Parti Islam Se-Malaysia
Parti Keadilan Rakyat Malaysia
Parti Demokratik Rakyat (DAP)
Barisan Nasional
Hai... Walaupun aku ni bukan la sangat suka nak tulis pasal pilihanraya ni tapi tiba-tiba aku tepu nak tambah apa kat blog aku ni so aku nak letaklah antara gambar parti-parti yang bertanding pada PRU 12 ni. Aku tak mau lah letak komen-komen yang melampau kat sini well nanti tak pasal-pasal nama aku dan blog aku kena banned dan turut diperkatakan oleh MPs kat dalam Parlimen. MPs kan tak suka bloggers yang kutuk depa kalau puji melambung mau depa alu-alukan... Dah nama adat manusia, suka dipuji benci dikeji tapi selalu depa lupa sebelum naik dulu dok suruh orang ingatkan dia.Nanti kalu rajin aku tangkaplah gambar-gambar perang poster pilihanraya kat kawasan aku tinggal ni...Biarla aku bagi tau yang sememangnya tak best dan happening langsung perang poster kat tempat aku tinggal ni....Membosankan. Nampak sangat dominasi satu parti aje, parti apa? Tak cakap pun hangpa dah tau kan....Parti yang dialu-alukan oleh orang kaya. Business comes first than baru kebajikan rakyat dilihat secara surface.
Dulu-dulu akau tak nak berapa faham sangat bila orang dok kata prinsip matlamat menghalalkan cara tapi sekarang ni bila dah agak mature taula sikit-sikit politik ni baru nampak apakebendatu... Tapi konklusi aku yang berat sebelah ni ialah bila orang tu dah jadi politikus dia akan menjadi BUKAN diri dia yang sebenarnya dan melanggari prinsip-prinsip yang disebut-sebut dulu. Kalau belajar dulu-dulu selalu disebut 'ends justify means' tapi aku ingat lagi bila ada orang-orang dari satu parti tu cukup melenting menafikan yang mereka ni telah dan sedang guna prinsip Machiavelli! Heloo... Dah masuk politik kenalah faham sepak terajang politik ni kan? Kalau tak The Prince takkan tercapai hajatnya hehehe...Jangan jadi politikus yang tak matang yang sepak MP pesaing dia (aku tak mau kata pembangkang sebab dia pun pembangkang untuk negeri tu kan...sedarlah diri tu kan) Lihatlah bila kita tidak ikhlas menunaikan amanah yang rakyat bagi dan menafikan hak rakyat tambah lagi kalau makan benda yang bukan seadilnya dan sewajarnya, bertambahlah busuk dan hitam hati pemakannya. Lahirlah tingkah laku dan perangai kita yang kurang ajar. Teringat kata ustaz aku dulu betapa susahnya nak bersikap adil ni, bukan setakat dengan perkataan tapi meliputi semua aspek. Yela nak kena meletakkan pada tempatnya...Terlalu luas skopnya tetapi amat tegas pada dasarnya.
Kadang-kadang aku nak juga merasa macam mana sistem demokrasi dan undang-undang negara lain. Nak buat macam mana kalau duit pun tak cukup nak melancong tengok negara orang. Baca jelah. Banyak membaca luas pandangan kan... Sikap keterbukaan negara-negara luar terhadap sistem pemerintahan mereka kadang-kadang aku kagum gak, tapi biasalah ada juga kekurangannya. Hujan batu di negara sendiri kan.
Tapi di Malaysia kita ada kekangan yang tersendiri kerana mempunyai Sistem Raja Berpelembagaan. Raja masih di puncak hierarki negara walaupun dikatakan tidak mempunyai kuasa eksklusif. Sebagai orang Melayu aku masih memegang prinsip tiada Raja yang boleh diderhakai. wujud Melayu sebab kita masih mempunyai Raja yang Berdaulat. Kita tak mahu menjadi seperti United Kingdom, Raja dan Ratu cuma sebagai simbol negara sahaja. Orang Melayu mesti memegang prinsip bahawa Raja-raja melambangkan survival kita yang amat penting kita pertahankan. Jadi, inilah jati diri kita, sebahagiannya. Cuba kita lihat negara-negara yang tidak mepunyai raja dan berbilang bangsa, suasana dan perasaan ini tidak wujud sama sekali. Seorang Presiden tidak sama dengan seorang Raja.
Di sini aku juga ingin menyatakan perasaan aku yang aku risau Amerika Syarikat akan terlalu gembira apabila Presiden Cuba, Fidel Castro dah melepaskan jawatan dia... Kuasa check and balance untuk benua Amerika akan terjejas. Bagi aku dia seorang yang kuat semangat walaupun keras caranya, berani dan berpandangan jauh. Berani melawan US walau pun pelbagai ancaman yang diterima oleh Cuba. Aku kagumi sebuah negara yang kecil dan miskin di mata dunia boleh menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi secara percuma dan rawatan kelas pertama secara percuma juga... Bukanlah aku ni seorang komunis tetapi aku rasa tak salah bagi aku nak menzahirkan apa aku rasa. Dia bukan seorang komunis cuma sosialis. Terlalu besar perbezaannya. Kenapa banyak negara termasuklah negara kita tidak mampu berbuat sedemikian? Sebabnya, kita terlalu terpengaruh dengan konsep pasaran bebas dan berasaskan keuntungan semata-mata. Kalau nak kata kita tidak bebas dalam prinsip ekonomi, mengapa kenaikan harga barang, minyak dan keperluan harian terus meningkat? Mengapa negara membangun seperti Venezuela mampu memberikan harga minyak yang rendah untuk kegunaan rakyatnya? Venezuela juga seperti Malaysia sebagai negara pengeluar minyak. Keanggotaan dalam OPEC jangan kita jadikan ukuran, yang penting usaha kita untuk meringankan beban rakyat seperti aku yang marhaen ni...Kita perlu mengubah sukatan mata pelajaran Ekonomi sekolah dan universiti lah jika kita berterusan mengalami masalah ini. Kita terlalu mudah mengalah dengan tekanan ekonomi tanpa dapat mengawalnya secara baik.
Berbalik kepada Castro,dia telah melepaskan kuasanya kepada adiknya Raul. Nampaknya Raul seorang agak lembut pendekatannya berbanding abangnya, Fidel. Kadang-kadang manusia ni mudah lupa dan alpa mempertahankan prinsip baik yang ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu. Contoh mudah betapa takutnya Orang Barat terhadap Gamal Abdul Nasser kerana beliau seorang yang berani melawan dengan kuasa barat dan MENANG dalam perang mengambil alih Terusan Suez dari penguasaan British. Tapi penggantinya selepas itu, Anwar Sadat telah melanggari usaha dan cara-cara Abdul Nasser yang amat anti Barat dan Israel telah menanda tangani perjanjian perdamaian dengan Israel dan Barat. Bermulalah kejatuhan orang Islam dan kepimpinan dengan keduniaan. Dunia oh dunia... Kita perlukan seorang mujaddid siasah dan kepimpinan. Zaman aku sekolah dulu selalu diwar-warkan bahawa kemungkinan seorang mujaddid ini akan dapat dilahirkan di Asia terutama sekali Asia Tenggara, nampaknya kepudaran itu lebih menonjol!
Aku beranggapan kita harus memilih pemimpin yang mencukupi kriteria-kriteria seperti yang telah Islam tetapkan. Janganlah mengundi PARTI tetapi calon yang berwibawa. Bagi aku berdosalah kita jika kita mengundi orang tidak mencapai kriteria dan kepartian kerana kehancuran akan melanda. Jangan undi calon yang korup dan tidak amanah dan yang penting sekali mestilah seorang yang Islam dan Adil. Tetapi bagaimana pula jika seorang itu tidak mengundi? Berdosakah dia? Apapun up to you....U decide what best for you.
Berbalik kepada tajuk yang aku berikan hehehe adakah pemimpin kita hari ini seorang pengganti yang berwibawa dan baik, atau memang benih yang baik dan dilahirkan sebagai pemimpin berkarisma ataupun seorang yang haprak! Tong kosong tiada isi, bunyi je lebih itu dan ini...hasilnya hampeh! Oink! Oink! Oink! Oi! Oi! I luv that...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan