukan kajian untuk dibuktikan. Dapatkah kita membuktikan bahawa Dimensi ke-5 itu benar? Sebagai contoh, jika seseorang disembunyikan di belakang rumah akan mengalami dan melihat persekitaran yang berlaku (di alam yang lain @ dimensi ke-5) tanpa dapat berinteraksi dengan sekeliling.

Jika benar hadis ini (aku tak dapat memetik dari mana hadis ini diriwayatkan kerana aku juga memetik dari kata2 orang yang menyandarkan kepada Rasul Allah SAW), maka kukuhlah pendapat ini (tulisan aku) mengenai perkara ini bahawa pada zaman Rasul Allah telah berlaku hujan yang lebat, para sahabat telah menunggu baginda di masjid, tetapi kehadiran Rasul Allah ke masjid tanpa basah sedikit pun telah memusykilkan para sahabat dan mereka bertanya kepada Rasul Allah tentang perkara ini, maka dijawab oleh Rasul Allah SAW terdapat banyak jalan selain daripada jalan yang biasa. Mungkinkah Rasul Allah telah melalui salah satu portal untuk ke masjid? Aku tak tahu, Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada kaitan juga dengan ilmu kebatinan @ metafizik orang Melayu iaitu "Ilmu Lipat". Dengar khabarnya, mereka yang mempunyai ilmu ini (dianugerahkan) akan dapat berpindah/bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jadi, orang2 ini mampu bersolat Subuh di Masjid Negara dan Zohor di Masjidil Haram... Wallahu alam.

Sesungguhnya fenomena kejadian alam ini terlalu banyak yang belum kita ketahui dan terbuka untuk perdebatan dan kajian. bagi aku sendiri rasanya setitis ilmu pun belum ada jika hendak dibandingkan lautan ilmu Allah Taala. Alangkah bestnye jika aku pun mempunyai kelebihan ini. Hehehe sebab Allah sudah mengetahui sifat makhluk yang lemah dan akan lupa diri maka aku tidak dianugerahkan dengan kelebihan ini huhuhu...

Jadi kesimpulannya, fenomena lubang cacing (wormholes) di angkasa juga bukan sesuatu yang mustahil dan mungkin wujud jika peristiwa Israk dan Mikraj telah membawa Rasul Allah melaluinya bertemu Allah Taala di Sidratul Muntaha? Allah Maha Mengetahui. Subhanallah.

Adakah aku berlebih2 atau sudah terlalu jauh terpesong? Kita perlu berkongsi pendapat dan pandangan kan...

Tiada ulasan: