Jumaat, 28 Mac 2008

Benda bodoh aku buat harini hehehe

Dah lebih seminggu aku tak menulis...Biasala kadang-kadang terlalu sibuk dan kadang-kadangnya terlalu malas nak tulis... Jadi, apakah pilihan anda? Ada pilihan lain? Terpulang kepada diri kita sendiri nak memilihnya hehehe :)

Ini berkaitan dengan hobi aku...Hobi? tak kot, aku rasa tabiat buruk aku iaitu suka mengorek telinga hehehe nak buat macam mana dah gatal kan... Resdung rasanya. Kalau tak buat benda ni dalam sehari rasa tak lengkap je tugas seharian aku hehehe. Kira something is missing la... Ish ish ish jangan buat selalu tau kerana sungguh tidak digalakkan, pesanan ini dibawakan khas oleh penulis blog ini setelah kejadian yang berlaku pada pukul 2.33 petang hari Khamis 27 April 2008.

Seperti biasa selepas balik sekolah je aku akan melakukan rutin seharian seperti di atas... Dalam kenikmatan aku melakukan aktiviti, tiba-tiba aku diganggu dengan kejadian cotton bud tu tertinggal dalam telinga aku! Mak oiii... Bergegas aku pergi ke Klinik Komuniti Selandar. Dengan tergesa-gesanya aku masuk ke Bahagian Kecemasan. Tak rasa macam siri ER pun! Hehehe aku bukan rajin masuk hospital. Dengan kelam-kabut aku tanya kat Misi yang jaga kaunter, lebih kurang macam ni ayat yang aku ingat... "Telinga saya ada cotton bud!". Dengan blur dia jawab, "Kat sini kami takde cotton bud!" Aku...??? Perlahan sangatkah ayat aku tadi? Laju sangat ke? Aku tak rasa aku bercakap dalam loghat tempat aku....Konpius gak aku, jadi aku pun ulang pernyataan aku dengan ayat yang lebih tersusun dan tiap patah perkataan aku tutur dengan lebih jelas dan satu persatu. Akhirnya dia faham dan menyuruh aku mendaftar. Ceh aku ingat tak perlulah daftar kerana kes aku ni kira terpencil la kan... Dah prosedur lagipun aku bukan pernah masuk hospital, cuma pernah buat pemeriksaan kesihatan je (medical check-up). Memang blur abis.

Bila dah bagi IC kat kaunter, dah abis isi borang dia tanya aku ni kakitangan kerajaan atau tidak. Aku jawablah a'ah kakitangan kerajaan. Dia tanya mana GL...Aku mana la sempat nak pergi balik sekolah ambil, kira kes emergency kan...Dah tu dia dok ulang nanti kena bayar... RM1 je kan? Tapi aku tak bayar pun sebab dia dah tulis kakitangan kerajaan. Rasanya dah tak ambil kot GL dari sekolah hehehe. Biarlah... Aku pun pergilah tunggu kat tempat menunggu. Ada empat orang, alhamdulillah tak ramai. Lepas diambil tekanan darah dan misi ni tulis apa entah pada kad laporan (aku belum tulis lagi kad laporan anak-anak murid aku hehehe) aku dipanggil masuk ke bilik rawatan. MA ni tanyala aku apa masalah aku. Aku jawabla cotton bud ada dalam telinga, lepas dia istighfar dia boleh gelak-gelak kat aku! Ceh! Malu aku jap. Haa ini pandai tegur murid-murid je hehehe. MA ni periksalah telinga aku seraya (klasik plak perkataan ni) berkata "Ini ok aje, tak dalam sangat, pergi ambil ubat dulu, lepas dua orang pesakit ni saya rawat kat bilik depan". Hai kena tunggu lagi...Bilik depan? Bilik apa lagi?

Lepas ambil ubat titis telinga, aku pun tunggulah MA ni keluar dari bilik rawatan, mujur tak lama sangat... Selepas beberapa ketika, dia panggil aku ke bilik ER yang ada katil putih panjang dan alatan kecemasan, mujur dia tak suruh baring kat atas katil tu. Dia minta misi suluh dengan lampu suluh ke dalam telinga aku, cesss tak sampai 5 saat, dia guna penyepit kecil boleh keluarkan cotton bud dari telinga aku... Alhamdulillah walaupun aku kena tunggu lebih setengah jam untuk rawatan yang tak sampai 5 saat. Apakah saranan Menteri Kesihatan yang baru ni agar rawatan dan waktu menunggu dipercepatkan menjadi 30minit dari 50min? Mungkin juga, tapi...dalam tak ramai pesakit pun aku kena tunggu 30min. Takpelah yang penting aku selamat :)

Perkara berkaitan birokrasi ni payah sikit nak membahagiakan semua orang. Anjakan paradigma memang perlu dalam semua perkara. Kalau nak ikut apa yang disarankan oleh Max Weber pun dikatakan tak lengkap, so apa lagi aku yang kerdil ilmu ni. Jika sesuatu itu terlalu sempurna dapat dicapai, rasanya ada yang tak kena je. Hanya Yang Maha Pencipta Tuhan sekalian alam sahaja yang Maha Sempurna.

Bila sampai ke rumah, Azrul ketawa berdekah-dekah tak ingat! Ceh, bagilah simpati atau berasa empati kat aku ni hehehe.

Selepas tu, aku dengan dia pun bertolak ke Alor Gajah nak ambil duit elaun sebagai kerani SPR yang mungkin the first and the last...

Selasa, 18 Mac 2008

Catatan seorang guru berkelana

Lama dah aku tak menulis... Yela bila balik kampung hubungan aku dgn dunia tanpa sempadan ni macam terputus je... Rasa macam tak tau nak tulis apa sedangkan masa kat kampung hari tu byk idea dok masuk dalam kepala ni, tp ntah bila balik Melaka ni rasa hilang...Aku perlukan fokus semula kot hehehe.

Biarlah aku menulis diari apa yang aku buat sekembalinya aku ke sekolah kesayangan aku ni... Aku sayang sekolah tapi adakah sekolah dan segala isinya menyayangi aku seperti mana aku menyayangi sekolah dan isinya? Pertanyaan biasa apabila manusia berasa tidak selamat hehehe ntah aku pun dah lupa perkataan yang sesuai untuk perkataan ni. Manusia mudah lupa. Insan kan bermaksud lupa, jadi ingat-mengingati Allah dah tekankan dalam Al-Quran. Orang-orang yang selalu ingat-mengingati sentiasa mendapat rahmatNya dll. Emmm betul ke aku menyayangi SANGAT sekolah? Rasanya.

Bila buka je sekolah hari Isnin hari tu aku tidak menjadi guru kerana aku menghantar murid-murid aku ke Kejohanan Olahraga MSSM peringkat Alor Gajah 2008 kat Stadium Hang Jebat. Besar gak stadium ni tapi hehehe tak SANGAT digunakan kerana team bola sepak bukanlah favourite team nak duduki tempat teratas carta liga. Koordinator untuk Olahraga ni pun cakap benda yang sama hehehe sinis tapi aku senyum la sebab aku bukan orang Melaka. Tak tersentuh pun lagipun aku bukan tahu sangat pemain2 bola sepak ni... Hari tu masa hantar budak rehearsal perbarisan pun aku tak kenal pemain2 ni walaupun lalu sebelah... Nak buat camana aku bukan groupie tak tahu hala. Dulu jumpa Amiza Adnan, Sani Sudin dll aku tak la menggatal nak sain autograf. Buat apa bukan aku la nak membodohkan diri buat mcm ni... Mungkin juga yang aku jumpa ni tak GLAMER sangat, tapi ntah aku ni tak ambil tahu sangat. Tak de masa untuk aku melalak sedih kalau bintang AF terkeluar ke apa... Why bother kan... Orang kata fenomena tapi baik album dan lagu Fenomena Search lagi sedap layan hehehe aku telah rosakkan tape abang aku kekekeke mujur dia tak balun aku dulu... Sayang adik dia walaupun rajin gaduh.

Bebalik kepada cerita aku tadi (diari aku untuk minggu pertama buka sekolah untuk penggal ni), aku hantarlah budak ke stadium untuk dua hari dengan Cikgu Rosman. semangat budak2 ni tapi malangnya apabila kami sampai dahla tersilap tempat parking jauh lak tu... Menapak la kami. bila sampai je acara 100m perempuan bawah 10 dah lepas. Kesian dua orang budak nie tapi untuk acara lain 100m lelaki bawah 10 dan bawah 12 dan 100m perempuan bawah 12 sempat kami daftar... Pengajarannya, datanglah awal hehehe kalau tak makan angin jela...Tapi agak membanggakan juga kerana dua murid aku berjaya sampai ke separuh akhir! Tak pernah training ke apa tapi boleh sampai tahap ini, bangga la juga tapi kalau buat latihan sikit dan bagi pakai kasut spike mau leh jadi juara hahaha...Sian sangat kerana diorang ni tak pakai kasut spike tapi nak buat macam mana sekolah tak sediakan. Nak suruh aku order guna peruntukan PJK dah tak sempat... Nasiblah. Tapi aku balik awal kerana budak2 separuh akhir ni Cikgu Rosman yang uruskan. Paling penting kalah pun tak apa asal budak2 ni diberi pendedahan. Ayat biasa cikgu2 guna. :)

Untuk hari kedua aku bawalah budak2 pergi ke stadium untuk acara 200m lelaki dan perempuan bawah 12. Seperti biasa sampai lambat dan acara perempuan tak dapat masuk hehehe salah cikgu lagi sampai lambat. Dan nasib tidak seperti semalam, murid2 aku aku kecundang seawal saringan lagi. Tak apa asal dapat pendedahan :p
Duduk lama2 kat situ pun boring gak tengok acara orang je hehehe tapi jam masih awal. 9.15pg takkan nak balik dah. Kat rumah pun budak2 ni tskde siapa, mak bapak semua kerja. Nak balik sekolah lagilah rugi hehehe aku kena ajar sebab plan awal aku nak rilek2 hehehe so bila jam pukul 10pg aku pun bawalah budak2 ni pergi Taman Botanikal Ayer Keroh. Mmg budak2 ni suka, aku pun suka. Nak joging petang2 pun jauh maa... Hehehehe kami pun bergambar dan menghabiskan masa kat situ 2 jam jugak le... Tengok pokok, monyet, kera dan tumbuhan2 unik. Nanti aku rajin2 sikit aku post dalam blog aku. Rajin. Aku dan budak2 ni pun masuk ke Kampung Buku yang berada dalam taman ni. Cantik tempatnya... Aku komen nnt.

Esok (Rabu 19 Mac 2008) aku akan menjadi guru semula hehehe dan Khamis cuti la plak. Best gak kalau setiap minggu ada cuti tambahan. Cuti je orang ingat tapi lupa yang hari Khamis tu Hari Maulidur Rasul! Sekolah aku mendapat seorang guru baru sebagai GPK KOKU. Aku tak jumpa lagi dengan dia ni so aku tak bolehlah nak buat penilaian hehehe macam bagus aku ni... Harap dia seorang yang ok dan menariknya dia seorang guru Bahasa Inggeris. So nanti sekolah aku akan ada 3 orang guru BI. Tapi ada kemungkinan yang tak sedap juga iaitu mungkin dia pengganti Cikgu Karthy yang dah minta tukar? OOO No... Kalau GPK berapa sangatlah waktu yang akan dia ajar? Takkan aku nak sapu banyak kelas? Mati aku macam ni... Sekarang ni pun dah banyak waktu aku kena tanggung tidak termasuk kelas ganti.... Kita tengoklah nanti... Eh aku yang kena tengoklah nanti....

Ahad, 9 Mac 2008

Malaysia negaraku

Malaysia selalu berbangga kerana negara kita telah menjalankan proses demokrasi yang dikatakan sebagai terbaik. Ya telah terbukti walaupun masih ada suara2 sumbang. Aku nak komen proses pilihanraya kita ni pun tak layak kerana aku taklah memahami sebaik-baiknya. Aku dulu pun bukan ambil subjek politik ni secara serius, subjek pengenalan je dan aku lebih mengambil banyak subjek sejarah. I like complaining about history. Kita boleh mengambil pengajaran dari sejarah.

Kuasa rakyat telah membara pada pilihanraya yang lepas dan memperlihatkan penolakan beramai-ramai rakyat terhadap pemerintahan BN. Kita boleh lihat trend pengundi bandar telah menolak kebanyakan calon2 BN. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah kenaikan harga minyak dan barang yang terlalu mendadak dan melulu. Itu pasti dan dibantu dengan faktor2 lain seperti HINDRAF, KJ, kelemahan pentadbiran, Anwar Ibrahim, kes mengatur hakim, kronisme dll. Kalau dulu Dr. Mahathir cukup melenting jika orang bercakap mengenai kronisme, nepotisme dll tetapi dia juga sekarang memperlihatkan kecenderungan mengutuk pemerintahan Pak Lah yang menjurus ke arah yang sama cuma dalam era Pak Lah perkara ini lebih menonjol. Jadi sama2lah kita lihat terutama kabinet baru Pak Lah dan kabinet baru negeri terutama negeri2 baru yang ditadbir BA terutama Perak negeriku, Pulau Pinang dan Kedah. Semoga tiada kekacauan yang berlaku nanti oleh orang2 yang ekstrem dan bodoh berpolitik. Jangan bertuhankan nafsu dan pangkat semata-mata. matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Aku melihat perubahan kuasa ini sebagai sesuatu yang mempunyai pro dan kontranya. Terus terang aku sedih apabila kampung yang harmoni dan permai telah dicemari oleh "rampasan kuasa" oleh penyokong BA daripada pentadbiran JKKK yang lama. Mereka ini gilakan kuasa dan telah menyuruh JKKK dan sekutu mereka mengangkut keluar barang2 dari dewan, surau dan tempat2 yang berkaitan. Mereka ini lupa yang tempat begitu merupakan hak rakyat tanpa mengira parti dan agama. Yang pasti daripada sumber2 yang aku ketahui, mereka ini telah dihasut oleh 'orang luar' untuk bertindak sebodoh itu. Manusia mudah dipengaruhi. Aku rasa perkara ini timbul kerana kerajaan baru lambat ditubuhkan disebabkan oleh perkara2 teknikal. Rasanya dah terlalu lambat untuk mengumumkan tiada perubahan yang berlaku tetapi sekurang-kurangnya perkara ini diumumkan sebaik sahaja kerajaan ditubuhkan. Entahlah aku tak pasti keadaan kampung macam mana keadaan terbaru. Harap keadaan akan menjadi lebih baik dan terkawal.

Semua orang Melayu bising apaabila Dasar Ekonomi Baru akan ditamatkan di Pulau Pinang. Semua? Aku tak pasti yang pasti aku rasa sepatutnya ia ditamatkan sejak 1990. Walau pun dasar itu gagal mencapai matlamat orang Melayu menguasai 25% ekonomi, tetapi sekurang-kurangnya mencapai 18% pada 1990. Tujuan asal dasar ini memang baik tetapi nampaknya selepas 1990 ia lebih ke arah mngayakan golongan yang sedia kaya dan mempunyai peranan dalam politik telah menjadi faktor utama dasar ini dipertahankan. Kita lihat berapa ramai orang Melayu berarak dekat KOMTAR meminta Lim Guan Eng menarik balik dasarnya untuk membuang DEB dalam pemerintahannya. Adakah mereka tahu atau diperdaya oleh pemimpin-pemimpin UMNO? I don't know. Daripada pemerhatian aku cuma beberapa tokoh sahaja yang berjay diLAHIRkan dari DEB ini seperti Tajuddin Ramli dan beberapa nama yang aku dah tak ingat. Mereka berjaya dilahirkan tetapi terdengar juga perkara2 negatif mengenai mereka. Semoga dasar baru yang diperkenalkan ini mampu menghapuskan kalau boleh pengaruh kronisme, nepotisme dll. biarlah kekayaan untuk semua dan kita dapat menikmatinya. jangan jadi seperti Masjid Kristal di Terengganu, enak di mata tetapi taraf kehidupan rakyat di Terengganu masih di bawah paras kemiskinan.

Aku bukanlah seorang penentang, tetapi berharap perubahan akan sentiasa membawa kesan negatif. Aku bukanlah penyokong DAP tetapi konsep satu Malaysia yang diperjuangkan oleh Tun Onn Jaafar akan dapat direalisasikan. Kita sebagai bumiputera janganlah sentiasa mengharapkan subsidi dari kerajaan sahaja. Jadi kita mestilah menjadi bangsa yang berdikari dan menolong orang lain pula dan menyedarkan betapa kita susah untuk menjadi maju. Insha Allah kita mampu melakukannya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak berusaha mengubahnya.

Rabu, 5 Mac 2008

Favouritism or human attitude???!!



Please listen to my expression and speech....



Aku merupakan seorang cikgu...Statement ni yang mmg orang dah tau kalau baca profil aku. Aku dah rasa apa yang aku bayangkan dulu masa kat maktab menjelma akhir2 ni. Biasalah sebagai manusia biasa kita tak lari dari masalah dan mencari masalah. Nak tau kisah yang tak best ni? Aku yang tulis so aku punya pasal la nak tulis kan...kalau nak atau tak ndak baca silakan ...


Anak2 murid adalah permata walaupun buas dan nakal macam mana pun tetap anak2 murid kita. Bukan setakat buas dan nakal, kalau yang cerdik dan bijak adalah kelebihan dan memudahkan kita. Tak banyak masalah nak mengajar. Tambahan pula aku mengajar kat kawasan kampung (Kampung paling hujung dalam negeri Melaka, banyak cikgu tak nak masuk sekolah aku ni. Dua orang cikgu pindah tapi seorang pengganti pun belum masuk. Kelemahan jabatan atau pengurusan sekolah aku, tak tau la tapi yang penting aku dan guru-guru lain terbeban dengan waktu mengajar yang ekstrem, 35 waktu seminggu tidak termasuk kelas relief)


Menjadi masalah kepada guru-guru kalau anak-anak guru belajar di sekolah yang sama. Samalah apa yang terjadi kepada aku ni...Tak tahulah besar kemungkinan kelemahanaku juga tapi sikap ibu bapa juga menjadi faktor ketidakseronokan aku nak mengajar. Kalau dulu aku boleh mengajar dengan tenang tanpa 'gangguan', tapi kini kadang2 menjadi penghalang aku nak enjoy mengajar. Nak dijadikan cerita ada dua orang anak cikgu aku mengajar. Anak-anak yang bijak tetapi sikap over concerned kat anak-anak mengganggu aku. Bukanlah aku seorang yang garang sangat tetapi perhubungan guru dan anak murid akan terganggu. Nak marah atau sentuh akan menjadi isu. Kadang-kadang dilema gak aku walaupun bukan igauan.


Dipendekkan cerita sebab aku tak suka sangat nak menulis benda2 yang bukan interest aku. Minggu ni adalah minggu ujian bulanan yang pertama sekolah aku. Aku bagilah ujian yang agak susah di mata murid...Walaupun tak susah mana pun sebabnya perubahan format soalan dan kelas. Aku mengajar tahun 4 Bahasa Inggeris. Format soalannya adalah berbeza dari tahun 3 yang lebih senang dan banyak gambar. Dari pengalaman aku selama tiga mengajar tahun 4 perkara ini adalah normal...Murid2 sukar memahami soalan dan mengeluh tetapi ia akan menjadi kebiasaan sehingga penghujung tahun. Memanglah murid-murid akan mendapat markah yang sikit dan ramai yang tidak lulus, selalunya ujian akhir tahun mereka akan dapat mendapat keputusan yang baik dan meningkat. Cuma perlukan masa...Yea perlukan masa untuk mereka membiasakan diri. Aku telah ditegur kerana takut anaknya dan murid yang lain tidak dapat menjawab. Aku jawab ia memang akan dan selalu terjadi sebab perubahan tahun dan format. Risau keputusan anaknya teruk gamaknya... Aku tahulah dia pentadbir. Aku pun ikutlah apa yang disarankan beri soalan yang mudah. Aku harus bersedia menjawab jika perkara ini masuk ke dalam mesyuarat guru-guru hehehe....


Kita terlalu disogokkan dengan markah yang tinggi untuk menjadi cemerlang, tetapi kita lupa bahawa ukuran kecemerlangan adalah berbagai-bagai. Bukan setakat pandai menjawab periksa tetapi sikap yang baik bagai dipupuk angin. Tiada gunanya. Ada ramai anak murid aku yang tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi cemerlang dalam sukan dan sosial. Ada murid aku yang pandai melukis dan bertulisan cantik. EQ dan IQ manusia berbeza. Sebagai contoh kita boleh bagi kuiz pengetahuan mudah untuk menilai tahap mereka.Selalunya anak-anak murid aku akan jawab merapu dan terpesong dari jawapan sebenar. Hehehe orang dewasa juga tertekan jika diberi ujian kalau tak, ramailah yang lulus cemerlang dalam PTK kan...


Kesimpulannya mudah, jika kita merasa tertekan dengan persekitaran dan orang-orangAN, maka kita akan meletakkan diri kita dalam keadaan yang tidak stabil. Hati2 jangan sampai jiwa parah, Hospital Bahagia sudah padat dan kesempitan ruang, jadi jangan tambah lagi satu lagi katil di sana.

Manusia punya hati...



Bukanlah aku ni seorang yang berlagakk tapi kita juga punya perasaan dan hati. Walaupun aku senyap dan malas nak melawan sangat apa orang atas cakap, tapi sampai bila nak pendam kan...
Manusia ni memang la depan mata kita dia "baik" tapi belakang kita siapa tahu. Aku lebih suka kalau orang tu bercakap depan2 aku ni...Tak puas ati lah kalau kita dengar dari mulut orang. Aku tau aku pun manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun aku ni masih baru dalam apa aku buat sekarang. Bukan aku tak boleh adaptasi dengan suasana tapi kenapa orang tak faham kita.?
Ntah apa aku tulis ni....Sebenarnya aku tak sampai hati nak menzahirkan apa yang terselirat di hati aku ni hehehe mau boleh terjerut hati aku dengan apa orang fikir kan...Inilah aku dengan bergayanya berprinsip TIDAK APA ATTITUDE :D

Ahad, 2 Mac 2008

successor@seedling@haprak!!!

Parti-Parti Utama yang bertanding pada PRU ini

Parti Islam Se-Malaysia
Parti Keadilan Rakyat Malaysia
Parti Demokratik Rakyat (DAP)
Barisan Nasional


Hai... Walaupun aku ni bukan la sangat suka nak tulis pasal pilihanraya ni tapi tiba-tiba aku tepu nak tambah apa kat blog aku ni so aku nak letaklah antara gambar parti-parti yang bertanding pada PRU 12 ni. Aku tak mau lah letak komen-komen yang melampau kat sini well nanti tak pasal-pasal nama aku dan blog aku kena banned dan turut diperkatakan oleh MPs kat dalam Parlimen. MPs kan tak suka bloggers yang kutuk depa kalau puji melambung mau depa alu-alukan... Dah nama adat manusia, suka dipuji benci dikeji tapi selalu depa lupa sebelum naik dulu dok suruh orang ingatkan dia.Nanti kalu rajin aku tangkaplah gambar-gambar perang poster pilihanraya kat kawasan aku tinggal ni...Biarla aku bagi tau yang sememangnya tak best dan happening langsung perang poster kat tempat aku tinggal ni....Membosankan. Nampak sangat dominasi satu parti aje, parti apa? Tak cakap pun hangpa dah tau kan....Parti yang dialu-alukan oleh orang kaya. Business comes first than baru kebajikan rakyat dilihat secara surface.


Dulu-dulu akau tak nak berapa faham sangat bila orang dok kata prinsip matlamat menghalalkan cara tapi sekarang ni bila dah agak mature taula sikit-sikit politik ni baru nampak apakebendatu... Tapi konklusi aku yang berat sebelah ni ialah bila orang tu dah jadi politikus dia akan menjadi BUKAN diri dia yang sebenarnya dan melanggari prinsip-prinsip yang disebut-sebut dulu. Kalau belajar dulu-dulu selalu disebut 'ends justify means' tapi aku ingat lagi bila ada orang-orang dari satu parti tu cukup melenting menafikan yang mereka ni telah dan sedang guna prinsip Machiavelli! Heloo... Dah masuk politik kenalah faham sepak terajang politik ni kan? Kalau tak The Prince takkan tercapai hajatnya hehehe...Jangan jadi politikus yang tak matang yang sepak MP pesaing dia (aku tak mau kata pembangkang sebab dia pun pembangkang untuk negeri tu kan...sedarlah diri tu kan) Lihatlah bila kita tidak ikhlas menunaikan amanah yang rakyat bagi dan menafikan hak rakyat tambah lagi kalau makan benda yang bukan seadilnya dan sewajarnya, bertambahlah busuk dan hitam hati pemakannya. Lahirlah tingkah laku dan perangai kita yang kurang ajar. Teringat kata ustaz aku dulu betapa susahnya nak bersikap adil ni, bukan setakat dengan perkataan tapi meliputi semua aspek. Yela nak kena meletakkan pada tempatnya...Terlalu luas skopnya tetapi amat tegas pada dasarnya.


Kadang-kadang aku nak juga merasa macam mana sistem demokrasi dan undang-undang negara lain. Nak buat macam mana kalau duit pun tak cukup nak melancong tengok negara orang. Baca jelah. Banyak membaca luas pandangan kan... Sikap keterbukaan negara-negara luar terhadap sistem pemerintahan mereka kadang-kadang aku kagum gak, tapi biasalah ada juga kekurangannya. Hujan batu di negara sendiri kan.
Tapi di Malaysia kita ada kekangan yang tersendiri kerana mempunyai Sistem Raja Berpelembagaan. Raja masih di puncak hierarki negara walaupun dikatakan tidak mempunyai kuasa eksklusif. Sebagai orang Melayu aku masih memegang prinsip tiada Raja yang boleh diderhakai. wujud Melayu sebab kita masih mempunyai Raja yang Berdaulat. Kita tak mahu menjadi seperti United Kingdom, Raja dan Ratu cuma sebagai simbol negara sahaja. Orang Melayu mesti memegang prinsip bahawa Raja-raja melambangkan survival kita yang amat penting kita pertahankan. Jadi, inilah jati diri kita, sebahagiannya. Cuba kita lihat negara-negara yang tidak mepunyai raja dan berbilang bangsa, suasana dan perasaan ini tidak wujud sama sekali. Seorang Presiden tidak sama dengan seorang Raja.


Di sini aku juga ingin menyatakan perasaan aku yang aku risau Amerika Syarikat akan terlalu gembira apabila Presiden Cuba, Fidel Castro dah melepaskan jawatan dia... Kuasa check and balance untuk benua Amerika akan terjejas. Bagi aku dia seorang yang kuat semangat walaupun keras caranya, berani dan berpandangan jauh. Berani melawan US walau pun pelbagai ancaman yang diterima oleh Cuba. Aku kagumi sebuah negara yang kecil dan miskin di mata dunia boleh menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi secara percuma dan rawatan kelas pertama secara percuma juga... Bukanlah aku ni seorang komunis tetapi aku rasa tak salah bagi aku nak menzahirkan apa aku rasa. Dia bukan seorang komunis cuma sosialis. Terlalu besar perbezaannya. Kenapa banyak negara termasuklah negara kita tidak mampu berbuat sedemikian? Sebabnya, kita terlalu terpengaruh dengan konsep pasaran bebas dan berasaskan keuntungan semata-mata. Kalau nak kata kita tidak bebas dalam prinsip ekonomi, mengapa kenaikan harga barang, minyak dan keperluan harian terus meningkat? Mengapa negara membangun seperti Venezuela mampu memberikan harga minyak yang rendah untuk kegunaan rakyatnya? Venezuela juga seperti Malaysia sebagai negara pengeluar minyak. Keanggotaan dalam OPEC jangan kita jadikan ukuran, yang penting usaha kita untuk meringankan beban rakyat seperti aku yang marhaen ni...Kita perlu mengubah sukatan mata pelajaran Ekonomi sekolah dan universiti lah jika kita berterusan mengalami masalah ini. Kita terlalu mudah mengalah dengan tekanan ekonomi tanpa dapat mengawalnya secara baik.
Berbalik kepada Castro,dia telah melepaskan kuasanya kepada adiknya Raul. Nampaknya Raul seorang agak lembut pendekatannya berbanding abangnya, Fidel. Kadang-kadang manusia ni mudah lupa dan alpa mempertahankan prinsip baik yang ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu. Contoh mudah betapa takutnya Orang Barat terhadap Gamal Abdul Nasser kerana beliau seorang yang berani melawan dengan kuasa barat dan MENANG dalam perang mengambil alih Terusan Suez dari penguasaan British. Tapi penggantinya selepas itu, Anwar Sadat telah melanggari usaha dan cara-cara Abdul Nasser yang amat anti Barat dan Israel telah menanda tangani perjanjian perdamaian dengan Israel dan Barat. Bermulalah kejatuhan orang Islam dan kepimpinan dengan keduniaan. Dunia oh dunia... Kita perlukan seorang mujaddid siasah dan kepimpinan. Zaman aku sekolah dulu selalu diwar-warkan bahawa kemungkinan seorang mujaddid ini akan dapat dilahirkan di Asia terutama sekali Asia Tenggara, nampaknya kepudaran itu lebih menonjol!


Aku beranggapan kita harus memilih pemimpin yang mencukupi kriteria-kriteria seperti yang telah Islam tetapkan. Janganlah mengundi PARTI tetapi calon yang berwibawa. Bagi aku berdosalah kita jika kita mengundi orang tidak mencapai kriteria dan kepartian kerana kehancuran akan melanda. Jangan undi calon yang korup dan tidak amanah dan yang penting sekali mestilah seorang yang Islam dan Adil. Tetapi bagaimana pula jika seorang itu tidak mengundi? Berdosakah dia? Apapun up to you....U decide what best for you.
Berbalik kepada tajuk yang aku berikan hehehe adakah pemimpin kita hari ini seorang pengganti yang berwibawa dan baik, atau memang benih yang baik dan dilahirkan sebagai pemimpin berkarisma ataupun seorang yang haprak! Tong kosong tiada isi, bunyi je lebih itu dan ini...hasilnya hampeh! Oink! Oink! Oink! Oi! Oi! I luv that...