Sabtu, 30 Mei 2009

Apa ada pada nama...

Dulu masa sekolah, cikgu aku penah kata maksud 'apa ada pada nama' semasa membincangkan sastera BM:

1. Nama tidak membawa memberi kesan kepada seseorang
2. Nama tak menjamin keuntungan
3. Tanpa nama pun manusia tetap leh wujud

yang lain2 aku dah tak ingat. Yang aku tulis nie setelah diedit yea oleh aku... Tapi dalam Islam, setiap nama memberi makna dan has something 'in it'. Camana nak cakap a?

Betol tak? Sebab tu Nabi suruh makpak letak nama anak2 elok2 supaya memberi keberkatan, semangat dan jangan memalukan anak2 sebab nama yang hodoh @ buruk.

Nama aku pun kalau penuh ntah apakemaknanya yea? Ustaz2 aku pun taktau nak terjemah tapi masa aku kat UIA dulu kawan aku budak Afghanistan memberi sinar baru ttg nama aku nie. Dia kata nama aku 'Asr kan masa. Frankly, aku mmg ptgkan masa (cara aku la walopon GB aku rajin dok tegur aku lewat, helooo aku sampai sebelum kelas bermula k!) so 'ASR tu kira da tepat la... Tp apa maksud LIZAN? Kekeke sebab nak bg gak makna, LI (harf jar=di,dengan) dan Alif dan Nun di hujung nama aku bermaksud DUA @ KEDUA, so aku dgn suke2 atinya terjemah DI ANTARA KEDUA MASA... Tepat ke tak, aku punya terjemahan kan hahaha...

Oppss... Bukan nama aku untuk N3 kali nie... Tp berkaitan dengan nama sebenarnya memberi kesan dalam sosial life dan perasaan kita. Aku nie banyak nama berbeza untuk dipanggil, samada dalam keluarga, sepupu-sepapat, kawan2 dan colleagues aku...

Dipendekkan cerita, dulu sepupu-sepupu aku panggil aku Jan je (yg baya2 aku dan yang tua drp aku pgl Dik Jan). Aku perasan lama lama dah, cuma tak tau nak wat camana, so lani aku dah ada blog cacamarba aku, aku pun coretlah kat sini. Dulu masa kecik2 dulu hubungan aku dengan sepupu-sepapat aku mmg rapat. Kami membesar bersama... Hasil didikan dan pengaruh Datuk (Chei) aku. Setiap minggu kena berkumpul. Tapi lani, bila masing2 dah besar, kawen dan beranak pinak aku tak rasa kami dah rapat. Ada gap huhuhu... Kesimpulan aku, bila sepupu-sepupu yang dah kawen tak panggil nama aku dah, tapi panggil "pangkat" aku. Bila dah panggil pangkat, mmg ada boundaries yang menghalang. Komunikasi jadi kaku dan stiff. Aku merasakan sepupu-sepupu aku telah "dewasa" dan terus meninggalkan alam 'adik-beradik' yang rapat.Mereka telah dewasa dan ada tanggungjawab lain, jd hubungan juga perlu dewasa. Kadang2 aku rasa ada formaliti di kalangan kami.

Kesimpulannya, hanya aku je yang tak dewasa dan terus mengharapkan alam kami dahulu terus berkekalan. Hanya aku aje yang bersalah kerana tidak dewasa. Teringat aku sajak yang aku deklamasikan dan menang #2 peringkat sekolah rendah aku yang bertajuk "Kedewasaan" nukilan Tongkat Warrant yang sentiasa menerujakan aku! Hanya aku sahaja yang masih belum dewasa...

Faham ke? Hehehe aku punya hal la ;p

Apakebendanya la politik Malaysia ni!!!

Komunis... Dah lama tak wujud kat dunia nie, Sosialis je ada...

Aku heran skrg nie pesal la dok heboh pasal komunis? Kan kita dah lama rejek benda alah nie? Leh kata semua negara komunis dah runtuh yg tinggal lani pun yg mengamalkan sosialisme... X faham aku....?

Yg dasat tuh bila "akbar2 utama" (yg dah tak utama da...) dan media elektronik dok heboh pesal ni... Aku pun tak setuju Chin Peng masuk balik Msia ni... Rasanya sejak perjanjian tamatnya PKM dgn Kerajaan Msia thn '88 kot, Chin Peng dah apply nak dpt blk kerakyatan Msia tp x diterima... Kira hang dah buat onar, kalu aku pun xkan approve kan... Patut dia lakukan Bushido sebab dia gagal penetrate pengaruh komunis kat Msia ni khususnya... Baru la pengorbanan dia dan matinya seorang "rebellious" secara kehormat huhu... Ok stop psl Chin Peng yg aku kira hampir 100% rakyat Msia taknak dia balik walopon Tanah Melayu penah jd tanah lahir dia.

Ironinya, aku dok nampak idea 1Malaysia nie cuba diperkukuhkan tetapi tidak ada kejujuran untuk melaksanakannya... Sbg Rakyat Msia aku setuju idea ni sejak aku sekolah menengah lagi, tp ntah la kenapala sekarang nie aku cukup x pecaya dengan orang yg diberi (diberi ker???) tanggungjawab tu huh? X yakin langsung dgn kejujuran diorang nie...

Sok ari Ahad 31 Mei pilihan raya Penanti... Adakah sentimen komunis ada kaitan dgn pilihan raya ni? Walopon BN tak bertanding, munculnya isu havoc ni dari sana kan... Maafkan aku kalau aku salah... Dan mengenai Penanti, aku dok nampak Kak Min tu bukanlah seorang politikus yg ikhlas dan berkarisma. Niat asal pun dah nak burukkan orang lain... Eiii... Jangan la menambahkan buruknya politik Msia dan perangai politikus Msia yang busuk lg membusukkan (yg ikhlas berpolitik di landasan Lillahitaala aku sokong) umpama kegeli-geleman aku membaca buku SHIT yg tak mampu aku habiskan... Yg penting JANGAN PERCAYA DGN KAK MIN YANG HAPRAK TUH!!! Dia la ular yg mematuk dan bukan spt perumpamaan Melayu Ular menyusur akar takkan hilang bisanya... Hehehe tak kena dgn N3 aku la plak perumpamaan ni!

In conclusion, jgn lah percaya lg dgn isu yg tetiba diwujudkan... Aku bosan!!! So, kepada sesape yg teruja dan tetiba semangat nasionalisme dan patriotisme membuak-buak, kaji balik... Apa asal perjuangan kita... Dan yang paling penting, Aku mmg Rakyat Malaysia yang PRIHATIN dan semangat patriotik aku usah dipertikaikan lagi!!! Wa aini Malaysia :)



RASUAH...HAPUSKAN MEREKA!!!

Bila Majlis apa ntah kebenda PEKEMBAR (sape tau ni la nama asal UMNO tp aku rasa pemikiran org Melayu yg terjajah merasakan nama nie tak glamer so ditukarkan ke UMNO yang lebih "civilized" dan "westernized") mengumumkan sesiapa yang kena tuduh ambik rasuah patut di ambil tindakan dgn menggantung keahlian whatsover denda sekali pun, bg aku diorang patut dikenakan hukuman gantung mandatori je... Tak layak idup. Ngabiskan beras je dan duit rakyat masuk kantung sendiri... Aku tetap mencurigai apa sahaja mereka buat kononnya demi rakyat... Aku bg contoh la, jalan dari Batang Melaka-Selandar-Rim-Jasin la... Turap baru tp sekerat jer tak sampai 10m! Sekejap ada sekejap hilang... Patut mereka yg buat keje2 haram nie dihapuskan!!! Sape nak jawab? Bagi aku, Ali Rose sila jawab!!!!!

Emmm contoh lain yg aku kenal nama dia Muhammad (nama dah sama mcm nabi tp perangai mak aiii umpama langit dan bumi dgn sifat nabi!) Layak sangat dia ni dikenakan tata tertib dunia (akhirat Allah punya kerja)...

Aku nak a free rasuah state dan negara... So ambitious & Rebellious aku nie menuju Utopia State aku...

Khamis, 28 Mei 2009

Syyyy.....Aku ada cerita ni...

Nak tau tak cerita aku? hehehe baca la catatan ini yang dicatat oleh aku tentang ...

Periksa Pertengahan Tahun baru saja berlalu, emmm.... hasil keputusan murid-murid amat sederhana. Aku rasa ujian Selaras 1 dulu lagi tinggi arasnya drp Pertengahan nie... Dalam banyak2 ujian (English 4,5,6, Science 3, dan PJK 1 & 4) aku nak tulis hasil jawapan PJK tahun 4 murid-murid aku... Aku suka buat soalan yang meminta pandangan murid-murid mengenai sesuatu supaya perkembangan otak dan minda mereka lebih berkesan (Ye ke?). Aku punya sukala kan, aku yang buat soalan...

Untuk kali ni, sempena sambutan Hari Guru 2009 aku minta pendapat dan pandangan murid-murid Tahun 4 mengenai cara murid-murid menghargai jasa-jasa dan pengorbanan guru-guru mereka. So, bacalah apa yang telah dijawab oleh murid-murid aku (Di antaranya la...) huhuhu

" Saya meg Guru saya megi Guru Adayah yang guru suka guru pun suka saya bagi. saya bagi guru"
Apakah maksud anak murid aku nie??? MEGI??? Ada ke sesape cikgu Tebong dpt MEGI?

"Aku sebuah epal yang akan disambut pada tahun ini".
Lagi haru! Cikgu ni epal ke???? Ke dia nie kebulur nak mentakedarah epal? Yela sampai tulis dalam kertas jawapan!!!

Adoila... ini baru 2 contoh! Takkan la Tahun 4 perlukan pemulihan/pendidikan khas lagi? Yang lebih malang, kedua-dua murid ini boleh membaca dan menulis... Dimana silapnya? Silap aku kerana bg soalan menguji kepala otak mereka??? Ye la sangat....huhu sedih nie kerana pencapaian mereka bawah par! Ada sesape nak bantu?

" Selamat Hari Guru saya sangat Hagah. Jasa awak kau yang menajar ku dari ku pera sampai ke tahun enam tu takkan lupa jasa mu. Sebagai terima kasih terimalah hadia untuk mu selamat hari guru ku takkan lupa jasa mu Selamat hari guru".
Ni sajak ke apa???? Aku pening.... Perlukah aku marah sebab guna perkataan "awak'? Isk isk isk dimanakah U-attitude mereka ni? Kena jadi betul2 Muaddib nie...Takpe terimalah mereka seadanya huhuhu

Dan yang ini memang mengusik hati dan perasaan, jiwa dan raga aku tetapi emosi ku terganggu huhuhu bacalah dengan hati yang tenang dan ingatan aku, jangalah korang gelak sampai pecah perut!
"Cikgu tolong maafkan saya kalau saya buat silap-saya nak ucapkan selamat Hari Guru semoga cikgu gembira selalu dan menjaga isteri dengan baik-baik saya nak ucapkan lagi sekali Selamat Hari Guru dan cikgu gembira selalu. Sampai di sini sahaja".
Wah macam ucapan kat radio! Tapi datang mana ucapan utk isteri aku? Wah begitu mengambil berat anak murid aku nie.... Emmm... aku dah kawen ke? Konfius lak hahaha

Tapi dalam kekabutan aku menanda kertas ni, ada satu kertas yang menyejukkan hati aku walaupun tulisan dia cakar ayam dan ntah ke mana nahu dan tatabahasanya...
"Pada hari guru semua murid memberi hadiah kepada guru yang disayangi saya seorang yang tidak memberi hadiah kepada guru yang saya sayangi saya sedih kerana tidak dapat memberi apa-apa kepada guru yang selama ini mendidik saya terima kasih guru".
Guru-guru bukan mahu hadiah yang diberi murid tetapi perubahan tingkah laku, akhlak, motivasi, kejayaan dan macam-macam lagi dapat menyejukkan hati kita para guru. Tetapi kalau guru yang materialistik, aku tak nak komen la...Kita bukan sahaja sebagai teacher tetapi membentuk tingkah laku, akhlak, kejayaan, kepandaian, insan berguna dll. Kalau sebagai guru sahaja rasanya aku bila bunyi loceng akhir aku terus blah je... Tido lg baik hehehe

Ini adalah sebahagian kecil contoh jawapan yang aku tanda. Ini kertas PJK thn.4. Itu belum aku tambah dgn contoh jawapan English Paper 2 aku...Cukuplah. Nampak gayanya aku dan guru-guru yang lain perlu mempertingkatkan lagi usaha dan pengajaran kami supaya anak-anak murid Tebong tidak ketinggalan dalam pelbagai segi.

Sedih ooo bila fikir-fikirkan balik walaupun sebelum tu aku gelak... Anda bagaimana pula
Utk pengetahuan semua, aku tak edit apa-apa jawapan anak -anak murid aku taw...?

Isnin, 25 Mei 2009

Cuti sekolah iz coming...

Yea Yea Yippee... cuti sekolah tak lama lagi...

Kemarin anak menakan aku tipon kata "Ada, pah nak wat kenuri ari Rabu cuti sekolah". "Eh kan kata nak wat ari Saktu? Sal wat awal lak?" aku tanya. Dia jawat "Acik ngan Ateh, dema nak wat ari tu, dema cuti". Aku "OoooooO". "Alang kelik tak?" "Kelik kot", dia jawat. bla...bla...bla sapai abih...

Jadi, cooti sekolah nia adala aktiviti aku... Sokmo mmg ada hahaha mana aku ghok dok kapong takdak program! Aku malaeh gi bukit. Bukit pak aku pun dah semak bahanat. Mesti byk jerumung babi!!!

Yg lein2 program, akan difikirkan...

Apa punya N3 nie? Tetiba tulih loghat aku ni? Saja jala... Aku dok baca blog Batukurauan yg lein, selamba badak ja dema tulih lagu ni, takdak masalah pun... Aku pun cuba try test la...

Khamis, 21 Mei 2009

Minyak dagu

Kali nie aku nak komplen pasal cerita bersiri KELIWON kat TV3 tuh! Isk! Isk! Apa la aku nie, sejak 2 3 menjak nie asyik nak komen jer... Saja jer mungkin angin memberi komen aku tgh meningkat-ningkat kot hahaha

Berbalik cerita Keliwon tu, aku bukanla fan cerita tu, kekadang jer layan... Cerita yang sebelum nie aku x terlintas pun nak komen tapi cerita malam nie dgn rasa berkobar-kobarnya aku nak komplen huhuhu nampak sgt aku takleh idup dgn tenang kalau aku tak tulis apa2... Cerita malam ni pasal MINYAK DAGU. Mesti ramai yang tengok kan...? Semua bangsa kat dunia suka cerita2 yg misteri bukan Orang Melayu aje...Tak caya? Yg korang dok layan cerita VAMPIRE apa segala... Hantu ni wujud dalam semua budaya...Hehehe hantu pun merupa (istilah tpt aku untuk menjelma) dalam kepercayaan sesuatu budaya bangsa. Ok cukup ttg tu.

Aku nie bukanlah bomoh ke pawang tapi aku dah byk baca pasal minyak dagu nie... Info dari Mastika la nie hehehe... Dalam cerita tu diorang bunuh dgn mencekik budak pompuan... Isk isk tapi setaw aku, anak dara nie MESTI kena bunuh! Guna senjata la tu... Malam jumaat sbg tambahan... Tapi dlm cerita Rashid Sibir ni agak berbeza la dgn kefahaman Org Melayu (Aku ler...) Mungkin Rashid Sibir cuba mengubah stigma org Melayu gamaknya kot... Dahla Setan yg diwujudkan guna tepung ubi kot bertempek-tempek dahla tu tak konsisten utk stp adegan... Aiyooo... Kejap tebal kejap nipis, yg ketara mata & dahi very der burok dan ntah apa2apa! Sedih gak sampai bila drama Melayu nak dok tahap nie... At least kasi la real skt...

Dan yg paling skt ati nengok citer nie bila kena makan daging org (bini Nasir Bilal Khan dijamu tuk org kampung... Tak la pernah aku dgr benda nie! Mistik dan bertambah misteri @ cacamarba tanpa arah tujuan... Dan benda yg paling tak masuk dek akal aku bila Nasir Bilal Khan mati, dia pulak diambil minyak dagu????!!!! Wah 1 perspektif baru nie! Apa yg pernah aku baca tak kira tok bomoh Melayu @ Siam kata, minyak dagu hanya boleh diambil dari anak dara mati dibunuh SAHAJA. Aku pelik... "Laku" ke kalu minyak dagu org lelaki yang mati sebab Setan bunuh? Aiyoooooooo ammma aiyooo appppaaa...

Konklusi aku, Rashid Sibir sbg seorang sutradara yg byk menang anugerah dan direspek di kalangan org seni pun tak buat kajian ke? Kalu mcm nie aku pun leh wat cerita... Sambil tu mungkin dia nak bereksperimen dgn hasil seni dia... Tapi kalau mekap pun hancus je, itu bukan eksperimen namanya. Mungkin bajet kurang kot... Ala harga tepong beras murah lagi dr tepung gandum hehehe yeke guna tepung beras? Aku rasa berderai la guna tepung beras, mungkin tepung ubi kot baru melekat hahaha lagi murah! Mungkin gak, dia meng'halal'kan penceritaan dia atas nama seni.

Apapun, cerita malam nie memang hancus dan merapu di samping rasanya tak "Melayu" sgt... Syok sendiri je kot... Segala pendapat amat sy hargai demi me'ningkat'kan imej dan kualiti cerita melayu... Kakakaka sapala aku bg org seni. Hanya aku seorang yg pernah lepak di PASAR SENI tidak sama sekali dikenali oleh org seni kekekekeke

Adios

Rabu, 20 Mei 2009

Star Trek the movie

Sempena cuti hari guru aritu (& sbb air takde kat umah aku!!!) aku pun "merayau" mencari air sampai le kat Bndr Melaka... Merayau la sgt hehehe lepak & basuh baju yg berlambak-lambak la huhuhu letih tau...

Disebabkan "takde" keje so aku & Azrul telah bercadang nak nonton wayang... Ape cerita best huh? Mcm xde yg best je, so bercadangla aku nan tengok Star Trek... Wah wah aku nie peminat setia Star Trek the next generation! jarang miss citer siri tu dulu2... berabad yg lampau, emmm...aku darjah 4 kot! So aku mengharapkan citer ni best la...

So kami pun tgk la citer ni kul 4 ptg kat Melaka Mall... Senang parking & orang x ramai...

Dipendekkan cerita, aku tak pues ati tol dgn citer nie sebab aku mengharapkan sesuatu yg lebih drp citer siri dulu... Tp kapal Enterprise tetap mcm dulu malah makin best designnya hehehe kehebatan komputer...

Lain2 malas nak komen coz rasa penyeksaan sgt nak abiskan cerita nie! Ringan sgt & ntahla x reti nak komen lg coz aku rasa kekurangan... So, kena tunggu Transformers 2 nie la plak kekeke

Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat hari guru

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU YG BERADA DI DUNIA NIE....

Kepada guru2 aku, tanpa anda siapalah aku.... Walaupun aku nie bukanlah sgt anak murid pilihan huhuhu tp lani jd cikgu aku memahami apa perasaan cikgu-cikgu semua....

Kepada rakan-rakan seperjuangan, kuatkan semangat dan tekad menjadi guru yang gemilang, walaupun masih ada org dok kata itu dan ini, inilah perjuangan yg suci. Bukan semua mampu jd guru... Kita bekerja Lillah Taala bukan kerana GB suruh atau arahan JPN... Kerja kita kerana Allah, baru hati seronok kan....

Tak lupa pada mak & arwah pak aku... Anda memang the greatest teachers dok ajar aku ttg idup nie & upbring aku.... I won't forget 4ever. Keluarga aku semua, aku hargai anda semua... x mampu aku nak coretkan kat blog cacamarba aku nie... luv u all.

Jumaat, 15 Mei 2009

Eiiii....TaK SeLeSaNya.....

Aku geram betolla... Ada ka patut rumah aku (& kwsn sekitarnya) ketiadaan air!!!!!
Bayangkan huhuhu aku hidup dgn air tangki jer! Aiyo dah 2 ari aku terkenangkan makna mandi (dgn pueh!) Salah sapa? Ntahla SAMB dok kata paip bocor tp kenapa perlu ambik sampai 2 hari! (Kalu sok Sabtu dah 3 ari!!!) Aku bukan org yg takut air ke org putih yg x mandi! Kurang2 2x sehari aku mandi huhuhu Salah siapa? Kenapa SAMB lambat bertindak?

Aku teringat masa 98 dulu masa krisis air dulu, MELAKA jugak yang terkena bahananya! Masa tu semua org kata BALA turun, huhuhu x silap kes Rahim Chik dgn budak sekolah tu yg menyebabkan Lim Guan Eng masuk jail! Sabar jela. Tp apa bahana yg sekarang nie sampai air takdak nie???? Kes Ali Rose makan rasuah tak nak letak jawatan ker???? Dah la dia menghalalkan penebangan & pencerahan hutan sekitar Empangan Jus secara berleluasa! Semua org tahu (SOT-Rem huhuhu) kwsn empangan TAK BOLEH dibuat kwsn pertanian, ni dicerahkan semata-mata projek tanaman pokok jarak! Aiyo, minyak jarak mana leh makan! Nak guna lam enjin pun ntah berapa persen.... Yela PAYUNG dah kuat Pengarah SAMB pun xleh kata apa... Ni la masalah akan timbul bila tok ketua jalan ngengkang tahi sembelit keras makan rasuah!!! Aku marah nie.... Air mana????????????? Baju byk lum basuh lg nie......

Rabu, 6 Mei 2009

Aku sakiiit...

Huhuhu aku demam... Dah lama aku tak sakit, bila dah demam nie aku jadi tak keruan! Malam kelmarin aku aku dah rasa tak sedap badan, ingat aku nie gagah sgt, leh abaikan ketidakcelaruan badan aku. Mungkin terhapus dosa2 kecik aku hendaknya. :) Allah Maha Pengampun...

Kat sekolah td pun aku tak mampu nak ngajar, buat keja sendiri je la huhu cian depa jd mangsa, cikgu mmg tak larat! So aku pun blah awal la dlm 12.15 dr sekolah. Cakap kt GB aku nak gi klinik. Dia suruh aku ambil time slip rawatan, aiyooo dia tak pecaya aku ke? Mata aku nie umpama zombie dah, lagipun aku tak suka nunggu lama2 kt klinik kerajaan, so aku aku pun gi cari klinik swasta kat Gemenceh. Silap timing la, semua klinik TUTUP coz lunch time huhu. Aku pun balik jela, telan panadol 2 biji pastu tido. Takleh lena gak, panas badan aku & cuaca kt luar. Aku pun membayangkan kalau kat umah aku kat kampung leh la bermanja2an dgn mak aku & kak aku. Kat sini pandai2la nak idup, takkan nak bermanja2an dgn housemate aku! X seswai kan....

So, malam td dalam kul 8 lbh pergila aku mencari klinik yg bukak mlm2 dgn Azrul. Alhamdulillah Klinik Mesra belum tutup, doc nie pun cek la aku, dia kata demam aku tinggi, dia bg ubat demam, ubat selsema dan ubat batuk. Dia nak bg aku MC, siap tanya nak 2 hari ke? Leh rehat2 lebih skt. Aku kata sehari cukup la... Wah! Aku menolak tuah kan... Hakikatnya aku boring dok umah jer... Bukan ada anak bini nak dok mengulit kan hehehe tula kan aku dah rugi sebahagian idup aku

Jumaat, 1 Mei 2009

Visit KL 2009


Hari ini merupakan hari terakhir Sukan Olahraga MSSM peringkat negeri. Hari ini sepatutnya aku menjadi pergawai sukan dan menerima elaunnya TETAPI aku mengikuti rombongan sekolah aku ke Kuala Lumpur. Mana bleh kalu x ikut, aku yg merancang dan jd org penting bagi menjayakan rombongan ini. Rugilah kalu x ikut kan...

Gambar kuda milik DBKL. Tgh disiapkan sebelum dibawa bertugas meronda sekeliling KL.

Bergambar sebelum masuk ke Planeterium Negara.

Takleh bergambar dgn org sebenar, gambar nie pun ok la kan huhu...

Opps... Lubang muka nie kecik la plak!

Posing sebelum masuk ke Muzium Negara. Tak plan pun mai sinie, tp terlebih masa la plak dan FOC. Kira ok la tue w'pun Muzium tpt yg membosanlan...

Posing maut tol la cikgu2 nie dgn diver dlm akuarium nie... pas dia bg mkn ikan2 pari dan jerung... Termasuklah ikan2 kecik yg menyibuk. Ok gak la Aquaria nie, mahal tp dpt diskaun bila wat lawatan... Pegila melancong kekeke

Enjoy tau melancong. Watpe asyik nak terperap kat umah dan sekolah jer... Sekali-sekala bawak2lah diri ke tpt lain. Jauh berjalan luas pandangan tp jgn lupa duit pun kenalah korban huhuhu