Isnin, 7 Julai 2014

Boleh Order Produk Shaklee di sini

Jika anda perlukan barangan shaklee tp tiada pengedar yang berdekatan,,, Silalah order di sini, jangan segan-segan :)
 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5839ddf15d7eafa3befa98544d2c1e9d

Sabtu, 21 Disember 2013

Selepas 3 tahun... 2013 baru berkumpul balik kami adik beradik lain mak n pak

Pada 5-6 Disember 2013 yang lepas, aku berasa sgt teruja  kerana Helmi + keluarga dan Alina + keluarga mai jumpa aku kat Bukit Merah... Wah dasat kan aku...org mai jumpa bukan aku yang gi jumpa org! dasat....dasat. Tu pun diorang OTW nak blk kg masing2 kat Kedah nun...(kenduri + nak gi Wang Kelian gak...jeles aku!) 

Besala janji kul 2 petang smpai belom tentu tepat kan... besala manusia...Naji* pon x tepati janjisnya... haha tetiba... bukan nak salahkan sesapa pon sbb aku pon sama... kita kan manusia penuh dgn pelbagai aktiviti dan perancangan kan...

Apapun aku sgt teruja, bersyukur dan kata2 yg mampu menerangkan segala maksud keterujaan itu la... bukan senang ooo kwn2 bersemangat nak jumpa aku... ko ada? haha 


 Bila berkumpul je makan...kumpul je makan...makan je berkumpul... sungguh tertib 1x haha


 Dalam pencarian mencari kedai makan utk sarapan...ehhh tu bukan tandas ke??? haha 


Bersemangat diorang ni sampai bukit Merah! Bukan x penah sampai...sbb aku join sekali kot hahaha poyos je aku ni...


Keluarga Helmi... Hawa + anak2 diorang... apa nama yea...? apani godfather pon bleh lupa anak2??? Hemmmm...jemmmm2x...


Dengan sabarnya kami dok tunggu bot... sebab lewat 2 minit je kami tpksa tggu dkt sejam utk bot seterusnya... sabo2...Eh tu tggu bot nak ke Pulau Orang Utan, Bukit Merah...off we go...


Mcm best je naik bot ni... hahaha apa yang best sgt pon aku xtaw.... ok la teruja la gak...


lepas 5 minit ke 10 minit ntah kami ampai ke jeti Pulau Orang Utan tu.... jeng3


dah puas2 melawat org utan apa kata kita naik skylift ni plak? hehe melintasi Taman Tema Air... nmpk la org duk mandi + main air kat bawah kaki kita tu...


Weh sapa kat tengah tu??? aiyooo  malu nak sebut sapa dia hahaha


Apa punya stail dok ada daaa?


Last Dinner together2 sebelum masing2 bergerak ke destinasi. Aku balik umah la... nak gi Lenggong lak ni...hapah pon x siap lg ni... Alina blk Changloon, Helmi menuju ke SP. Eh Kuala Ketil...

Terima kasih ALINA+ kluarga & Helmi + keluarga... Jumpa lagi 3 thn lg diorang kata... aku wajib berteman...bukan sebarangan teman haha

Khamis, 19 Disember 2013

Best gak Sabah ni...


Pada 28 November 2013, aku bersama Azhar & Mat Izan menghadirkan diri ke Bumi di Bawah Bayu... yeah utk kali kedua aku ampai ke Sabah...Teruja...tp aku mana ada kawan rapat kat sini...jauh2 ada la tu pun x berhubung so??? Bergerak sendiri la senang... :)

 Rumah Terbalik... ermmm... bleh la. Apa yang menarik ntah la sbb smuanya diletakkan dalam keadaan terbalik. Purposely dibuat begitu semata-mata mengejar keuntungan... Kapitalis Perlancongan!


 Puncak Kinabalu... Mmg osom lah... Pandangan dari Pekan Kundasang yang aku rasa telah berubah menjadi maju lg & pusat kapitalis haha Dulu aku smpai 2005 masih belum ada rumah2 kedai moden di pekan ni... Dah berapa tahun daa...


 Masya Allah... rasanya ni waktu sebelum pukul 8. Allah Akbar.


 Main2 dgn ikan kelah & lampam...bayar tiket mandi sekali...sekali org ramai daaaa malu pny pasal maka kami rugi RM15. Malu weh! Kalau xde org pasti kami berenang2 dgn ikan tu... kena gigit @%&*+$ baru taw hahaha


 Tu dia laut cantik... Aku ambik gmbr dari penghujung Borneo...Pandu kereta lebih 2 jam nak sampai sini. Sepanjang jalan tu ntahla berapa banyak anijing mati kemalangan...byk anjing dr kucing..Gi balik macam dari kg aku ke KL! Jauh tu.... gegeh nak sampai kannn...


 Xtaw dah nak pose cmna lagi... Batu tanda penghujung Borneo @ Tip of Borneo. Kat sini aku jumpa 1 keluarga yang sama rasanya kami jumpa di Poring & Kundasang. So Sabah ni x besar mana haha...


Rumah Pangjang etnik Rungus. Ok je sini sekadar sampai...tp kalau nak beli barangan cenderamata etnik baik beli di sini...murah & asli... membantu juga mereka ni...

Yang lain2 tu malas la nak tulis haha. kami balik sini pada 2 Disember setelah rasanya bosan dah duk sana...ermmm duit yang abesss! hahaha tu pon last day mmg amat bosan setelah tersangkut di Membakut... nak rasa naik ketapi Sabah katanya... Ambik ko! Pengalaman yang best walau mcmna sekalipun... :)

Khamis, 23 Februari 2012

1 Tahun 1 Pos

hehehe setelah balik Perak ni aku ni mmg MALAS. Sebelum ni pun malas gak... so, sebab tu la setiap tahun 1 pos entry je kat blog bersawang aku ni....

Aku mmg byk cerita cuma x tercerita... aging proses gamaknya... mAlAs haha

Selasa, 8 Mac 2011

Azam dan cerita 2011 (new beginning)

Wah sebegitu lama aku x mencoret kat sini yea hahaha
saje2 je malas...kira azam baru malas nak menulis... setelah sekembalinya aku ke daerah tercinta, bonda tercinta dan segalanya tercinta. Harini aku memulakan tekad untuk rajin menulis kembali.

Sejak masuk ke sekolah baru ni pelbagai benda aku buat dan lalui. Walopon sama je rutin aku setiap hari tapi banyak juga perkara yang 'baru' aku lalui dan terima di sini.

yang penting aku dah masukkan internet ke rumah aku... Makanya aku akan selalu berada di dalam talian hehehe

Wlkam 2 new me... happy online (onlining???? ada ke?)

Ahad, 24 Oktober 2010

Festival Fesyen Islam ~Monte Caarlo~

Aku terkesima dgn apa yg cuba Rosmah cuba buktikan & tonjolkan Islamic Dress Code! Dgn berjayanya projek dia sblm ni Festival Fesyen Islam yg diadakan di KL & Jakarta (berjaya ke???) menonjolkan betapa memahaminya dia mengenai Islam dan kod berpakaian Islam? Adakah dia sendiri mengikut tatacara dan kod berpakaian Islam? U tell me...

Apa yang dia dah lancarkan festival ni di Jakarta & KL pun masih jauh menyimpang dr landasan yang Allah SWT & Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW tetapkan... Pengelola YM Datuk Shah Reza pun tersangatkah memahami Islam? Geli hati,malu dan marah sebenarnya... ;( aku bila dia komen utk memberi 1 pandangan baru etika berpakaian Islam dll... Terlalu jahilkah dia? Adakah kedudukan dan duit membuatkan dia lupa (buat2 lupa ajaran sebenar Islam?)

Malas la nak tulis lagi...Kepada yang belum tgk lagi betapa Islamiknya pakaian Islam di Festival Fesyen Islam (IFF) Monte Carlo... Disiarkan oleh CNN... Kira seluruh dunia tgk la... Cari lam u-tube utk lbh fhm aku tulis...

Persoalan aku... Kenapa Monte Carlo? Itukan syurga judi? negara yg kaya dgn hasil judi dan perkapalan ni...? Dan kejinya kenapa pakaian Islam mesti pakai skaf je?... tali coli ungu dok nmpk! Mst ramai perempuan Islam (berbeza dgn betina Islam!) malu nak pakai dan mengaku pakaian kat festival tu adalah pakaian Islam... Dunia akhir zaman bila semua org mengaku pandai dlm hal2 agama walopon byk lopang sana-sini... Adakah aku termasuk sekali? Sekurang2nya aku x anjur fesyen 'Islam'...

p/s: Inilah Islam liberal yang cuba Rosmah tonjolkan? @ & disokong oleh laki dia??? jadi, kepada sesiapa berkepalakan pemimpin mcm ni...Apa kedudukan kita dlm mempertahankan kesucian Islam? Rela memperbodohkan diri dan memperjudikan agama? Dah la mendayakan org melayu! a.k.a menipu maksud sebenar Kamus Dewan! Aduyai...

Selasa, 28 September 2010

Aku nak pindah sekolah!

hehehe GB aku dah luluskan permohonan aku nak bertukar balik kampung... :)

Tapi adakah aku ni bersungguh2 nak pindah balik negeri? errmmm... ntah la masih hati aku berbelah bagi...Sayangnya masih ada di Tebong.

Aku cuma nak test market je apply pindah nie... Yg sbnrnya aku geram sgt kat GB aku sblm UPSR dulu... X terkira camana la tahap kegeraman aku waktu tu...Aku cuma bercerita pada yang rapat kat sekolah dan rumah je la... Nak aku lapor kat NUTP? Aku belum jd ahli lg ni... Bila ntah nak jd...

Hmmmm... Sebelum aku hantar permohonan ni cuma Nuri je hntr, GB aku leh kata "aiii kata ramai sgt nk pindah ni cuma 1 je permohonan???" Hehehehe berlagak yea... Pas raya hari tu bertambah 4 org lg cikgu termasuk aku hantar permohonan! Terkejut beruk dia...ambik... berlagak sgtttt...

Td selepas rehat, 28 September 2010, aku dengan Kak Siti pun menghantar salinan borang permohonan kepada GB aku... Dia cakap dia akan luluskan permohonan kami sebab alasan kami ni kuat. (Yela tue...) Sambil tu dia pun dok bersembang pada mulanya dia ingat cikgu2 ni x suka dia dan dijawab oleh GPK 1 aku yang cikgu2 ni mempunyai alasan yang tersendiri... Aku??? Dah 5 tahun bertugas di sini jadi inilah alasan yang paling kukuh utk bertukar! Yezzz...

Skrg ni aku x la bengang sgt dgn GB aku cuma aku x pasti tahun depan dia akan berubah...

Kesimpulannya, apa salahnya aku menguji pasaran utk berpindah huahuahua

Aku kejam!

Adakah aku ni tergolong dalam golongan yang kejam & tidak berperi kemanusiaan?
Kisahnya mcm nie...

Aku ni seorang guru yang cukup mementingkan disiplin...kononnya la huhu...

Aku cukup x berkenan bila budak2 aku ni pakai kasut x berstoking @ pakai selipar je... Nak jd cerita hari ni (27 September 2010) aku tangkap la 1 budak ni... Aku dah aim lama dah sbb masa perhimpunan rasmi tadi semua ahli keluarga budak ni pakai selipar je ke sekolah... eeiiii geram aku...

Bila masuk ke dlm kelas aku tanya la budak ni kononnya dgn suara yg high pitch huhu (x kuat pon cuma ekspresi yg kuat & mcm garang hehehe...aku ni bukan le guru yg garang...puji diri jap ;p )
Aku bw dia ke depan kelas dan tanya kenapa pakai selipar... Aku tanya dia lagi, bila awak basuh kasut? Pagi td ke @ mlm td? Mcm2 la soalan yg x relevan...Dia senyap je. (sbnrnya dia bg gak jwpn tp aku yg x dgr...suaranya terlalu perlahan @ aku yg buat2 x dgr?... )

Aku x puas ati so aku ketuk la dgn pembaris kontot aku kat bahu dia...aku kira x la kuat cuma eksen je lbh2...sekali dia mengalir air mata daaa seraya berkata (wah guna seraya!) hujan, atap bocor cikgu uhuhu... Aku terkesima la jap... Aku tau dia dr keluarga yg susah tp itu bukan yg aku hrpkn... Aku tahu bapak dia ada Proton Saga so aku rasa keluarga ni x la miskin sgt... Tapi aku lupa yang adik-beradik dia ramai... Selepas tu terpaksala aku menenangkan dia...Ya Allah aku berdosa...

Ni la mslhnya bila kita suka melihat org melalui kaca mata kita sendiri...Tak pernah kita nak meletakkan diri kita dalam kasut org lain...(Perpatah omputeh: Put in other's shoe)

KITA SELALU LUPA, RIAK DAN TAKBUR DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN...

Astaghfirullahaladzim... KeJaMkAh AkU???