Isnin, 9 Mac 2009

A day I met Bibik Neo in person

Pernah lihat nyonya ini? Jika anda hidup sebagai kanak-kanak selepas zaman 90an mungkin anda tidak pernah melihatnya di tv. Sitkom lawak keluarga Baba dan Nyonya. Aku suka jugak la sitkom nie... Menunjukkan salah satu dimensi dan hakikat etnik yang ada di Malaysia. Bibik Neo rasa namanya. Dah lupa kerana rancangan ni telah lama tidak ditayangkan, mungkin sepuluh tahun lampau...

Salah satu pembuka selera merangkap pencuci mulut yang best. Cendol gula melaka. Secara asasnya, cendol tetap sama (cendol mamak pun best gak, tapi yang nie menggunakan gula melaka so rasanya lebih manis dan mempunyai aroma yang unik. Cubalah!


Pada 8/3/2009 aku telah membuka lembaran sejarah aku sendiri... Bacalah coretan aku... Selepas berjamu selera di restoran nie, apa lagi aku & Azrul ambil gambar bersama tauke restoran tersebut. Restoran Kapitan yang terletak di Melaka Raya. Walaupun mahal sikit, tapi bernilai dengan duit anda. Promosi percuma untuk kedai ni... Jika seseorang atau sesuatu layak dipuji maka hendaklah kita memberikan kredit, usah difikirkan ego kita, tak kemana pun...
Haaa inilah rupa sebenar tauke restoran ni dan master chef. Masih tak kenal siapa dia? Dia lah yang berlakon menjadi Bibik Neo (gambar di atas) atau nama sebenar En. Kenny Chan. Mungkin aku akan sampai lagi ke kedai dia, suatu hari nanti. Kesedapan masakan asli Baba Nyonya usah dipertikaikan. Memang the hottest and the best I ever tasted.

2 ulasan:

nueeunlimited berkata...

ehem..lain kali nk g mkn ajk la yek.hehe..da cuba restoran ole sayang?? kat melaka raya gak.. not bad. cendol die pon best..yummy

asrulleeban berkata...

ok... suka sgt nak try mknan baru nie...xpe, nnt leh wat family tebong kat sana lak k... x sabau rasanye hihi